Pengalaman simpan emas

Pengalaman Simpan Emas oleh Seorang Guru di Sarawak

Seperti biasa, setiap Rabu jam 9pm, akan diadakan G100 seminar.

Untuk minggu pertama March 2021, sahaba saya, Cikgu Steven dari Miri Sarawak buat perkongsian. 

Boleh ulang siar perkongsian pengalaman Cikgu Steven tadi di link dibawah

Bagaimana Beliau Bermula

Tahun pertama bekerja merupakan tahun 'gelap' bagi Cikgu Steven, bukan gelap sebab tiada lampu, tetapi akaun bank yang gelap.

Walaupun masih bujang. Kurang komitmen, tetapi tidak ada simpanan.

Bermula selepas membaca blog MohdZulkifli.Com, dan membaca artikel tentang 7 Strategi Bebas Hutang. Cikgu Steven mula faham tentang kekayaan bahawa ialah :

" Kekayaan ialah bukan berapa banyak gaji yang kita dapat, tetapi berapa jumlah yang kita dapat simpan " - Mohd Zulkifli Shafie

Kerja 10 tahun, tetapi tidak ada simpanan, sebenarnya kita bukan pergi kerja, tetapi kita buat penat.

Hasil Simpanan Emas Beliau

Ini antara hasil simpanan emas Cikgu Steven :

(1) Membantu membina rumah tangga tanpa perlu membuat hutang walau 1 sen.

(2) Selesaikan hutang kereta dengan hasil simpanan emas.

(3) Memilki aset yang lebih besar, dengan membeli rumah hasil dari simpanan emas.

(4) Gunakan emas sebagai dana kecemasan. Walaupun dana kecemasan sepatutnya dalam bentuk duit.

Selepas Kenal Emas

Cikgu seorang yang suka berbelanja barang sukan. Semua sukan ada kasut sendiri. 

Kasut bola lain, kasut futsal lain, kasut jogging lain..haaa.

Pendek kata, asal ada duit suka beli kasut.

Selepas kenal emas, nafsu untuk boros berbelanja semakin berkurang. Semakin mudah untuk mulakan tabung simpanan, berbanding sebelum ini.

Faktor Yang Membuatkan Nekad Simpan Emas

Antara faktor penting, yang membuatkan Cikgu Steven bertekad untuk terus simpan emas :

Hyperinflasi Venzuala dan juga kejatuhan nilai ringgit Malaysia vs USD

Nilai duit bergantung dengan kekuhan ekonomi sebuah kerajaan. Contoh, harga emas Malaysia naik walaupun harga emas dunia jatuh.

Promosi Menarik Sempena FB Live Tadi

Promosi Dealer Public Gold

Sempena FB Live tadi,

Public Gold membuat tawaran untuk sesiapa yang nak jadi dealer, seperti di atas.

Kalau waktu bukan promosi, belian sebanyak 50gram baru layak untuk menjadi Normal Dealer.

Boleh juga baca artikel saya tentang Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold selepas ini.

Siapa disini sudah dealer Public Gold?

Cuba share sikit pengalaman jadi seorang dealer Public Gold dalam G100 Network boleh? 

Kongsikan, berapa pasif income dapat dan sejak bila bermula. 

Terima Kasih

Hafiz
Kota Bharu Kelantan
3 March 2021

Artikel Berkaitan

>