kelebihan menjadi dealer Public Gold

7 Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Banyak kelebihan menjadi dealer Public Gold.

Sebab itulah,

Kalau ada bajet lebih, saya akan terus bagi cadangan kepada pembeli emas dibawah bimbingan saya untuk menjadi dealer Public Gold.

Nanti saya terangkan tentang syarat menjadi dealer, teruskan membaca(",)

Dan saya rasa, inilah antara kelebihan Public Gold, satu-satunya syarikat jual beli jongkong emas yang mampu bertahan lebih dari 10tahun.

Iaitu memiliki sistem dealership yang baik, yang saling memudahkan pihak Public Gol dan juga memberi banyak manfaat kepada dealer Public Gold seperti saya ini.

Syarat Menjadi Dealer Public Gold

Untuk syarat menjadi dealer Public Gold pula,

Jika bukan waktu promosi, kita boleh jadi dealer dengan membuat pembelian emas minimum 200gram.

"Wahh, mana ada modal nak beli 200g sekali gus"

Sabar, ada cara lain lagi selain ini. Nanti saya terangkan satu per satu. 

Baiklah, ini antara 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold, yang mungkin ramai tidak tahu,

Kelebihan 1 : Tak Perlu Jual Emas

Eh, jadi dealer emas. Tapi tak perlu jual emas?

Macam pelik kan?

Ya, betul tu!

Pengalaman saya menjadi dealer Public Gold sejak dari tahun 2016, saya tak pernah pun jual emas saya, walau 1gram.

Kalau ada yang nak beli emas dengan saya,

Saya bagi emas saya, dan saya akan replace stock emas yang dia ambil tadi dekat mana-mana cawangan Public Gold.

Hampir semua dealer Public Gold,

Mereka juga penyimpan emas, jadi mereka hanya berkongsi (termasuk saya) tentang kelebihan menyimpan emas kepada orang ramai.

Orang nak beli emas.

Beli secara terus dengan Public Gold, tugas dealer Public Gold hanya sekadar pemudah cara sahaja.

Harga emas jika kita beli dengan dealer atau pun tidak. Sama sahaja.

Dealer Public Gold seperti saya hanya memberi cadangan terbaik untuk tuan-tuan sebelum mula pelaburan emas.

Kelebihan 2 : Bisnes Tanpa Modal

Untuk menjadi dealer Public Gold, kita hanya perlu membuat belian emas, dalam jumlah yang tertentu.

" Berapa jumlahnya tu? "

Bergantung!

Kalau tanpa promosi, beli 200gram dalam satu resit.

Kadang-kadang ada promosi bulanan, beli RM15k pun boleh jadi dealer.

Promosi Dealer Oktober 2020

Tetapi, paling bagus,

Tuan-tuan boleh grab promosi waktu FB Live di page Public Gold International.

Biasanya, beli 8 Dinar dah boleh jadi dealer.

Lagi best. Boleh buat EPP10!

Jika tuan belum tahu apa itu EPP10, saya mencadangkan untuk membaca artikel saya tentang Easy Payment Purchase selepas ini

Sebaik sahaja kita buat bayaran pertama untuk EPP10, terus layak bergelar dealer!

Dari segi modal, menjadi dealer Public Gold tiada modal hangus!

Anda tak perlu bayar yuran untuk menjadi dealer Public Gold.

Kelebihan 3 : Tiada Tarikh Luput

Jual Emas Public Gold

Baiklah,

Jika tadi untuk melayakkan kita menjadi dealer, yang paling minimum (selalunya) ialah dengan belian sebanyak 8 Dinar.

Dengan 8 Dinar tadi, kita mendapat title dealer.

Namun, jika kita perlukan duit, kita boleh je jual semula 8 Dinar tadi, tittle dealer kita masih kekal.

Best kan?

Kelebihan 4 : Tiada Syarat Jualan

Jika kita sertai kebanyakan bisnes lain,

Terutama yang bersistemkan MLM (Ini MLM yang halal ya maksud saya), setiap ejen perlu mengekalkan jualan dalam jumlah yang tertentu, bagi mengekalkan status sebagai ejen.

Ataupun, kita perlu renew status dealership setiap tahun.

Dalam sistem dealership Public Gold, kita tak perlu buat semua tu.

Jika kita berimpian untuk mendapat pasif income yang besar, kita boleh buat target kita sendiri.

Public Gold tidak meletakkan apa-apa syarat tentang target jualan tersebut.

Kelebihan 5 : Insentif Dari Pelbagai Sudut

Saya kongsikan di sini tentang insentif bagi seorang dealer Public Gold.

Ia terbahagi kepada 3, iaitu :

a. Belian Sendiri

b. Belian Customer

c. Jualan

Ini antara instentif yang utama je

Ada lagi insentif lain seperti melancong ke luar negara ataupun c wallet.

Baiklah, untuk belian sendiri ataupun untuk belian customer yang berdafatar dibawah kita.

Jika kita buat belian RM10k, kalau tittle kita sebagai :

Dealer : 1% (RM100)

P Dealer : 1.5% (RM150)

M Dealer : 2% (RM200)

Boleh baca artikel mentor saya tentang kelebihan dealer Public Gold (dari sudut insentif) DISINI untuk info lebih lanjut.

Untuk jualan, kita juga layak mendapat insentif.

Bukan sahaja kita jual emas dapat insentif, customer kita yang jual emas pun kita dapat insentif.

Kita akan mendapat insentif sebannyak 0.3% setiap kali kita atau pun customer kita jual emas.

Kalau RM10k, dapat RM30.

Kelebihan 6 : Latihan Khas Percuma

Jika menjadi dealer dibawah bimbingan saya, setiap minggu akan diadakan sesi FB Live secara percuma.

Ini khas untuk dealer-dealer dibawah network penulis buku wang emas, En Mohd Zulkifli Shafie je.

Dealer dibawah network lain pun mungkin ada, cuma saya tak pasti macam mana.

Dan yang bestnya,

Kelas ini hanya percuma aje. Kalau tuan-tuan sertai bisnes di luar, kelas bisnes yang bernilai ribuan ringgit diluar sana tu, kami hanya berkongsi secara percuma je.

Cuma setiap 4 bulan sekali,

Ada latihan berbayar, kosnya kurang RM300 sahaja. 3 hari 2 malam iaitu dinamakan JLT (Jutawanemas Leadership Training)

Kita hanya perlu bayar kos asas training aje. 

Sangat murah berbanding dengan  kos kelas bisnes yang dekat luar sana.

JLT 2019

Ini saya ketika JLT2019,

Saya diberi tanggungjawab untuk menyampaikan talk tentang blog marketing kepada dealer PGG100Network.

Kelebihan 7 : Income Boleh Diwarisi

Antara kelebihan yang saya rasa, jarang kita boleh jumpa dekat luar ialah, income dalam bisnes Public Gold boleh diwarisi.

Selagi ada penyimpan emas yang aktif dibawah bimbingan kita, selagi itulah income kita akan dapat.

Andaikan saya pergi dahulu,

Isteri saya dan anak-anak tak perlu risau tentang pendapatan mereka.

Inilah yang dimaksudkan,

Buat bisnes sekali, income sampai mati.

Bukan sahaja sampai kita mati, selepas kita mati pun keluarga kita masih boleh mewarisi income yang kita usahakan selama ini.

Ada Rancangan Nak Beli Emas Dengan Modal Yang Besar?

Terus grab peluang untuk menjadi dealer!

Tak kesah kita nak buat bisnes ke tidak, sekurang-kurangnya, bila ada impian nak berberbisnes, boleh terus mula.

Apa-apa persoalan tentang dealership Public Gold? Sila tinggalkan komen untuk saya bantu tuan-tuan dan cikpuan semua.

Hafiz
Pasir Mas, Kelantan
19 Oktober 2020
2 Rabiulawal 1442H

Artikel Berkaitan

>