Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya.
Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik.
Aduih. " Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur".
Dalam hati saya, tengok cara promosi pun saya tahu itu scam. Tapi itulah, silap saya sendiri tak eggresif berkongsi ilmu emas dan kewangan dengan betul.
Macam mana nak jadi kaya?
Di akhir perbualan dengan beliau, saya di tanya. So macam mana nak jadi kaya?
Ehemm. Memang betul apa mentor saya pesan, iaitu : pelaburan bukan tempat nak buat duit lebih, tetapi pelaburan adalah tempat untuk kita gandakan duit yang sudah lebih.
Kalau tak jelas, baca ulang kali.
Saya jawab cara nak kaya.
Nak kaya cuma perlu buat dua perkara. Kerja atau bisnes iaitu aktiviti yang mendatang duit kepada kita. Dan bila dah dapat duit, perlu penuhkan tabung.
Simple.
Selagi tak belajar menabung. Tak akan pernah kaya.
Formula kaya yang sebenar
Kaya bermaksud berapa lama kita boleh bertahan kalau kita hilang punca pendapatan.
Macam mana kita nak bertahan lama kalau hilang punca pendapatan bergantung kepada dua perkara iaitu :
1) Saving (Simpanan)
2) Harta
Jadi, orang kaya bukan bermaksud kita nampak kereta apa dia pakai atau rumah besar mana yang mereka duduk.
Kereta dan rumah itu cuma simbol kemewahan. Bukan simbol kemewahan. So jelas? Apa lagi yang kalian nak saya kongsikan? Tulis di ruang komen di bawah.