Nak pergi Haji dengan PJH atau Muasasah?

Nak pergi Haji dengan PJH atau Muasasah?

Syukur kepada Allah, saya dijemput oleh Allah untuk tunaikan haji untuk tahun 1447H atau 2026M. Waktu saya dapat surat jemputan dari pihak Tabung Haji, hati terus rasa berdebar-debar. 

Macam-macam dalam fikiran. Saving cukup ke? Tanah nak kena jual ke? Berapa banyak emas nak kena gadai atau jual?

Persoalan yang juga bermain dalam fikiran saya, nak pergi dengan Muasasah atau PJH? Perancangan awal, saya nak pergi dengan Muasasah, dan hotel upgrade sendiri nanti. 

Tapi, atas nasihat mentor yang tunaikan haji tahun sebelum, upgrade hotel sendiri atau beli terus pakej PJH tawarkan, total kos sama sahaja.

So, saya decide untuk pergi dengan PJH.

Dan saya bersyukur, saya buat keputusan yang betul! Jadi, bagi yang ada kemampuan untuk membayar pakej haji sekitar RM50k seorang minimum, saya sarankan kalian untuk ambil PJH atas beberapa sebab :

(1) Kemudahan hotel yang lebih dekat dan mudah dari sudut urusan.

Beza hotel PJH dan Muasasah

Kalau pergi dengan PJH, dekat pakej PJH biasanya sudah tulis siap-siap akan stay di hotel mana. Dan majoriti PJH hotel jauh lebih dekat dari hotel Muasasah. Dan, saya sarankan pilih PJH yang menawarkan hotel dalam dataran kalau di Mekah.

Saya kesian tengok hotel di Muasasah bagi siapa penerbangan yang lewat. Mereka akan kesunyian di hotel. Kalau hotel-hotel PJH, habis saja musim haji, terus masuk jemaah umrah di hotel tersebut. 

Bila hotel lebih dekat, untuk solat 5 waktu di depan kaabah tu lebih mudah berbanding hotel Muasasah, yang mana kita kena naik bas setiap kali untuk ke Masjidil Haram, dan masih perlu berjalan kaki dari stesen bas ke hotel minimum 1.5km sehala.

Pada musim haji, biasanya musim panas. Waktu saya disana, suhu mencecah 45 darjah. Saya tengok betul-betul cekal jemaah Muasasah yang cekal ulang alik masjid solat 5 waktu dari hotel. Yang mana berduit, biasanya mereka akan booking hotel sendiri dekat dengan masjidil haram. Dan biarkan tempat mereka di hotel Muasasah kosong.


(2) Urusan manasik haji lebih personal

Untuk urusan manasik haji, bila kita pergi dengan PJH, kita lebih mudah untuk bertanya dengan pembimbing. Kita lebih dekat dengan ustaz.

Pengalaman saya pergi dengan PJH pada musim haji 2026M, PJH kami sediakan bilik bimbingan khas, kalau urusan personal yang perlukan penjelasan dari mutawwif, boleh terus ke sana.

Kami pada masa tersebut ada sekitar 150 jemaah, dan ada dua orang pembimbing bersama kami sewaktu manasik haji.

(3) Kita bersama circle yang sama dengan kita. 

Bila kita pergi dengan PJH, sudah pasti kosnya dua kali lebih mahal berbanding Muasasah T20. Secara tak langsung, kita berada dalam golongan yang at least, ada duit sama dengan kita.

Kalau pergi dengan Muasasah, pihak Tabung Haji akan campur sekali semua. Tak kesah kita bayar RM33k atau RM15k. Kita semua sama. Nak tukar atau nak asingkan diri, kita pandai-pandai booking hotel lain sendiri kalau ada kekosongan.

Cabaran paling besar waktu tunaikan haji ialah apabila kita berada dalam circle yang kita tak selesa. Hati nak kena jaga supaya sentiasa fokus niat sebenar kita tunaikan haji.

Kalau setiap hari selama 45 hari kita terpaksa hadap dengan orang yang kita tak suka, di tanah suci pulak. Agak mencabar untuk kita menjaga hati kita.

Maaf, bukan nak beza-beza kan kasta pendapatan. Tapi, ini realiti yang berlaku dekat sana. Ini berdasarkan pemerhatian saya, bila berada dalam group whatsapp TH dan PJH. Soalan dan solusinya agak berbeza.

Jadi, nak pergi dengan PJH atau Muasasah? Saya sangat galakkan pergi dengan PJH.

Hafiz
Kota Bharu
28 September 2026

Artikel Berkaitan

>