Kereta Pertama, Biarlah Yang Biasa-biasa

Antara ketakutan orang ramai untuk pakai kereta terpakai ialah kerana takut dengan kos 'maintenance' yang tinggi.

Ya. Memang betul. Saya pun alami sendiri, selepas hampir 5 tahun bekerja di Tawau, Sabah dan 5 tahun juga lah kancil ini berkhidmat untuk saya, dah timbul macam-macam masalah.

Setakat harini, dah dua kali kereta saya mati tengah jalan. Pertama disebabkan radiator bocor (air kering) dan kedua disebabkan 'clutch gear' dah rosak.

Bila kena macam ni, rasa nak terus pergi beli kereta baru pun ada juga. Tapi, sabarlah sekejap. Benda boleh selesai dengan hanya RM2000, kenapa perlu habiskan sehingga RM30ribu kan? Hehe

Kenal Kos Bela Kereta Sewaktu Kereta Pertama

Kos beli kerete memang ramai yang dah tahu. Tapi, saya percaya masih ramai yang tak ambik endah pun dengan kos bela kereta.

Kos bela kereta ni sama mahal dengan model kerete. Kereta yang mahal, sudah tentu kos bela keretanya juga mahal.

Kereta yang murah, InsyAllah kos bela kereta kita lebih murah.

Selama memiliki kereta sendiri ni, saya banyak belajar tentang kos maintenance kereta. Saya juga belajar, apa selok-belok tukang repair kereta.

Saya tahu kedai mana tipu, kedai mana jujur. Ini semuanya hasil pengalaman sendiri setelah ditipu beberapa kali oleh bengkel kereta.

Namun, memang salah saya sendiri. Tidak ada ilmu tentang maintenance kereta.

Kelebihan Kereta Kecil Dalam Mem'bela' Kereta

Seperti yang saya beritahu tadi, saya sudah ditipu beberapa kali oleh bengkel kereta. Dan saya banyak  belajar dari situ.

Setakat ni, saya pernah habiskan duit untuk kereta hampir RM2k sehari.

Tapi, alhamdulillah. Saya ditipu pun dengan kos yang rendah disebabkan kereta saya sendiri pun yang murah-murah je.

Saya cuba bayang kan kalau saya pakai kereta H. Fuhh, mungkin garu kepala saya dibuatnya jika dah sampai masa maitenance kereta.

Inilah kelebihan memakai kereta yang biasa-biasa untuk kereta pertama. Ia mungkin boleh dijadikan sebagai persediaan jika sudah sampai masa untuk tukar kepada kereta yang lebih tinggi nilainya.

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
19 April 2019
13 Syaban 1440H

Artikel Berkaitan

Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Ejen. Jimat dan Mudah

Cara tukar nama kereta ni mudah je sebenarnya. Sekarang dah tahun 2022, tak perlu beratur panjang macam dulu lagi.  Dengan syarat anda ada sedikit kerajinan untuk isi form secara online. Dan terus pergi buat urusan di JPJ dan Puspakom. Nak jimat? Buat sendiri je. Kalau pakai ejen. Mungkin anda ada kos upah yang boleh cecah beratus ringgit.Cara

Read More

Rumah Itu Aset, Kereta Itu Liabiliti. Betul Ke Macam Ni?

Aset dan liabiliti. Apa yang korang faham tentang dua perkataan ini? Saya percaya, ramai yang ingat semua jenis rumah itu aset, manakala beli kereta itu bererti beli liabiti. Sebab saya dulu pun salah bezakan antara aset dan liabiliti.Maksud Aset dan Liabiliti Dari Sudut KewanganMenurut Warren Buffett, Aset ialah sesuatu yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita, manakala liabiliti

Read More

Executive Syarikat GLC. Tapi Pakai Kancil je? Malu Apa Bosku?

“Hafiz, bila nak tukar kereta baru?” Ni soalan biasa bila saya datang apa-apa meeting atau majlis yang melibatkan dengan eksekutif-eksekutif dari ladang dan kilang lain. Bila dapat pertanyaan tu. Saya lebih kepada diam je. Sebab, saya tahu, majoriti rakan sekerja saya ni beli kereta baru seawal kerja lagi. Pekakkan telinga je. Terus berpegang kepada prinsip kewangan saya. Jujur

Read More

Hafiz, Bila Nak Tukar Kereta Baru?

Beberapa minggu lalu, saya kerap keluar dari office atas urusan kerja, ada training dan juga meeting. Dekat situ ramailah kawan2 yg sama level jawatan, umur pun hampir sama dan komitmen terhadap family pun sama. Bila bercakap soal keluarga ni, masing-masing kami sudah berkahwin dan baru ada satu atau dua orang anak. Dan macam biasa, bila

Read More