Simpanan kecemasan (emergency fund) tu macam mana? Berapa banyak perlu simpan?
Guru-guru kewangan menasihatkan kita, untuk kita sediakan simpanan kecemasan minimum sebanyak 3 bulan pendapatan.
Berapa ringgit tu?
Ini saya bagi contoh..
Jika income anda sebanyak RM3k sebulan, maksudnya duit kecemasan yang anda perlu ada ialah sebanyak RM9k.
Jika income anda sebanyak RM5k, anda perlu anda RM15k sebagai duit untuk disimpan dan akan diguna waktu kecemasan sahaja.
Tujuan Simpanan Kecemasan
Tujuan emergency fund ialah untuk membantu keperluan kewangan anda yang mana insuran tak boleh nak cover.
Kita gunakan simpanankan kecemasan ini sewaktu betul-betul kecemasan sahaja. Jangan sentuh kita tidak perlu.
Tukar langsir raya.
Tukar sport rim kereta.
Ini bukan untuk kecemasan ye. Hehe
Sebagai contoh:
(1) Motor anda hilang harini. Esok nak pergi kerja tiada kenderaan. Guna duit simpanan kecemasan untuk terus beli motor secara cash sementara dapat claim insuran.
(2) Zaman ekonomi gawat. Ramai yang dibuang kerja. Duit simpanan 3 bulan kecemasan boleh diguna untuk sara keluarga sementara mencari kerja baru.
Secara mudahnya, tabung cemas ini hanya digunakan untuk kes yang betul-betul kecemasan sahaja!
Nak isi minyak kereta. Nak bayar tol. Itu bukan dikira kecemasan. Sepatutnya ia perlu guna duit yang sudah dirancang.
Mana Nak Simpan Duit Simpanan Kecemasan?
Secara basicnya, duit simpanan kecemasan ini perlu disimpan dalam bentuk wang ringgit.
Dan simpan ditempat yang tidak begitu mudah untuk mengambilnya seperti dalam Tabung Haji atau ASB.
Walaupun ia duit kecemasan.
Bukan bermakna ia perlu disimpan dalam tabung dirumah. Nanti dah tak jadi duit kecemasan sebab dikhuatiri akan dirompak oleh diri sendiri.
Jangan! Jangan! Jangan!
Jangan link Tabung Haji dengan bank yang kita guna untuk berbelanja seperti linkkan TH dengan Maybank2u.
Risiko duit tu habis belum cukup pun simpanan sebulan gaji amatlah tinggi. Kecuali anda memang seorang yang berdisiplin dalam kewangan!
Alternatif Lain Duit Kecemasan
Nak simpan duit kecemasan sebanyak 3bulan gaji tak begitu mudah bagi sesetengah orang.
Simpan sikit-sikit. Lama-lama masih sikit. Simpan sikit-sikit masa awal tahun, hujung tahun sekali korek terus licin.
Itu masalah biasa.
Cadangan saya, orang yang ada masalah macam ni. Gunakan emas sebagai alternatif simpanan kecemasan.
Sekarang ni mudah sangat, dengan Public Gold, kita boleh menabung serendah bajet minimum RM100 sahaja.
Ramai sudah yang saya jumpa, mereka lebih mudah untuk menyimpan emas berbanding duit.
Jadi, simpanan kecemasan dalam bentuk emas lebih mudah untuk diadakan berbanding simpan duit yang sikit-sikit bocor.
Bila tiba waktu kecemasan. Terus jual atau gadai je emas tu! Emas juga duit!.
Sekian. Semoga bermanfaat.