beli emas ansuran

14 Soalan Lazim EPP Public Gold (Update Julai 2021)

EPP Public Gold (atau dinamakan Easy Payment Purchase) ialah salah satu cara untuk buat belian emas Public Gold.

Secara ringkasnya,

EPP Public Gold ini ialah kaedah pembelian emas yang kita boleh bayar emas tersebut secara ansuran bulanan.

Sijil Patuh Syariah Public Gold EPP

Kaedah ansuran EPP Public Gold ini telah disahkan patuh syariah oleh Dr Mohd Daud Bakar, iaitu beliau juga penasihat syariah Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk tahu lebih lanjut tentang SOP Shariah EPP Public Gold, boleh terus contact Amanie Advisor.

Perhatian :

Untuk cepatkan process faham tentang EPP Public Gold ini, boleh terus klik Tajuk Kandungan Artikel saya ini.

1. Apa Itu Easy Payment Purchase (EPP) ?

EPP (Easy Payment Purchase) ialah salah satu cari belian emas Public Gold. 

EPP Public Gold Terbaru

Beli emas secara EPP bermaksud, anda beli emas dengan cara bayar bulanan sama ada 6kali bayar (dalam masa 6 bulan).

Ini contoh jadual pembayaran EPP bagi 1 Dinar. Bulan pertama anda perlu bayar gold premium. Bulan kedua dan seterusnya sama sahaja.

2. Boleh tak kalau saya bayar tidak mengikut jadual?

Boleh. Anda tidak semestinya bayaran ikut jadual.

Cuma, elakkan bayar jumlah yang kurang dari ditetapkan.

Jika anda ada duit lebihan setiap bulan, anda boleh bayar lebih. Jika anda habis bayar awal, anda akan boleh ambil emas tu lebih awal. 

Tidak wajib untuk tunggu 4 bulan atau 10bulan seperti dalam jadual.

Pembayaran EPP Public Gold

(Gambar atas) Ini adalah jadual pembayaran EPP10, mulai 1 Julai 2021, hanya EPP 6 diwujudkan.

Untuk pembayaran pertama,

Pembayaran mestilah dibuat dalam masa 7 hari bekerja selepas order.

Untuk pembayaran kedua dan seterusnya,

Pembayaran mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari bekerja.

Ini penting bagi mengelakkan dari sistem auto cancel, menyebabkan kita dikenakan cancelation fee nanti.

3. Patuh shariah ke beli emas kaedah EPP ni?

Saya & Dr Mohd Daud Bakar

Ini saya bersama Dr Mohd Daud Bakar, penasihat shariah syarikat emas Public Gold. Alang-alang dah datang seminar, terus grab peluang untuk beli buku beliau

Semua cara belian emas Public Gold termasuklah EPP sudah mendapat pensijian patuh shariah oleh Amanie Advisor yang diketuai oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar (DDMDB).

Beliau merupakan penasihat shariah Bank Negara Malaysia.

Ini sijil patuh shariah Public Gold. Atau anda boleh rujuk sendiri di website Public Gold.

Info lanjut bagaimana beli emas EPP dapat pensijilan patuh shariah, anda boleh hubungi terus Amanie Advisor. Kalau saya tulis disini, satu hari tak habis anda nak baca

4. Adakah harga emas lebih mahal kalau beli cara EPP?

epp premium

Tidak. Harga belian emas secara EPP sama sahaja dengan belian cara biasa, semuanya merujuk di website Public Gold.

Cuma EPP ada EPP Premium. Kita boleh rujuk jadual EPP Premium dekat atas ini.

Remark :

Biasanya kalau waktu promosi, Public Gold tawarkan belian emas EPP tanpa cas premium, jadi kalau ada peluang tu, grab cepat-cepat.

5. Apa item emas yang boleh dibeli secara (EPP) ?

Item yang boleh dibeli secara EPP ialah semua item emas Public Gold yang berharga RM500 ke atas sahaja.

Item kecil seperti jongkong emas 0.5gram dan jongkong emas 1 gram tidak boleh dibeli secara EPP. (dibawah)

Goldbar 0.5gram Public Gold

Untuk item emas yang harganya melebih RM500  sahaja kita boleh buat EPP.

Kalau ikutkan sekarang, iaitu minimum 1 Dinar seperti dibawah.

Emas 1 Dinar Public Gold

6. Apa yang dimaksukan EPP4 dan EPP10?

Mulai 1 Julai 2021, tidak ada lagi EPP4 dan EPP10. Hanya ada EPP6

EPP4 bermaksud anda buat belian secara EPP untuk tempoh masa 4 bulan, maksudnya harga emas penuh dibahagi kepada 4. Manakala, EPP10 pula ialah belian emas secara EPP untuk tempoh masa 10bulan dengan 10kali bayaran

1 Dinar EPP10

Di atas ini ada contoh jadual pembayaran bagi order 1 Dinar EPP 10.

epp public gold

Ini pula contoh jadual pembayaran bagi 10gram EPP4.

Ini perbezaan EPP4 dan EPP10. Maksudnya, Public Gold hanya tawar untuk buat 4 bulan bayaran atau 10 bulan bayaran sahaja. 

7. Jika saya buat EPP, saya hanya mampu bayar sampai bulan ke-4 sahaja, bagaimana dengan duit saya?

Jika ada masalah macam ini, kita boleh buat pembatalan EPP (perlu hubungi staff).

Public Gold akan bayar semula duit kita, cuma kita akan dikenakan ‘cancellation fee’ sebanyak 10% dari jumlah harga emas semasa kita order.

Cancellation fee bukan sahaja untuk EPP, buat pembelian biasa pun ada cancellation fee.

Cuma untuk bukan EPP, cancelation fee cuma 5%.

Peringatan :

Kita sangat tidak digalakkan untuk cancel order terutamanya EPP, process untuk dapatkan balik duit cancellation mungkin memakan masa lebih 2bulan.

Jadi, jalan yang terbaik ialah buat bayaran penuh kemudian jual emas segera jika kita terdesak untuk pakai duit.

Kecuali, itulah satu-satunya duit yang kita ada untuk beli keperluan harian.

8. Item goldbar 5gram boleh buat EPP tak?

Boleh. Cuma harga goldbar 5gram kalau dibeli secara EPP ialah RM1500. Ia dikira dari harga retail price. 

retail price public gold

Jumlah harga penuh nanti lebih mahal berbanding anda beli secara GAP.

Oleh itu, untuk item 5gram, saya recommend anda beli emas secara akaun emas fizikal GAP. Itu lebih baik dari anda guna kaedah EPP.

9. Lepas habis bayar, tapi tak mahu ambil emas boleh tak?

Kita perlu ambil emas EPP anda selepas habis bayar, jangan lebih dari 2 bulan tidak ambil.

Kalau tidak ambil,

Biasanya Public Gold akan lepaskan stock emas kepada orang lain dulu atau hantar pulang kepada HQ. Kalau anda nak ambil nanti, lama lagi nak kena tunggu giliran

Jika kita rasa tak nak simpan emas sendiri, boleh guna cara akaun emas fizikal GAP, bukan cara EPP

10. Macam mana nak mula beli emas secara EPP?

Jika anda sudah ada PG Code, boleh buat order macam biasa di website Public Gold. 

Cuma dekat bahagian Payment, anda pilih Shariah Easy Payment Plan (EPP). 

Rujuk Video saya ini untuk buat order EPP bagi yang sudah ada PG Code. Bagi yang belum ada PG Code, rujuk video saya yang ini. 

11. Kalau terlupa bayar seperti dalam jadual macam mana?

Kalau terlupa atau terlewat bayar 2 3 hari dari tarikh jadual tu tiada masalah. 

Boleh buat payment macam biasa juga.

Cuma kalau anda tidak buat bayaran lebih dari sebulan, sekarang ini sistem auto cancel, dan Public Gold akan beri reminder terlebih dahulu.

Jadi, penyelesaian untuk masalah ini :

  • Buat reminder di phone calender masing-masing.
  • Beritahu pasangan bahawa kita sekarang tengah beli emas EPP.

12. Bagaimana cara saya untuk dapatkan emas selepas habis bayar?

Apabila sudah habis bayar, anda ada 2 pilihan untuk ambil emas anda.

Jika item yang anda order 20gram dan kebawah (atau jumlah semasa RM5k kebawah), anda boleh minta Public Gold poskan emas anda kepada anda. Caranya :

  • Pastikan profile sudah di update terlebih dahulu.
  • Login > My Account > My Order > Klik GIT Shipment di colum Action

Jika kita buat belian EPP item yang lebih 20gram, kita hanya boleh datang ambil emas di cawangan Public Gold sahaja. 

Ini kerana, insuran untuk pos emas anda maksimum RM5k sahaja dengan menggukan servis GIT.

Info lanjut tentang GIT, boleh rujuk artikel saya yang sebelum ini (klik sini).

13. Macam mana nak tahu harga bayaran bulanan saya sebelum order?

harga emas public gold

Contoh jika ada tawaran EPP6 untuk 1 Dinar. Jom kita kira.

 1 Dinar (4.25gram) sekarang berharga RM1222

RM1222 + RM5(EPP Premium) + RM10 (Gold Premium) = RM1237

RM1237 ini jumlah bayaran selepas 10 bulan. Jadi,

Bulan Pertama = RM207 + 15 = RM222

Bulan Kedua = RM203

Bulan Ketiga = RM203

.

.

Bulan Ke-6= RM203 (dapat emas)

13. Kalau sudah habis bayar, kemudian nak masukkan dalam akaun emas GAP boleh?

Tak boleh. 

EPP dan GAP adalah dua kaedah pembelian emas yang berbeza.

14. Apa Kelebihan EPP?

Apa yang saya nampak, kelebihan utama EPP ialah anda boleh beli emas masa depan dengan harga sekarang.

Andaikata 6bulan akan datang harga emas dah naik banyak, anda hanya perlu bayar mengikut harga emas yang sekarang.

Kalau GAP, anda perlu bayar ikut harga emas semasa.

Sekian. Tolong share kepada kawan-kawan. Semoga info ini turut mendapat manfaat kepada kawan-kawan penyimpan emas

Semoga bermanfaat.

Hafiz
20 Julai 2020
29 Zulkaedah 1441H
(Artikel ini di update pada : 28 June 2021)

Artikel Berkaitan

>