Teknik Manipulasi Ar Rahnu

Teknik Manipulasi Ar Rahnu, Rahsia Scam Tok Berlagak

Ini antara rahsia yang ramai juga masih tidak tahu tentang Teknik Manipulasi Ar Rahnu.

Simpan dalam ASB dan TH, ada dividen. Bagi penyimpan emas, kita tidak ada dividen tetapi, penyimpan emas memiliki peluang untuk "gandakan emas" di Ar Rahnu.

Hmm, bunyi macam boleh kaya cepat je kan?

Takpa, saya kongsikan caranya untuk kalian semua. Saya kongsikan semua secara terperinci. Takda rahsia-rahsia dah.

Teknik Gadai dan Sambung Pajakan

Caranya ialah “Sambung Pajakan Emas Anda Di Ar Rahnu!”

Semestinya, kalian perlu pajak emas tersebut dahulukan?

Kemudian,

Sebelum habis tempoh pajakan emas tersebut, kalian pergi ke Ar Rahnu dan selesaikan “Kos Upah Simpan” sahaja, dan emas kita tadi akan dinilaikan ikut harga semasa.

“Aduih. Masing kurang tak faham la”

Ok takpa. Saya bagi saya contoh. Kalian rujuk pada jadual dibawah.


Jun 2020

Jan 2021

Beza

Emas (Marhun)

RM10,000

RM12,000

-

Pinjaman (70%)

RM7,000

RM8,400

RM1,400 (tambahan duit pinjaman)

Caj Pajakan

RM70/sebulan

RM84/sebulan

-

Andaikata emas 50gram yang kita berharga RM10,000 ketika Jun 2020. 

Dan kita gadai emas tersebut di Ar Rahnu yang mengenakan Caj Pajakan (upah simpan) RM0.70 bagi setiap RM100 nilai emas.

Pinjaman yang kita dapat ialah sebanyak 70% dari nilai emas semasa.

Jadi, selepas 6 bulan kita ada duit extra RM1,400. (Jika harga emas yang meningkat kepada RM12,000.)

Best tak?

Bungamas 10gram Public Gold

Gram emas kita kekal sama, dan kita dapat duit extra RM1,400.

Opps. Kejap. RM1,400 perlu tolak lagi RM70x6 = RM420. Dan kita masih ada lagi extra RM980. Kira ok lah kan?

Risiko Jika Harga Emas Jatuh

Tapi..tapi..

Apa terjadi kalau harga emas ketika January 2021 jatuh kepada RM8,000?

Kita perlu bayar kos upah RM420.

Dan kita perlu bayar RM1400 terhadap duit pinjaman pajakan kita yang lepas!

Jom kita kira. Berapa pulak risiko.

Kos Upah RM420

Kos bayaran perbezaan pinjaman yang lepas RM1400

Total RM1820 (RISIKO RUGI)

Berdasarkan kira-kira di atas.

Risiko anda rugi ialah RM1820, risiko anda boleh untung cuma RM980.

Kalau anda nak tahu. 

Formula inilah yang scam Tok Berlagak guna untuk mengaburi mata orang ramai, supaya laburkan duit kepada mereka.

Kononnya mereka tolong Ar Rahnu kan emas kita. Dan bagi keuntungan kepada kita setiap bulan.

Cuma teknik ini hanya luaran sahaja. Di belakang tabir mereka sebenarnya 'money laundering'

Semua boleh buat. Kalau harga emas naik.

Kalau harga emas turun? Lingkupppp..

Siapa pernah cuba teknik ini? Boleh kongsi pengalaman? Berapa RM dapat untung?

Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
19 Mei 2021

Artikel Berkaitan

>