Pejam celik pejam celik, sudah masuk hari ke 3 kami di Aziziyah. Setiap hari penuh dengan aktiviti, dari PJH Jay Ibrahim. Setakat rutin sekarang, sekitar 9AM dan lepas solat Asar (4.15PM), kami ada ceramah agama. Ikut modul dari Tabung Haji.
Study week, sebelum hari kemuncak
Aktiviti dekat sini ibarat “study week”. Minggu depan kami bakal menempuh hari yang sangat penting, iaitu waktu wukuf di Arafah. Haji ialah wukuf di Arafah. Tiada wukuf, tiada haji. Jadi sekarang, ibarat “final sprint” sebelum “exam”.
Modul pengisian cukup lengkap. Ikut flow, memudahkan kami untuk faham satu per satu. Ilmu tentang fardhu ain, ilmu kesihatan fizikal dan mental, adab silaturahim. Semuanya kami ulang kaji balik dekat sini.
Setakat hari kedua penuh dekat sini, ilmu tentang manasik haji, belum masuk lagi setakat hari ni. Baru tentang persediaan haji.
Suasana di Aziziyah
Lepas tamat ceramah agama sesi kedua lepas Asar tadi, “ Bang, jom pi cari kopi “, saya macam berat hati nak keluar, sebab baru saja petugas kesihatan TH pesan, kurangkan aktiviti luar tadi.
Tapi bila wife saya cakap, “Kita kena biasakan cuaca luar juga, tak boleh tak kena matahari langsung”…Hahh..Saya terus bersemangat. Ok jom. Saya terus pi siap-siap. Pakai topi, pakai lotion, sun block. Untuk elak kekerigan kulit.
Misi kami pertama, nak cari kopi. Dapat latte pun jadi. Jadi, saya buka maps. Dari dalam hotel lagi, bila keluar. Lahh, tak lah panas macam malam semalam. Petang hari ni sangatlah tenang.
Jalan dalam 15 minit sahaja, dah jumpa macam-macam kedai makan. Saya dan wife ni, kalau travel oversea, memamg suka pergi tengok suasana di sekitar hotel. Suka tengok masyarkat setempat.
Saya dan wife fikir, takda waktu lain dah kita nak kenal Aziziyah. Hanya waktu haji juga. Datang buat umrah pun, tak akan menetap dekat Azizyah. Jadi, kami ambil peluang brisk walk area sini, sambil nikmati shawarma. Alhamdulillah. Seronok dekat Azizyah. Suasana baru.
Baru explore suku dari Aziziyah. Esok petang, kalau ada masa, cuaca tak terlalu terik. Kami pergi explore bahagian lain pulak.

