Pencen secara mudahnya bermaksud, kita tak perlu kerja tapi ada duit. Dalam isitilah kewangan, ia dipanggil kepada ” financial freedom”.
Orang yang sudah mencapai “financial free”, mereka bebas buat kerja apa yang mereka nak buat. Bukan bermaksud mereka tidak bekerja atau bermalas-malasan di rumah, tetapi mereka seronok apa yang mereka buat, dan dapat duit.
Sekarang ni, saya dalam fasa membina pencen. Saya mendapat idea untuk mencapai financial freedom semasa saya tahun akhir di Universiti. Waktu tu, idea sekadar idea, belum ada apa-apa tindakan.
Di universiti, saya pernah menjual tudung, menjual jersay bola, buat servis fotokopi dan juga buat servis hantar student.
Namun saya sedar.
Selepas hampir tamat belajar, saya baru mula faham macam mana cara untuk mencapai financial freedoom. Caranya, kita perlu mempunyai sumber pasif income yang cukup untuk menanggung perbelanjaan bulanan kita.
Bukan hard earn income yang saya buat di Universiti tu, tapi at least saya sudah ada sedikit pengalaman dalam berniaga.
Bermula Misi Mencari Sumber Income Pasif
Sebelum saya tamat universiti, saya terus mencari kerja. Di saat sahabat-sahabat saya sedang sibuk menyiapkan thesis final year project, saya dah siap semuanya.
Mungkin thesis saya tidak begitu sempurna berbanding kawan-kawan lain, saya dapat B+ je untuk final year project. Kawan-kawan majoritinya dapat A.
Tapi, dalam fikiran saya ialah saya perlu mendapat kerja secepat mungkin, sebagai modal untuk mendapat sumber pasif income.
Salah satu sumber pasif income yang saya tahu pada ketika itu ialah mempunyai rumah yang boleh disewakan atau pelaburan hartanah.
Jadi, saya mula mencari ilmu tentang hartanah.
Saya beli buku-buku tentang hartanah. Saya hadir seminar tentang hartanah yang memakan kos sehingga RM1000, belum termasuk kos transport dari Tawau ke KL.
Saya tahu, nak capai financial freedoom perlu ada pengorbanan yang cukup besar. Pengorbanan masa, wang ringgit dan hobi-hobi yang kurang membantu saya mencapai financial freedom.
Selain pelaburan hartanah, sumber pasif income yang tahu pada ketika itu ialah saya perlu ada satu bisnes yang bersistem. Saya belajar ni dari buku-buku tulisan Robert Kiyoski.
Saya memang tak pandai berbisnes. Takut kena reject. Takut kawan cakap saya curi duit kawan, sebab jual jersey dekat kawan. HAHA. Jadi, saya tolak pada awalnya untuk menceburi bidang bisnes.
Saya nak lompat dari E Quadrant terus kepada I Quadrant. Nak faham lebih lanjut pasal 4 Quadrant tersebut, boleh rujuk di artikel saya yang ni –> Klik Sini
Lebih baik saya fokus kepada hartanah. Nampak lebih mudah. Tidak perlu menjual. HEHE
Pengalaman Membeli Rumah Pelaburan Pertama
Ini pengalaman saya dalam misi membeli rumah yang pertama.
Saya fokus area yang saya kenal je. Iaitu Damansara Damai. Saya ikut kata-kata sifu-sifu hartanah ” Belajar satu jenis sepakan sebanyak 1000kali lebih baik dari belajar 1000 jenis sepakan”.
Oleh itu, saya mula mengoogle 100 buah apartment medium kos di Damansara Damai, saya contact lebih 30 ejen hartanah (REN), saya view 10biji rumah yang macam berkenan, dan akhirnya saya membeli 1 biji rumah.
Rumah tu berharga RM230k.
Saya berpuas hati membeli rumah tu kerana lokasi unit tersebut sangat strategic, dan harganya paling murah. Rumah-rumah yang sama harga sekitar RM280k. Saya dapat dengan harga RM230k. Wahhh.
Secara ringkasnya, ini timeline saya dalam misi membeli rumah pertama :
Tahun 2015 ke 2016, cari ilmu.
Tahun 2016 ke 2017, cari rumah yang sesuai dan beli.
Tahun 2017 ke 2018, proces membeli rumah.
Fuhh. 2 tahun juga la untuk dapatkan sebiji rumah kan.
Akhir sekali, alhamdulillah rezeki saya dapatkan rumah tu, walaupun dengan -RM300 cashflow (termasuk maintenance). Tapi, saya sangat berpuas hati. Saya hanya sambung je contract sewaan penyewa lama.
Tidak sempat untuk mencari penyewa lain disebabkan kekangan masa dan jarak yang jauh, saya tinggal di Tawau.
Pengalaman Setahun Dalam Bisnes Public Gold
Alhamdulillah, saya dah lebih setahun dalam bisnes Public Gold.
Mula-mula saya letakkan azam untuk beri 200% komitmen dengan bisnes Public Gold ialah pada awal tahun 2017.
Ia disebabkan oleh, saya mempunyai kekangan masa untuk terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur untuk menguruskan hal-hal berkaitan pembelian rumah.
Walaupun saya dalam process membeli rumah, saya juga terus mengajar masyarakat tentang emas dan kewangan melalui platform Public Gold.
Saya hanya berkongsi pengalaman simpan emas je kepada kawan.
Tidak perlu keluarkan apa-apa modal. Urusan jual beli emas semua staff Public Gold yang uruskan.
Insentif yang saya terima dari May 2018 hingga Jun 2018.Public Gold bayar insentif setiap 20haribulan
Dan saya sangat bersyukur, income pasif saya dengan Public Gold walau baru hanya setahun dalam bisnes lebih RM100 sebulan.
Ia jauh lebih baik dari saya habiskan duit dan masa untuk pelaburan hartanah selama setahun. Bukan bermaksud pelaburan hartanah tak bagus, tapi ia tidak sesuai bagi saya buat masa ini.
Satu lagi, saya bukanlah dealer yang laju. Ramai yang jauh lebih laju dari saya. Tak sampai setahun dah capai 100 customer based yang mampu memberi RM200 sebulan pasif income.
Perbandingan Rumah Pelaburan dan Bisnes Bersistem Public Gold
Betullah apa yang mentor saya selalu pesan.
Orang biasa-biasa seperti kita, fokus kepada bisnes dahulu. Bila jumlah duit dah tak sesuai untuk melabur dalam bisnes, barulah gunakan duit untuk pelaburan.
Sedikit perbandingan berdasarkan pengalaman saya dalam masa setahun mencari rumah pelaburan, dan menjalankan bisnes Public Gold :
(1) Kerja-kerja Berkaitan
Dalam pelaburan hartanah, saya perlu mencari rumah gred A, bak kata guru hartanah saya. Salah satu ciri rumah gred A ialah rumah yang memberi sumber pasif income sebaik sahaja kita beli.
Contohnya, saya bayar dekat bank RM1050 sebulan, penyewa bayar dekat saya RM1250 sebulan, saya ada income pasif RM200 sebulan dari rumah tersebut.
Belum dikira, saya perlu layan karenah penyewa lagi.
Kalau dapat penyewa dari syurga, Alhamdulillah. Kalau dapat penyewa dari neraka? Fuhhh. Masalah.
Dalam bisnes Public Gold, saya hanya perlu mengajar orang tentang emas, dan pastikan mereka yang pandai pasal emas akan mendaftar dibawah saya.
Orang yang faham pasal emas, mesti akan menyimpan emas at least 1gram 1bulan. Secara mudahnya, saya perlu mencari dan mengajar orang menjadi seperti saya.
(2) Modal Yang Dikeluarkan
Dalam mencari rumah pelaburan pertama, saya sudah habiskan RM1000 untuk kos seminar. Tidak termasuk kos penerbangan dari Tawau ke KL.
Untuk mendapat rumah yang berharga RM230k, saya perlu menyediakan deposit RM23k. Yuran-yuran guaman, kos penilai hartanah. Pendek kata, untuk beli sebiji rumah, saya sudah habiskan sekitar RM30k.
Dalam bisnes Public Gold, saya tak perlu keluarkan modal untuk dapatkan stock emas. Semuanya Public Gold sudah sediakan. Saya hanya mengajar orang untuk beli emas direct dengan Public Gold.
Dari segi ilmu, saya sudah habiskan duit untuk kelas intensift (lebih fokus kepada leadership skill) yang dinamakan Jutawan Emas Leadership Training. Yurannya sekarang RM550, untuk program selama 2hari satu malam.
Kami disarankan untuk hadir minimum 6 bulan sekali. Maksudnya, modal pun lebih kurang RM1100 setahun.
Ini antara modal yang kami perlu keluarkan. Ikuti meeting mingguan setiap selasa malam. Waktu meeting ni kami akan belajar secara FB Live telecast bersama dealer PG seluruh Malaysia.
Setiap minggu kami keep in touch bersama orang yang sama-sama nak berjaya. Kelas hanya percuma. Modalnya hanyalah minyak kereta. HEHE
(3) Mentorship
Saya bersama mentor di Jutawaemas Leadership Training di Kundasang Sabah
Dalam pelaburan dan bisnes, mentorship sangat lah penting.
Pengalaman saya hadiri seminar hartanah, mentorship sangatlah terhad. Jika saya bayar RM1000 untuk program 2hari. Hanya 2 hari lah peluang saya untuk tanya macam-macam tentang pelaburan.
Nak tanya lagi, biasanya kena ada bayaran tambahan lagi.
Dalam bisnes Public Gold, saya mendapat free mentorhsip sepanjang hayat. Yuran saya terhadap mentor ialah hanya kesungguhan dan dengar cakap mentor. Itu sahaja.
Saya pernah sembang sahabat saya yang buat bisnes lain, yuran mentorship beliau ialah RM7000, selama 3 hari je. Peluang untuk bertanya soalan hanyar waktu seminar.
Nak lebih lagi mentorship kena bayar lagi yuran berpuluh-puluh ribu. Fuhhh.
Dan mentor dia punya bisnes tak sama dengan apa bisnes yang dia jalankan. Contoh dia jual baju, mentor dia jual produk kesihatan. Akhir sekali, mentor dia kaya dengan buat seminar. Bukan sebab bisnes jual produk.
Dalam Public Gold, mentor kami buat bisnes sama dengan kami buat. Kami just ikut cakap mentor 100%. Tak perlu ubahsuai lagi ikut kesesuaian bisnes masing-masing.
Jom Jana Income Sambil Simpan Emas
Inilah antara sebab kenapa saya nekad untuk terus kekal dengan bisnes Public Gold.
Saya seronok buat kerja ni. Saya ajar orang menyimpan, bukan ajak orang berbelanja yang menghabiskan duit.
Saya seronok tengok feedback yang positif terhadap sahabat-sahabat saya yang ada pengalaman menyimpan emas.
Bagi saya, orang yang saya ajak menyimpan, tapi dia tak nak, bukan saya yang rugi, dia sendiri yang rugi sebab dia tak nak menyimpan.
Dan sekarang ni, sangat mudah untuk jadi dealer Public Gold. Modalnya RM0.
Kalau sudah ada kod PG, just daftarkan kawan-kawan anda untuk menyimpan emas, dan daftakan dibawah network anda.
Bagi yang belum ada kod PG, mulakan simpan emas dulu at least 1 gram pertama, untuk mendapat Kod PG. Cara mudah untuk mula simpan emas dengan modal minimum boleh rujuk dekat artikel saya yang ni –> Klik Sini
Jadi, kalau ada sahabat-sahabat yang sedang mencari sumber pasif income, jom sama-sama kita educate masyarakat tentang simpan emas!
Hafiz
Tendong, Pasir Mas Kelantan
16 Ogos 2018
4 Zulhijjah 1439
Artikel Berkaitan
- Jana Income Sambil Simpan Emas
- 5 Checkpoint Kewangan
- Riviu Buku: Retire Young, Retire Rich
- Riviu Buku: Rich Dad, Poor Dad
- Riviu Buku : Cashflow Quadrant