Riviu Buku: Retire Young Retire Rich

Retire Young & Retire RichTajuk Buku : Retire Young Retire Rich

Penulis : Robert T. Kiyosaki

Riviu Buku:

Buku ini menceritakan bagaimana Robert T Kiyosaki dan  isterinya menjadi kaya dan terus kaya pada usia muda dengan bermula dari kosong. Beliau memberi idea bagaimana membuatkan duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit.

Walaupun mempunyai hutang yang banyak, namun beliau tetap boleh mengumpul aset dan mereke berdua tidak perlu lagi pergi dan pulang kerja setiap hari dengan mengambil masa kurang dari 10 tahun dari hari mereka bermula. Hutang yang dimaksudkan ialah hutang-hutang positive.

Pengajaran Yang Boleh Dapat Dari Buku Ni

 

#1 Niat Bekerja Untuk Belajar, Baru Hati Sentiasa Rasa Segar

Stress dan tertekan, itulah setiap hari yang saya lalui dalam industri pemprosesan buah sawit sebelum saya baca buku ini. Mungkin tidak banyak beza dengan rakan-rakan saya yang dalam industri lain. Golongan bekerja mengalami masalah yang sama, iaitu kita bekerja sehabis baik, untuk memuaskan hati bos, dan apabila tiba usia pencen nanti tempat kita tetap ada pengganti, dan kita tidak dipandang pun oleh syarikat tempat kita bekerja itu lagi.

 

#2 Cari Jalan Untuk Keluar Dari ‘Rat Race’

Setelah faham tentang penyampaian dalam buku ini, pemikiran saya 360 darjah berubah tentang matlamat pekerjaan saya. Sebelum ini, matlamat saya dalam industri pemprosesan sawit ingin sekurang-kurangnya dapat menjadi pengurus kilang dalam masa 10tahun dari saya mula bekerja.

 

Jpeg
Muka Surat hampir 500, ia memakan masa saya hampir 5 bulan untuk menghabiskanya.

Namun, sekarang baru yang saya sedar, kenaikan pangkat dalam ‘coorporate level’ hanyalah bersifat sementara. Jika saya korbankan masa saya dengan keluarga demi mencapai ‘jawatan pengurus’ sekurang-kurangnya, apabila saya berhenti bekerja, pendapatan saya juga tetap berhenti dan tempat saya boleh diganti.

 

Kesan Positif Kepada Saya Selepas Baca Buku Ni

 

Dalam perjalanan menghabiskan  baca buku ni, saya belajar ‘something’ tentang kerjaya hidup saya, iaitu punca utama kenapa saya rasa selalu tertekan apabila pergi pulang kerja ialah saya tidak ada matlamat hidup yang jelas.

Sebelum baca buku ni, fokus saya waktu pergi dan pulang kerja hanya untuk buat kerja ikut arahan bos 200% (& jaga hati bos) supaya hujung tahun dapat ‘duit bonus’ yang banyak. Akhir sekali, pergi dan pulang kerja tak seronok.

Bila dah nampak hala tuju hidup saya sebenar, saya tulis dan tampal matlamat di bilik tidur, dan pergi pulang kerja pun rasa seronok. Kena ‘tazkirah’ dengan bos hari-hari pun rasa seronok. HAHA

Untuk itu, secara keseluruhan nya, jika ingin hidup bebas tanpa ada kekangan masa, kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan pasive income dan bukannya aktif income. Bekerja keras 5 tahun untuk income pasif lebih berbaloi dari bekerja keras untuk aktif income selama 30tahun.

Jika sahabat-sahabat ada rancangan untuk hidup bebas, buku ini membuatkan fikiran kita berubah dan bertindak kearah mencapai kebebasan kewangan yang kita semua mahukannya.

 

Cara Dapatkan Buku Ini

Cari di kedai-kedai buku berdekatan seperti Popular, MPH atau SMO

 

Hafiz
18 January 2017
Tawau, Sabah

[ Artikel ini di update pada 17 September 2017]

Artikel Berkaitan

>