Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas.
Dengar macam tak logik bukan?
Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun.
Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah.
Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin tak masuk akal bagi yang tidak ada ilmu, tapi perkara biasa bagi orang yang berilmu.
Kisah Bagaimana Cikgu Ashinida Bermula
Saya tulis semula apa yang Cikgu Ashinida ini kongsi :
2013 saya beli sebidang tanah berkeluasan 3200++ kaki persegi.
Tanah ni dekat dengan emak. Saya bersemangat nak beli. Kan #sayaanakemak. Nak dekat dengan emak.
Kalau nak bayar cash memang saya tiada simpanan sebanyak itu. Saya orang yang boros sebelum ini. Nak menyimpan banyak-banyak memang takdelah. Jadi solution yang saya ada ialah personal loan. Itu je yang saya terlintas.
Alhamdulillah pada dasarnya saya beli cash tanah tu dengan pinjaman di Bank Rakyat. Syukur alhamdulillah.
Namun Hakikatnya saya masih ada personal loan tiap-tiap bulan yang perlu saya bayar.
Personal loan ni saat paling best bila
Dapat selepuk dlm bank...
Tiba2 jadi kaya. Yahooo!!
Bila dah lama bayar terasa pula bilalah nak habis...cepatlah habis.
Bila Ada Ilmu, Semua Perkara Menjadi Mudah
Masalah sebelum ini, waktu tiada ilmu.
17 tahun bekerja pun masih tiada simpanan kerana tak mampu menabung dengan baik.
Tabungan tidak kekal lama, simpan sikit dan korek balik. Ajaibnya, boleh pulak simpan lebih 150g dalam tempoh cuma 3 tahun!
Dan yang lagi best, jimat sehingga RM10k bila selesai hutang lebih awal!
Bagaimana Cara Cikgu Ashinida Manfaatkan Emas?
Ini yang beliau kongsikan
1) Syariah Easy Payment Purchase.
Saya pilih ni sebab saya nak displinkan diri simpan setiap bln.
Simpan duit tak jadi. Ini ada komitmen. Blh bayar 6x atau 10x bila ada promo.
Habis bayar dapat emas.
EPP paling tinggi saya buat ialah 10 dinar bayar 10 kali. Bila dah settle 10 dinar macam tak percaya je saya mampu bayar.
Paling tak saya buat 10 kali bayar untuk 1 dinar. Ini semua org mampu sebab RM 120+- sebulan.
Tak beli emas duitnya habis juga.
2)Akaun Emas GAP.
Akaun emas ni tiada komitmen jadi bila dapat duit terpijak, duit bonus dan kenaikan gaji tahunan saya tambah gram dalam akaun emas.
Walaupun ada lebihan RM100 pun saya alihkan dalam akaun emas.
3) Emas fizikal 1 gram.
Bila keluar edisi baru 1 gram saya korek duit tabungan atau duit apa saja untuk beli 1g emas.
Diam tak diam dalam 3 tahun dah ada lebih 50g koleksi 1 gram yang saya ada.
4) Income Sampingan
Saya gunakan duit lain seperti insentif Public Gold untuk beli emas sikit2 dengan akaun emas iaitu cara ketiga tadi.
Memang kena ada pendapatan lain utk kita struggle bebas hutang.
Ubat Masalah Boros
Apa yang saya perhati, ramai orang bukan ada masalah duit, tapi mereka ada masalah emosi.
Bila dah cuba simpan emas, boleh je nak menyimpan tapi kalau simpan dalam duit kertas, emosi untuk berbelanja tu automatik jadi tinggi.
Dan, bagi yang ada masalah macam ni. Simpan dalam bentuk emas lah salah satu solusinya.
Semoga bermanfaat.
Boleh baca artikel penulisan asal Cikgu Ashinida di butang di bawah