Gold In Transit
Ia ada servis hantar emas hingga ke pintu rumah, dengan nilai emas maksimum RM5k dan ia berinsuran.
Ini antara servis yang terbaru yang Public Gold wujudkan bagi memudahkan kepada penyimpan-penyimpan emas di seluruh Malaysia.
Sebelum ini, Public Gold tidak pernah membuat servis pengeposan emas kepada customer, kalau ada yang buat tu maksudnya atas initiatif dealer sendiri.
Bila dealer yang tolong pos, risiko kehilangan emas itu ditanggung sepenuhnya kepada pembeli emas, bukan dealer.
Manfaat Gold In Transit (GIT)
Apa yang saya nampak, servis GIT ini sangat bermanfaat kepada 3 kelompok penyimpan emas ini.
(1) Super Duper Busy
Memang ada penyimpan emas yang dibawah bimbingan saya yang super duper busy terutama orang bisnes dan doktor.
Mereka tidak ada masa untuk ke branch untuk ambil emas, tapi mereka nak simpan emas.
Dengan adanya servis GIT, alhamdulillah. Masalah mereka selesai. Hanya klik-klik je, emas terus sampai ke pintu rumah atau pejabat.
(2) Tinggal Jauh Dari Branch
Bagi yang tinggal jauh dari branch, memang sesuai menggunakan servis ini. Contoh seperti saya tinggal di Tawau.
Branch paling dekat ialah di Kota Kinabalu. Naik flight pergi balik saya rasa paling murah pun RM150. Naik bas pula.
Kalau macam tu, baik pakai servis GIT. Jimat berpuluh-puluh ringgit juga la.
(3) Elak Risiko Hilang Ditengah Jalan
Jika sebelum ni, bagi pembeli emas yang tinggal jauh dari branch, dealer ambil inisiatif sendiri untuk pos emas kepada pembeli.
Risiko hilang di tengah perjalan tu sangat tinggi. Dan bila hilang, pembeli emas rugi 100%.
Servis GIT ini ada insuran sebanyak RM5k. Proses pengeposan boleh dilakukan dengan jumlah nilai emas RM5k je untuk satu pengeposan.
Pembeli lebih selamat dari risiko emas tu hilang.
Cara-Cara Untuk Memanfaatkan Servis GIT
Secara ringkasnya, anda perlu membuat request dengan branch terdekat dengan tempat anda, untuk lakukan servis GIT ini.
Langkah-langkahnya ialah
(1) Inform staff. Rujuk no fon branch di link 'Cawangan PG Seluruh Malaysia'
(2) Pastikan anda sudah buat full payment, atau bayaran gold premium bagi GAP.
(3) Anda perlu isi maklumat di portal Public Gold anda sendiri (nanti staff akan guide)
(4) Buat bayaran cas pengeposan melalui portal PG anda.
Casnya ialah :
Untuk 1gram pertama ialah RM10 bagi semenanjung Malaysia, manakala RM15 bagi Sabah dan Sarawak.
Tambahan RM2 bagi setiap 1gram yang seterusnya.
Contoh:
Goldbar 5gram, pos ke Bentong. RM10 + RM2x4gram = RM18. Okey lah dari ambik bas ke KL untuk ambik emas kan, lebih baik suruh PG Pos je.
Apa-apa persoalan boleh terus komen di ruang komen dibawah, atau wassap saya di 014 500 5090 24/7.
Rujukan lebih detail tentang servis GIT boleh rujuk di PDF format ini.