Ujian pertama di tanah suci

7jam dalam bas, ujian pertama di tanah suci

6AM, 15 Mei kami semua Jemaah Haji KT88B, mendarat di Airport Jeddah. Keluar sahaja dari kapal, terus masuk ke kastam sekejap untuk cek hand carry, dan kami terus beratur masuk bas.

Selepas memalui dua check point,  setiap jemaah mesti tunjuk kad nusuk kepada pihak polis untuk di scan. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Dah dekat sangat dah

Sekitar 11am saya dah nampak hotel saya, di sebelah menara jam. Saya boleh nampak laluan tersebut, sebab saya masih ingat waktu tunaikan umrah pada Februari 2025 lalu.

Sebagai ketua bas atas lantikan pihak Tabung Haji, saya rasa konfiden. Dalam 10 minit lagi sampai lah depan hotel. Saya tengah standby, untuk update kepada staff TH, tentang kami dah selamat sampai.

Kami menetap di Swissotel Makkah. Sebelah laluan utama untuk masuk ke Masjidil Haram, pintu 1 King Abdullah kalau tak silap. Sebelum pilih PJH Jay Ibrahim pun, saya dah tahu dekat mana lokasi hotel tersebut kalau dari dataran masjid.

Ujian pertama di tanah suci

Tiba-tiba bas kami polis tak bagi masuk. Saya dah rasa, ada sesuatu yang berlaku. Saya tengok driver dan mursyid (orang local yang naik waktu check point kedua yang akan bawa kami ke hotel) dah mula pening. 

Saya terus update kepada pihak TH, kami belum lagi sampai. Dan driver cari jalan lain dan tersalah jalan semakin jauh dari menara jam. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Saya teruskan update kepada petugas TH.

Kami semua dah rasa macam driver silap jalan. Rupa-rupanya kami dah sampai di Aziziyah (tempat kami bermalam untuk manasik haji, dari 1 Zulhijjah hingga 15 Zulhijjah.

Dalam group PJH KT88B pun dah mula ada orang update. 

Dalam hati saya, kebetulan kami sampai pada hari Jumaat. Memang banyak jalan ke Haram, tutup.

Driver dah patah balik, semakin dekat balik dengan menara jam. Bas pula rosak waktu naik bukit. Saya terus update kepada staff tabung Haji tadi. Dan kami update dekat group PJH.

PJH & petugas TH yang bertanggungjawab.

Dari jam 12.00, kami tunggu untuk pertukaran bas baru. Syukur, bas yang lama aircond sejuk macam biasa. Sekitar 13.40, sampai bas baru, dan kami terus diarahkan masuk bas baru.

Arahan pulak dalam bahasa Arab. Kami angguk-angguk faham saja lah. Macam ayam itik kami tadi dengan driver bas.😅

Terima kasih staff Tabung Haji.

Terima kasih staff PJH Jay Ibrahim yang selesaikan process pertukaran bas.

Kami menunggu cuma 1 jam. Bagi saya cukup cepat dah dalam musim haji sekarang, dimana majority jemaah luar Makkah bergerak dengan bas.

Hafiz Shafie
Swissotel Makkah
15 Mei 2026M

Artikel Berkaitan

>