Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana, samaada duduk kampung atau bandar.
Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport.
So, nak tinggal dekat mana?
Kampung atau Bandar
Saya hari ni duduk di kampung. Tapi bukan kampung saya. Di kampung saya ni, orang tak kenal saya, dan saya tak kenal pun orang kampung area sini.
Tempat saya boleh dikatakan perumahan M40 dan T20 tapi di kawasan kampung. Di kawasan baru. Jiran-jiran saya ada doktor pakar, ada bisnes owner dan ada juga pegawai kerajaan.
Bagi saya, duduk mana-mana tak kesah, yang penting kejiranan kita siapa? Sebagai dealer Public Gold, keselamatan paling utama. Walau kita tak jual emas, tapi orang ingat kita sentiasa bawak emas berkilo-kilo.
Maksudnya, kalau nak duduk kampung boleh, tapi jangan kampung kita sendiri yang kita membesar dari kecil, dan kita duduk situ kembali.
Tak Selesa di Kampung Sendiri
Sebagai seorang dealer Public Gold, saya lebih selesa dengan privacy saya. Jiran-jiran saya tak tahu, saya dealer Public Gold.
Kalau di kampung sendiri, saya susah nak sorokkan diri bahawa saya dealer Public Gold, sebab video saya di merata-rata di Tik Tok dan Youtube. Sampaikan orang kampung saya tahu siapa saya.
Privacy keluarga saya terancam, kalau saya tinggal di kampung sendiri.
Kita tak tahu, sejauh mana baik atau buruk orang kampung kita sendiri dulu dan sekarang. Sebab, pengalaman saya waktu kecil, beberapa kali rumah mak ayah saya dipecah masuk oleh pencuri.
Itu situasi saya sendiri.
Jadi Fleksible, Lebih Tenang
Saya jenis tak suka meletakkan sayang lebih kepada barang yang saya beli. Kalau saya beli rumah, saya beli rumah yang saya senang untuks sewa atau jual.
Kalau nak beli kereta, saya beli kereta yang saya mampu untuk servis di tempat official kereta tu beli. Bukan servis di kedai luar sebab nak jimat kos atau nak pantau sendiri apa pomen buat dekat kereta kita.
So, kalau merancang nak duduk kampung. Bagi seorang dealer Public Gold. Bagi saya itu satu option yang kurang bijak. Duduk bandar tu sebenarnya lebih best sebab banyak kemudahan yang kita boleh guna waktu orang bekerja.
Duduk kampung? Takda apa. Orang pergi kerja ke tak pergi kerja, kampung tetap kampung. Tak banyak kemudahan yang kita boleh nikmati.