Tajuk Buku: Beginilah Rasullullah Berbisnes
Penulis : Hepi Andi Bastoni
Riviu Buku :
Sejujurnya, buku ini merupakaan buku bacaan yang agak berat. Tapi, isi kandungan buku ini sungguh menarik perhatian saya dan membuatkan saya terus beli bila nampak buku ni ada di Popular Bookstore Tawau.
Walau bacaan yang agak berat, namun ini tips mudah untuk baca buku ni:
” Buka bahagian isi kandungan, tengok semua isi kandungan, dan pilih tajuk mana yang paling menarik untuk dibaca ”
HEHE, ini tips penting untuk baca sesebuah buku. Kita tak perlu tahu semua perkara, kita hanya perlu tahu apa yang kita perlu tahu sahaja.
Secara keseluruhannya, baku ini sangat sesuai dibaca bagi memberi motivasi kepada sahabat-sahabat yang sedang berusaha untuk membina bisnes dan juga yang sedang mencari income tambahan selepas makan gaji.
Perkara Yang Penting Bagi Saya Dari Buku Ini
Ada banyak perkara yang penting dan sangat menarik bagi saya dari buku ini. Tapi, dalam artikel ni saya berkongsi yang paling penting sahaja ye.
#1 Nabi Muhammad Itu Orang Kaya
Tajuk buku pun berkaitan “Rasululllah”, dan semestinya buku ini banyak menceritakan tentang baginda.
Dalam buku ini, penulis menyampaikan bahawa, Nabi Muhammad mempunyai keunikan tersendiri dalam memahami erti kekayaan.
Ada kalanya baginda menjadi orang kaya, pada keadaan lain baginda menjadi orang miskin dan pada saat tertentu baginda berada di posisi kedua-duanya.
Namun, dalam mindset masyarakat Melayu Islam ditempat kita, Nabi Muhammad lebih dikenali sebagai orang yang “miskin” berbanding “kaya”.
Kesan dari mindset tersebut, ramai dalam kalangan masyarakat kita menggunakan “nabi dulu miskin” sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan mencari kekayaan.
Yang sebetulnya, Nabi Muhammad menjadi miskin selepas berjihad dijalan Allah. Bukan sebab beliau hanya sibuk menyampaikan ilmu Islam.
Nabi Muhammad seorang mulit-jutawan sebelum baginda diangkat menjadi rasul.
Buktinya
” Baginda SAW membayar mahar kepada Khadijah sebanyak 20 ekor unta muda ”
Cuba kita kira berapa harga 20ekor lembut sekarang? Agak-agak seekor lembu RM2000, kalau 20 ekor RM40k kan?
Jadi, nabi sebenarnya kaya. Fakta ini memberi motivasi yang cukup kuat untuk saya mencari kekayaan dengan berusaha ke jalan Allah.
#2 Berniagalah Walau Anda Sudah Kaya
Berniagalah walau sudah kaya!
Berniagalah walau jawatan anda sebagai seorang CEO dalam sebuah GLC company.
Berniaga itu sunnah rasullullah. Orang berniaga bukan sekadar mencari duit, tetapi memudahkan urusan orang lain dari servis yang dijalankan mereka.
Setiap dari kita mesti ada at least 1 bisnes milik sendiri. Bukan apa, kita tak tahu sampai bila syarikat yang kita kerja makan gaji sekarang sayang sama kita kan?
Mungkin kita sudah jadi pekerja terbaik. Tetapi, akibat dari kekangan kewangan syarikat. Kita terpaksa diberhentikan.
Jika berniaga bukan untuk diri, tetapi letakkan mindset berniaga untuk keluarga.
Andai hari ini kita meninggal dunia, saya yakin jawatan kita sebagai CEO sekali pun tetap ada pengganti!
Usah rasa bangga dengan jawatan setinggi pak menteri, walhal kalau kita sakit dan tak mampu lagi bertugas, kita tetap akan diganti.
Namun, jawatan kita sebagai “ketua keluarga”?
Tetap tidak akan ada pengganti walau kita sakit sekali pun.
Nasihat dari penulis buku ini, mula berniaga sekarang! Income dari perniagaan nanti anak isteri boleh diwariskan nanti.
#3 Beza Zuhud Dan Miskin
Antara perkara yang saya rasa masih ramai yang keliru ialah tentang zuhud dan miskin.
Ramai yang masih mengganggap, zuhud dan miskin itu sama.
Yang sebenarnya, zuhud dan miskin jauh beza.
Zuhud itu muncul selepas kaya. Dia boleh kaya (mewah) tetapi tidak mahu. Sedangkan miskin itu belum kaya, dan dia tidak boleh kaya.
9 dari 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga ialah orang kaya! Malah mereka multi jutawan.
Tetapi mereka zuhud Bukan miskin.
Hakikat zuhud bukanlah meninggalkan dunia, tetapi mereka tidak meletakkan dunia di hati. Sebab, dibandingkan dengan kebahagian akhirat, kekayaan duniawi amatlah sedikit bagi mereka.
Walaupun begitau, mindset orang kita kebanyakannya kurang tetap.
Asalkan kaya sahaja, akan dianggap jahat! Sebab banyak terpengaruh dengan TV.
Hakikatnya, bukan kaya itu jahat. Tetapi, diri sendiri seseorang itu yang membuatkan mereka baik atau jahat.
Ada juga yang miskin jahat kan?
Ubahlah Mindset Kita
Ubahlah minset kita bahawa kekayaan itu perlu ada bagi kita terutamaanya Melayu Islam.
Dengan kekayaan, kita boleh bersedekah lebih banyak dari orang miskin bukan?
Dengan kekayaan, kita boleh berjihad dan beribadah dengan lebih baik tanpa perlu memikirkan masalah kewangan kan?
Jadi, mulakan bisnes sekarang!
Buat sahaja bisnes apa sahaja yang kita mampu dengan modal yang minimum. Buat dulu, jangan tunggu perfect time untuk bermula!
Hafiz
Tawau Sabah
19 October 2018
8 Safar 1440H