Tajuk Buku : Eat That Frog
Penulis : Brian Tracy
Riviu Buku :
Buku “Eat That Frog” sebenarnya buku berkaitan pengurusan masa dan pengurusan diri. Ia tiada kaitan dengan rancangan National Geografi ye. HEHE
Buku ni ditulis oleh Brian Tracy. Orang yang cukup terkenal dalam kalangan orang bisnes. Saya banyak juga beli buku-buku tulis Brian Tracy. Video-video dia saya selau follow.
Salah satu sebab utama saya terbeli buku ni di Popular Bookstore Tawau dulu ialah sebab buku ni nipis (“,). Hanya 123 muka surat je.
Walaupun nipis, fuhh kesannya sangat luar biasa kepada saya dari segi pengurusan masa dan pengurusan kerja. Tips yang Uncle Brian Tracy share tips yang luar biasa kesannya, walau kadang-kadang nampak tips yang simple je.
Kesan Pembacaan Saya Dari Buku Ini
(1) Prinsip Pareto. 80/20 Rule
Ini prinsip yang luar biasa hebat yang diasaskan oleh Uncle Pareto. Uncle Pareto mendapati, 2 dari 10 kerja yang kita ada bernilainya lebih dari 8 kerja lain. Maksudnya, beliau menasihatkan kita untuk menfokuskan produktiviti, bukan aktiviti.
Ada orang kita nampak dia sibuk sepanjang hari. Tapi hasilnya tidak seberapa. Itu disebabkan dia fokus kepada kerja yang kurang hasilnya.
Mungkin setiap 1 dari 10 kerja yang kita ada tu mengambil masa yang sama untuk menyiapkannya. Tapi, ia mempunyai nilai yang berbeza.
Jadi, bila saya belajar prinsip ini. Sebelum tidur apa yang saya lakukan ialah, listkan minimum 10 kerja yang perlu saya siapkan esok. Dan pilih 2 kerja sahaja yang paling penting untuk disiapkan terlebih dahulu.
Bangun pagi-pagi esok. Fokus yang 2 ni je dulu. InsyaAllah hasilnya lebih tinggi nilai dari 8 kerja yang lain.
(2) Beri Tekanan Kepada Diri Sendiri
Kadang-kadang kita perlu beri tekanan kepada diri sendiri bagi mencapai matlamat. Ramai yang diluar sana, sentiasa menunggu orang lain untuk memotivasikan diri sendiri, demi mencapai impian diri sendiri.
Namun, tiada orang pun sebenarnya boleh bagi motivasi kepada diri kita. Kita sendir yang perlu lakukannya.
Mentor saya selalu cakap, untuk mencapai matlamat hidup, mesti libatkan orang yang tersayang dalam mencapai matlamat hidup kita.
Sebagai contoh, salah satu impian saya untuk menjadi bapa sepenuh masa pada tahun 2020. Bapa sepenuh masa yang ada duit.
Saya libatkan anak dan isteri saya dalam buat matlamat tersebut. Saya bagitau isteri saya, dan saya bagitau anak saya, “Tahun 2020 nanti kita nak pindah balik kampung dan ada office sendiri di rumah”
Lepas dah bagitahu, Brian Tracy suruh tulis dan tampal impian tu dekat mana-mana yang saya selalu tengok.
Dengan cara ini, ia memberi sedikit tekanan untuk saya terus berkerja mencapai impian saya dan isteri impikan. Masa yang saya ada saya 100% bagi komitmen untuk mencapai impian tu je dulu.
Oleh itu, saya dengan sendiri termotivasi tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.
(3) Buat Jadual. Ikut Jadual. Buat Kerja. Buat Kerja & Buat Kerja!
Bila dah ada matlamat. Fikir apa tindakan dan aktiviti perlu kita buat.
Rancang apa aktiviti harian, aktiviti mingguan, aktiviti bulanan dan aktiviti tahunan kita. Buat jadual dan ikut jadual 100%.
Buat je dulu dengan apa yang ada. Dan jalan terus. Tak perlu tunggu semua perkara dan lengkap, baru nak buat. Dalam perjalanan kerja kita tu, baru improve sedikit demi sedikit.
Fuhh. Ini memang betul.
Kadang-kadang saya selalu fikir. Waktu hari minggu, atau waktu cuti, banyak perkara yang boleh selesaikan. Sebab tak perlu pergi kerja. Jadi, kerja-kerja bisnes boleh disiapkan lebih banyak.
Hakikatnya yang sebenar. Tidak.
Seperti yang mentor saya selalu pesan. Sebenarnya kita tak akan pernah ada perfect time. Yang kita perlu buat ialah jadikan sedikit waktu yang kita ada tu jadi perfect.
Kalau asyik menunggu nak ada perfect time. Alamatnya semua kerja kita tak akan siap.
Bagi yang ada anak kecil. Dan ada perancangan untuk berbisnes. Mesti ada alasan, tunggu anak tidur baru nak buat kerja bisneskan? HEHE.
Last sekali, anak tidur. Kerja kita pun tak jalan jugak walau kita masih belum tidur.
Dulu saya fikir, bila wife dan anak balik kampung. Saya sendiri duduk dirumah. Banyak kerja-kerja boleh selesaikan. Tapi, sama je. Banyak tu jugak kerja yang selesai. Boleh mati kutu kalau tiada anak disisi datang menggangu sambil kita buat kerja. HEHE
Banyak lah lagi kisah mencuit hati tentang saya nak tunggu ada masa perfect.
Jadi konklusinya. Buat dulu, ejas balik kemudian!
Cara Dapatkan Buku Ini
(1) Dapatkan Di Kedai Buku Berdekatan
Sebelum ni saya tengok banyak je buku ni dekat mana-mana kedai buku. Tapi sekarang macam jarang dah nampak. Saya beli yang edisi Bahasa Melayu je. Kalau yang edisi bahasa Inggeris saya tak pernah nampak lagi. Mungkin di Kinokunya baru ada.
(2) Beli Secara Online Jee
Nak mudah, beli je secara online. Kos postage takla mahal pun nak berbanding minyak kereta nak pergi cari buku ni yang belum tentu ada di kedai buku yang kita pergi.
Banyak je tempat jual buku secara online.
Tempat yang saya suka biasa dekat Bookcafe. MPH Online. Boleh try cari dekat situ.
Wallahuaalam. Semoga Bermanfaat.
Hafiz
Tawau, Sabah
9 Ogos 2018
27 Zulkaedah 1439H