Ini cara berjimat cermat style sifu forensik kewangan.
Minggu lalu, sempat saya menghadiri seminar Forensik Kewangan yang dianjurkan oleh Urusinsan Sdn Bhd.
Seminar tersebut disampaikan seorang penulis buku kewangan iaitu Tuan Zaidi Ismail.
Semasa seminar berlangsung, penceramah berkongsi ayatnya berbunyi begini
“ Ramai yang silap, nak keluar dari masalah kewangan dengan cepat. Tetapi hanya fokus kepada ubah cara sara hidup “
Dalam hati saya,
“ Betul la tu kan, nak ubah apa lagi?, tak kan nak hidup boros?”
Tuan Zaidi menambah lagi
“ Sedangkan, mereka lupa, nak kurangkan komitmen dan tambah pendapatan lebih mudah. Manakala, kita tiada had untuk tambah pendapatan, tetapi kita ada had untuk kurangkan kos sara hidup”.
Ohhh, baru ramai perserta mengangguk-angguk menunjukkan tanda faham.
Pendapatan, Komitmen, Sara Hidup
Dalam konteks kewangan, pendapatan kita tidak terhad! Kita boleh cari berapa banyak pendapatan yang kita mahu.
Langkah paling awal ialah perlu ada simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan.
Untuk tambah pendapatan, kita hanya perlukan mengorbanan untuk mencari ilmu dan mencari masa.
Dari segi komitmen pula, kita boleh pilih.
Kecuali kita ni jenis ada penyakit suka barang berjenama
Samaada nak bebankan diri kita dengan komitmen yang banyak, atau nak minimumkan komitmen bulanan kita. Pilihan di tangan kita sendiri sebenarnya.
Sebagai contoh, kita baru ada anak 2, ikut keperluan kita hanya perlu pakai kereta Viva, tetapi kenapa kita sibukk nak pakai ‘Hellfire’ kan? HAHA.
Untuk kos sara hidup, kita tidak ada pilihan yang luas untuk kurangkannya. Berjimat macam mana sekali pun, kita tetap perlu makan untuk teruskan hidup bukan?
Guna Kudrat Yang Sama, Bukan Sekadar Berjimat Cermat
Kenapa elakkan fokus hanya kepada kurangkan kos sara hidup?
Hakikatnya, masa dan tenaga untuk kurangkan komitmen, atau tambah pendapatan atau kurangkan kos sara hidup ialah semasa.
Tetapi, kesan (dari segi kewangan) terhadap kurangkan kos sara hidup sangatlah minimum.
Contohnya, jika anda berjimat untuk tidak order air semasa makan dikedai, anda akan jimat RM3 sehari. RM3 sehari bersamaan RM90 sebulan bukan? Sedikit sahaja bukan?
Jika anda kurangkan komitmen hutang, anda boleh kurangkan komitmen bulanan lebih RM1k sebulan! Ia jauh lebih menguntungkan dari anda bersusah payah untuk kurangkan kos sara hidup!
Namun, bukan disini bermaksud anda boleh boros, tapi anda fokus kurangkan komitmen hutang itu lebih baik.
Jika anda lakukan kedua-duanya sekali, itu jauh berkali ganda baik!
Kalian juga boleh baca artikel tentang teknik 4S untuk berjimat cermat.
Sekian. Semoga bermanfaat.