Gaji Naik

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket.

Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang.

Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga kuasa beli seseorang penjawat awam, kalau kos sara hidup kekal. Hmm. Kalau kekal ya.

Jadi, adakah jadikan seseorang itu bertambah kaya kalau sekadar naiknya gaji? Atau boleh menjadi semakin miskin?

Ishh, naik gaji pun boleh jadi semakin miskin?

Definisi Kekayaan Yang Sebenar

Tips nak kaya, kena pandai tambah duit dan simpan duit tersebut. Cukup simple.

Kalau pandai tambah duit sahaja, tapi tak pandai menabung. Akhir sekali, kita tetap kita yang dulu iaitu :

Tiada tabungan + tak bertambah kaya.

Definisi sebenar kaya ialah, berapa lama kita boleh bertahan (dari sudut kewangan) bila kita sudah tidak mampu bekerja lagi. Cuba semak dan fikirkan balik :

1 tahun? 2 tahun? 10 tahun? atau sebulan dah tak mampu bertahan?

Bertambahnya gaji. Ehemm. Tahniah untuk penjawat awam. Namun, tak bermakna kita semakin kaya kalau jumlah tabungan kita kekal macam dulu.

Kalau kekal takpa. Jangan makin menyusut. Yelah, dah ada extra gaji, pergi buat extra hutang pulak.

Tips Tambah Tabungan

Tak kesah kita makan gaji, pemilik bisnes, untuk menjadikan kita semakin kaya, kita kena pastikan setiap bulan, tabungan kita bertambah.

Kalau tahun lalu kita ada RM50,000. Tahun ni sepatunya kita ada RM100,000.

Menabung, biar kecil, tapi berhasil. Nak senang “monitor” hasil.

Saya recomend menabung dalam bentuk emas.

Boleh menabung sikit-sikit dekat akaun emas fizikal GAP dengan serendah RM100 sahaja. Nanti hasilnya…Kita tak sedar kita semakin bertambah jumlah tabungan.

Hafiz
Kota Bharu
21 Ogos 2024

Artikel Berkaitan

>