Berangkat ke Aziziyah

Berangkat ke Aziziyah, persiapan manasik Haji

Semalam 1 Zulhijjah, kami semua mula berangkat ke Aziziyah. Dan majoriti, jemaah PJH akan berada di sini selama 15 hari, dari 1 Zulhijjah sampailah 15 Zulhijjah.

Aziziyah masih tanah haram. Maksudnya, setiap amalan yang kita buat dekat sini, pahalanya 100,000 kali ganda. Sama juga dengan pahala di Masjidil Haram.

Tinggal sekejap Masjdil Haram

Hari terakhir di Masjidil Haram semalam, mutawwif dah pesan, maksimumkan waktu untuk berada di hadapan kaabah. Sebab kami akan tinggalkan selama 15 hari, untuk buat persediaan hari kemuncak haji.

Dan memang kami ikut pesan ustaz, dari Magrib ke Subuh, sempat 2x tawaf sunat. Sebab nanti dekat Aziziyah sudah tidak ada ibadat tawaf. Alhamdulillah, memang masa betul-betul utilize di Masjdil Haram, sehari sebelum berangkat dekat sini.

Tak jauh pun jarak Aziziyah dengan Kaabah, sekitar 5km sahaja.

“ Dekat Azizyah nanti, redha saja dengan bilik yang dapat. Tak boleh nak harap macam di Swissotel Makkah. Kalau nak makan pisang montel, oren gemuk, ambi siap2 dari sini, dekat Aziziyah dah tidak ada”, pesan founder Jay Ibrahim Al Islam kepada kami.

Saya dalam mindset, dah ready untuk dapat bilik kecil, makan tapau, nak buka bag kena letak atas katil. Seperti pengalaman saya dan isteri tunaikan umrah pada February 2025 lalu.

Pengalaman baru, seronok di Aziziyah

Tapi setibanya di sini, masyaAllah. Elok sangat hotelnya, sangat selesa. Syukur.

Makan pulak sangatlah sedap. Terubat rindu makan makanan Malaysia. Dekat sini makan secara katering. Dan katering tersebut sama dengan katering waktu kami buat umrah dulu, Jan 2025. Memang pure makanan Malaysia.

Dekat sini, saya duduk bilik berempat. Kemudahan kat sini ada dobi sendiri. Ada mesin basuh, sidai di rooftop. 15 minit je dah kering. Bersyukur sangat-sangat dengan kemudahan yang disedikan.

Dobi dekat sini lagi mahal dari sana. Baju dekat sini tak lah kotor pun, cuma bila nak basuh, terpaksa hantar dobi. Tapi, bila disedikan tempat membasuh, saya fikir boleh jimat hingga beratus riyal berbanding hantar dobi dengan kos SR12 per kg.

Aktiviti dekat sini 100% indoor. Kami tak perlu keluar. Solat di surau yang selesa. Makan dekat sini. Dan aktiviti utama adalah kuliah agama dan juga persediaan penting untuk hari kemuncak haji.

Yang menarik juga, kami tak banyak berjalan, banyak masa saya boleh luangkan untuk membaca dan menulis. Alhamdulillah.

Hafiz Shafie
Aziziyah, Makkah
19 Mei 2026M
2 Zulhijah 1447H

Artikel Berkaitan

>