bebas kewangan

Kehidupan golongan minoriti, bebas kewangan

15 minit sahaja dah selesai urusan cari beberapa barang keperluan untuk haji. Bila shopping waktu hari bekerja, tak ramai orang. Inilah antar nikmat, kehidupan sebagai orang yang sudah capai bebas kewangan.

Saya datang untuk cari sandal. Bila datang waktu macam ni, staff tak sibuk. Boleh tanya lebih, sebab tak ada orang pun dalam kedai.

Bersyukur, saya nikmati kehidupan macam ni sejak dari tahun 2020 lagi.

Kehidupan seorang yang bebas kewangan…

Macam pakcik-pakcik pencen. Setiap pagi, ada pilihan dalam hidup.

Nak lepak kedai kopi pergi breakfast, atau nak pergi berkebun?

Pergi kedai kopi tidak ada orang paksa. Pergi berkebun pun, sebab hobi, bukan sebab terpaksa berkebun.

Saya letak target nak bebas kewangan sejak dari umur 25 tahun, pada tahun 2016. Hari ni saya hidup dalam golongan minoriti, tapi sejak saya letak target ketika itu, saya juga kena bekerja macam orang minoriti.

Setiap pagi, bangun pagi. Rasa seperti hari cuti. Energy level tinggi, tidak perlu serabut dengan update group whatsapp. Nak kena ambil tahu apa kejadian berlaku hari semalam dengan kilang.

Ini antara pengalaman saya bekerja dulu.

Bagaimana nak capai bebas kewangan?

Bebas kewangan. Ada duit, ada masa. Macam abah-abah kita yang pencen kerajaan, dan tidak ada hutang. 

Ada pasif income yang masuk setiap bulan. Dan pasif income tersebut, cukup untuk kos hidup setiap bulan mereka.

Hidup biasa-biasa.

Tak berkejar ke tempat kerja. Setiap hari, fikir apa perkara bermanfaat yang boleh buat hari ni.

Macam mana nak miliki pasif income, kalau kita bukan kerja kerajaan? Mudah saja, kita mesti jana pasif income melalui harta. Cukup nilai harta yang kita miliki, kita semua boleh capai bebas kewangan.

Hafiz
Kota Bharu
6 Mei 2026

Artikel Berkaitan

>