Nak mulakan pelaburan emas? Ini asas penting sebelum kita memulakan pelaburan emas, supaya kita tidak mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Baiklah, ada 4 asas utama pelaburan emas iaitu :
Terus klik sahaja poin mana yang nak baca, untuk jimatkan prosess kalian dapatkan panduan asas tentang pelaburan emas ini.
1. Mesti Boleh Dapatkan Fizikal
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah, sekadar kita beli dan dapat emas.
Bayar duit, dan boleh dapat emas secara fizikal.
Sama sahaja dengan kita beli barang kemas di kedai emas, kita beri duit kepada penjual emas. Kita dapat emas.
Tak sama dengan ASB, Tabung Haji.
Kita serahkan duit, dan boleh dapat pulangan setiap tahun seperti dividen.
Pelaburan emas tidak ada dividen!
Oleh itu,
Jika ada ejen emas menawarkan pelaburan emas yang boleh memberikan pulangan setiap bulan.
Saya nasihatkan anda,
Untuk angkat kaki dan lari cepat-cepat, kecuali anda saja-saja nak cuba rasa kerugian, silakan.
Persoalan emas yang kita beli tu nak simpan sendiri atau tidak seperti akaun emas fizikal GAP, itu soal lain.
Yang penting, kita boleh dapatkanya secara fizikal.
Bukan sekadar nombor dan kertas (statment), dan tidak ada hak untuk dapatkan fizikal.
Untuk dapatkan info tentang akaun emas fizikal GAP,
Boleh rujuk video saya di atas atau baca artikel tentang persoalan yang sering ditanya tentang Akaun Emas Fizikal GAP.
2. Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi
Asas yang kedua ialah, tentang cara memperoleh keuntungan dalam pelaburan emas.
Caranya cuma satu :
Kita boleh untung dalam pelaburan emas, apabila kita beli pada harga yang rendah, dan jual pada harga yang lebih mahal.
Ya.
Kita perlu jual dulu baru boleh dapat untung! (dari sudut RM)
Jika ASB, Tabung Haji, Unit Trust atau Saham :
Kita boleh dapatkan dividen tanpa perlu menjualnya terlebih dahulu.
Jika pelaburan hartanah,
Kita boleh untung dari sudut pendapatan terhadap sewaan.
Pelaburan emas, kita perlu jual baru boleh untung.
Jadi, dekat mana uniknya pelaburan emas? Haa, meh saya nak kongsikan satu fakta.
Ini graf harga emas sebelum dan selepas 1971,
Cuma kita perhatikan, harga emas mendatar sahaja sebelum 1971, rasa-rasanya sebab apa?
Sebabnya ialah, pelaburan emas sebenarnya tidak wujud sebelum tahun 1971!
Eh tak wujud? Habis tu?
Ya, duit kertas sebelum tahun 1971 tu sebenarnya emas.
Cuma ia sebagai pengganti emas (duit yang sebenar).
Kita yang memiliki duit ketika itu, hakikat sebenar ialah kita memiliki emas yang bervaucerkan duit.
Duit kita tersebut disimpan didalam bank, bagi memudahkan urusan jual diluar.
Umpama masa kita sekolah dulu,
Hari sukan, kita diberi vaucer untuk belanjakan makan minum di gerai-gerai ketika hari sukan sekolah.
Haa, begitulah sebelum 1971, sebelum US melanggar perjanjian Breten Wood, yang memisahkan hubungan sebenar emas dan duit kertas.
Dapat sesuatu?
3. Pelaburan atau Simpanan Emas
Dari sudut seorang pembeli emas, kita sebenarnya boleh melabur atau menyimpan emas.
Jika kita seorang pelabur,
Fokus kita ialah untuk beli dan jual balik untuk memperoleh keuntungan dari sudut ringgit.
Soal turun naik harga emas, kita letak tepi dulu.
Jika kita seorang penyimpan emas,
Fokus kita pula ialah beli untuk pertambahan gram dari tahun ke tahun.
Lagi banyak gram yang kita ada, lagi kita gembira.
Sebab dengan pertambahan gram emas tersebut, kita boleh jadikan aset, modal, sumber untuk kita tukarkan emas kepada mencapai matlamat kita seperti :
- Pendidikan anak
- Haji dan umrah
- Beli rumah atau tanah
Kalau tanya saya,
Nak beli emas untuk pelaburan atau simpanan?
Setakat pengalaman saya menjadi penyimpan emas dan dealer yang aktif lebih dari 5 tahun, penyimpan emas lebih kaya berbanding pelabur emas kerana :
- Penyimpan emas, untung dari sudut pertambahan simpanan yang dia ada, sedangkan pelabur emas masih sibuk baca teknikal harga emas, sehingga langsung tidak miliki emas.
- Penyimpan emas permulaannya kecil sahaja, namun kekayaannya semakin lama semakin bertambah dari sudut jangka panjang, sedangkan pelabur emas perlu buat belian minimum 250gram (harga sekitar RM60k sekarang),untuk dapatkan spread emas yang lebih murah.
Jadi, kita sebagai rakyat marhean.
Fokus je mulakan simpanan emas, walau hanya 1gram 1bulan.
Saya jamin, kita akan menjadi lebih kaya berbanding sebelum kita bermula.
Harga emas tolak tepi dulu, yang penting, fokus kepada pertambahan gram emas.
4. Dapatkan Ilmu Secepat Mungkin
Kalau tanya saya, ada bajet RM200 untuk beli emas, saya akan cadangkan untuk mula dulu simpanan emas dengan bajet RM150, selebihnya RM50 tu buat beli buku.
Buku apa nak beli?
Saya sangat sarankan untuk baca dua buah buku ini, yang ditulis oleh mentor saya sebaik sahaja mulakan simpanan emas yang pertama.
Iaitu buku :
- Misi Bebas Hutang
- Wang Emas
Memiliki emas 1000gram sekalipun, tidak akan bernilai jika kita beli emas tanpa ilmu.
Namun, jika kita miliki emas 11gram dengan ilmu yang betul, ia jauh lebih baik dari memilki emas 1000gram tadi tanpa ilmu.
Dua buah buku ini adalah buku bacaan yang santai, dan setakat feedback pembaca, satu hari pun boleh habiskan bacaan tersebut.
Cara nak dapatkan buku ini, terus order buku di Galeri Ilmu.
Dapatkan Bimbingan Simpanan Emas
Saya rasa sudah panjang lebar saya terangkan tentang asas penting pelaburan emas.
Bagi yang sudah mula menyimpan emas, macam mana?
Boleh tinggalkan sedikit pengalaman menabung emas di ruang komen?
Bagi sahabat-sahabat yang perlukan bantuan untuk memulakan pelaburan atau simpanan emas, terus hubungi saya, tekan butang dibawah.