Mas Kahwin Dinar Emas

Mas Kahwin Dinar Emas (Tips & Pengalaman)

Mas kahwin guna dinar emas? Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya sendiri.

Sejak dari tahun 2014, sudah jadi trend untuk pengantin menggunakan emas sebagai Mas Kahwin.

Termasuklah saya sendiri. (",)

Resit Mas Kahwin

Resit saya tukarkan 1 Dinar 20pcs kepada 10 Dinar 2pcs pada tahun 2014 dahulu.

Saya juga guna emas sebagai mas kahwin. Emas tu saya kumpul sejak dari awal semester lagi, semasa belajar di UTM, Skudai.

Walaupun pada masa tu, tidak pernah terlintas di fikiran pun untuk menjadi emas tu sebagai maskahwin.

Alhamdullilah emas-emas tu mampu meringankan beban kewangan saya untuk mendirikan rumah tangga pada December 2014 yang lalu.

Tips Penting Untuk Jadikan Emas Sebagai Mas Kahwin

Bagi sahabat-sahabat yang ada perancangan untuk menggunakan emas sebagai mas kahwin :

#Tips Anda perlu berbincang dengan keluarga bakal isteri. Sama ada mas kahwin diletak ikut 'berat' emas atau 'nilai' semasa emas.

Kalau mas kahwin ikut berat emas (gram).

Boleh terus mula kumpul dari sekarang (walaupun majlis kahwin setahun akan datang). Kumpul 1 Dinar 1 Bulan atau ikut bajet masing-masing.

Kalau mas kahwin ikut harga emas semasa (RM).

Saya cadangkan, bakal pengantin boleh beli dinar emas apabila hampir tiba tarikh majlis akad nikah. Supaya tidak ada perbezaan RM yang ketara mengikut apa yang dipersetujui.

3 Keistimewaan Emas Sebagai Mas Kahwin

Apa yang saya perhati dan alami sendiri.

Ada banyak keistimewaan bagi pengantin menggunakan emas sebagai mas kahwin.

#1 Kekayaan bertahan lebih lama

Biasanya. Jika menggunakan duit sebagai mas kahwin (atau wang hantaran), duit tu akan di korek sikit-sikit oleh pengantin perempuan.

Terutamanya, apabila sudah tinggal bersama.

Banyak keperluan yang perlu sediakan, dan duit tu lebih mendorong untuk dipakai, walau keperluan tersebut bukanlah benar-benar perlu.

Berbeza dengan emas.

Emas biasanya pilihan terakhir untuk digunakan selepas semua duit dah habis. Itupun jika benar-benar terdesak, barulah jual emas untuk dapatkan keperluan tadi.

#2 Sentimental Value

Dinar emas sebagai mas kahwin memiliki sentimental value yang cukup kuat berbanding wang ringgit sebagai mas kahwin.

Pengalaman saya, rasa macam tak nak keluarkam pun dinar emas yang dekat frame tu. Tapi, kalau tak keluarkan risiko kena curi pulak.

Nak jual emas yang tu memang rasa sayang. Sebab sebagai kenangan manis antara saya dan isteri semasa majlis akad nikah yang lalu. (",)

#3 Nilai emas kekal sepanjang zaman

Emas 5 Dinar dalam frame, walau 10 tahun sudah berlalu, nilainya tetap sama.

Berbeza dengan wang kertas RM5k dalam frame, kalau ditinggalkan begitu selama 10tahun, nilanya confirm dah menyusut disebabkan oleh inflasi.

Kesimpulan

3 sebab inilah saya rasa menyebabkan treding jadikan emas sebagai mas kahwin masih kekal dari tahun 2014 sampai sekarang.

Memang benar. Maskahwin bagi saya ia sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Dan segala simpanan jangka masa panjang, lebih baik ditukarkan kedalam bentuk emas berbanding dibiarkan ia dalam bentuk wang kertas.

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
6 Februari 2019
1 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: BaitulJannah.Com

Artikel Berkaitan

>