Easy payment purchase (EPP Public Gold) ni umpama main kutu emas, tapi anda main kutu emas dengan Public Gold.
Atau dalam erti kata lain, anda beli emas dengan 4kali atau 10kali bayaran.
Secara ringkasnya.
Korang akan dapat emas sebaik sahaja korang buat bayaran penuh emas yang korang nak tu, mengikut harga semasa korang tempah.
Kutu Emas
Saya percaya memang ramai yang suka main kutu emas, terutamanya kakak-kakak atau mak-mak.
Namun, ada je abang-abang main kutu emas. Ya betul, saya selalu jumpa bila saya pergi Ar Rahnu dan bersembang dengan mereka.
Tak pelik pun kalau abang-abang yang main kutu emas.
Sebab, dengan main kutu emas, akhir sekali kakak-kakak boleh bergaya dengan rantai dan gelang emas macam mami jarum. Haha.
Pendapat peribadi saya.
Main kutu emas tu bagus. Sebab nanti korang boleh dapat barang yang mahal, dengan hanya keluarkan modal bulanan sikit-sikit.
Namun, ada juga beberapa risiko main kutu emas ni. Nanti saya share risikonya satu per satu, supaya korang lebih bersedia.
Risiko Main Kutu Emas
Risiko #1
Kutu emas bergantung kepada kepala kutunya dan peserta-pesertanya sahaja.
Risiko #2
Kepala kutu ni orang perseorangan, silap haribulan duit dia boleh bawa lari. Risiko kena tipu, duit habis bayar, tapi emas tak dapat.
Risiko #3
Peserta yang culas lain juga menyembabkan masalah juga kepada kita. Andai sudah tiba giliran kita.
Risiko #4
Perlu jelas dari segi pembayaran dan penerimaan emas dari sudut syarak. Sebab tiada sebarang dokumen bertulis main kutu ni. Hampir semua boleh dikatakan main atas dasar saling percaya.
Atas risiko ini, lebih baik guna kaedah belian emas Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold.
Ia sudah mendapat pengiktirafan patuh shariah oleh Dr Mohd Daud Bakar.
Apa Itu Easy Payment Purchase Public Gold
EPP ialah satu kaedah belian emas Public Gold dengan cara bayaran secara ansuran 4kali (tempoh 4 bulan) atau 10 kali (tempoh 10 bulan) bayar.
EPP tidak melibatkan orang lain, hanya tuan badan dan Public Gold sahaja. (Kelebihan EPP)
Kaedah beli EPP sudah mendapat sijil patuh shariah. Boleh rujuk di website Public Gold. Atau boleh klik link untuk dapatkan copy sijil Patuh Shariah tersebut. (Kelebihan EPP)
Setiap pelanggan yang buat ansuran akan disediakan jadual pembayaran khas. (Lebih Sistematik)
Habis bayar, boleh ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia. (Kelebihan PG)
Siapa Yang Sesuai Buat Belian EPP?
Setakat pemerhatian saya, ada 3 kategori penyimpan emas yang sangat bermanfaat dengan kaedah EPP ni.
Pertama ialah, sudah pastilah kaki main kutu emas. Dengan EPP, boleh menyimpan emas secara paksa, sama macam main kutu, tapi kita boleh elakkan risiko daripada peserta-peserta kutu emas yang culas atau kepala kutu yang tak jujur.
Yang kedua ialah, EPP sesuai bagi orang yang ada bajet lebih kecil, tapi nak beli emas item yang lebih besar.
Contohnya, hanya ada bajet RM200 sebulan, tapi nak beli emas 1 Dinar (4.25gram). Orang macam ni sesuai beli cara EPP.
Contoh lain ialah, peniaga atau pekerja yang ada income lebihan dengan konsisten RM2k sebulan, nak dapatkan jongkong emas 10gram seketul. Guna cara EPP, bayar sekitar RM1800 sahaja sebulan. Bulan ke 10 dah boleh dapat emas 100gram seketul.
Nak tunggu ada RM18k baru nak beli emas, biasanya tak tercapai. Risiko duit tu habis lebih tinggi
Yang ketiga, EPP juga bermanfaat bagi kita yang nak beli emas masa depan dengan harga sekarang.
Contoh sekarang harga emas per USD tengah murah, boleh booking dulu harga emas sekarang dan mula buat bayaran pertama dalam masa 4 hari bekerja.
Walaupun 10bulan akan datang harga emas telah meningkat, namun kita hanya perlu bayar dengan harga sekarang yang kita booking.
Apa Item Yang Boleh Buat EPP?
Bukan semua emas Public Gold boleh dibeli cara EPP Patuh Shariah ini. Syarat harga emas minimum untuk belian emas EPP ialah harga emas tu mestilah RM500 dan keatas.
Part ni saya tak explain panjang. Saya just tunjuk terus itemnya sahaja :
Contoh Dinar dan Jongkong Emas :
Cara Mudah Untuk Join EPP
Nota tentang emas dan kewangan untuk bermula dari kosong. Bagaimana cara memanfaatkan emas dalam menambahbaik kewangan.
Bagi pelanggan Public Gold yang sedia ada (sudah ada PG Code), anda boleh buat order macam biasa dekat website Public, di bahagain “Payment” anda klik EPP (tukar dari yang asal iaitu Full Payment)
Bagi pelanggan baru Public Gold (yang masih belum ada Kod PG), cara paling mudah ialah anda boleh hubungi saya (call/wassap/sms) bila-bila masa sahaja.
No fon saya +6014-500 5090 atau boleh wassap saya di www.wasap.my/60145005090.
Atau boleh call terus cawangan Public Gold untuk staff submit order dan bagitahu Kod PG saya (Hafiz PG54635) sebagai Introducer, jika ingin menjadi pembeli emas dibawah bimbingan saya.
Kemudian, anda akan diberi jadual pembayaran seperti dibawah :
Lepas dah habis bayar dalam masa 4 bulan, staff akan call anda untuk ambil emas tersebut.
Jika anda habis bayar lebih awal, emas tu boleh di ambil lebih awal.
Sekian. Semoga Bermanfaat.