tips berjimat cermat

Teknik 4S Ini, Membuatkan Saya Lebih Cermat Dalam Berbelanja

Sebenarnya, tips yang saya share harini lebih kepada cara berjimat cermat.

Bagi saya, nak kawal perbelanjaan, bukan sekadar 'nombor' je, tapi lebih kepada emosi.

Memang betul!

Ini sekadar teori.

" Formula untuk semakin bulan semakin bertambah kaya hanyalah berbelanja kurang dari pendapatan"

Nak ikut teori seperti guru-guru kewangan selau berkongsi tu nampak je mudah. 

Mungkin mereka lupa, orang berbelanja (perabis duit) bukanlah disebabkan oleh teori, namun disebabkan oleh emosi!

Kita Berbelanja Disebabkan Desakan Emosi Bukan Teori

Pengalaman saya sendiri.

Ketika saya masih bergelar seorang mahasiswa, banyak duit saya terboros demi untuk menjaga sebuah 'mountain bike'. (",)

Orang yang pernah berkecimpung dalam dunia basikal lasak ni, mesti tahu berapa harga part-part basikal ni. Memang mahal!

Bila difikirkan balik. Memang betul, saya terboros adalah disebabkan oleh desakan emosi.

Contohnya :

Tengok kawan upgrade 'tayar' baru, nampak tayar basikal saya pun dah jadi buruk. Tup tup, saya pun tukar tayar baru. (",)

Pergi pertandingan, tengok rider-rider lain pakai kasut basikal yang nampak 'kelas', dapat je biasiswa, saya pun beli kasut basikal baru. (",)

Semuanya disebabkan pengaruh persekitaran, dalam erti kata lain disebabkan oleh desakan emosi.

Cara Berjimat Cermat : Emosi Berbelanja Boleh Dikawal Dengan Cara Teknik 4S

Baiklah. Untuk mengawal emosi berbelanja, saya percaya saya mesti ada tempoh bertenang.

Tempoh bertenang untuk saya berfikir sekejap, sebelum mengeluarkan duit dari poket saya sendiri.

Caranya ialah guna teknik 4S atau 4 Soalan yang perlu ditanya kepada diri saya sendiri, sebelum berbelanja.

" Saya sekarang tengah berfikir menghabiskan duit, untuk membeli sepasang kasut sukan yang berjenama, berharga RM400. Dah hampir 3tahun berfikir nak beli kasut ni. Tapi, sekarang pun saya masih berfikir. HEHE"

Soalan #1 :

" Adakah saya benar-benar perlu, atau sekadar ikut kemahuan? "

Bila ditanyakan balik. Sebenarnya saya bukan benar-benar perlu. Kasut yang lama walau dah nampak buruk, tapi masih boleh dipakai.

Soalan #2 :

" Adakah saya akan menyesal jika selepas 3 hari saya membelinya? "

Emm. Saya rasa saya akan rasa sedikit menyesal. Duit tabungan untuk menyambut anak kedua kami belum lagi mencukupi.

Soalan #3 :

" Berapa jam tempoh yang saya perlu bekerja untuk dapatkan wang RM400 ni? "

Bila dikira balik. Gaji saya hanyalah RM14 untuk satu jam. RM400/14 bersamaan 28.5jam.

Maksudnya, saya perlu bekerja hampir 4 hari, untuk dapatkan sepasang kasut ni.

Soalan #4 :

" Berapa nilai kasut ini dalam masa setahun akan datang? "

Aduihh. Memang dah beli, nak jual balik memang tak laku. Susah nak jual balik.

Kesimpulanya.

Saya masih menangguh keinginan untuk beli kasut sukan baru. Buat masa sekarang, ia masih kekal sebagai kemahuan, bukan keperluan.

Jom Sama-sama Berjimat Cermat, Banyakkan Jumlah Simpanan!

Korang boleh cuba teknik ini.

Jika ada pasang niat untuk beli kereta baru, beli superbike, beli henpon baru, tanyakan diri dulu 4 soalan ini, agar korang boleh ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja.

Boleh juga baca kisah pengalaman saya belajar tentang cara tambah simpanan tanpa perlu berjimat cermat.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
21 Februari 2019
16 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>