"Hafiz, bila nak tukar kereta baru?"
Ni soalan biasa bila saya datang apa-apa meeting atau majlis yang melibatkan dengan eksekutif-eksekutif dari ladang dan kilang lain.
Bila dapat pertanyaan tu.
Saya lebih kepada diam je. Sebab, saya tahu, majoriti rakan sekerja saya ni beli kereta baru seawal kerja lagi.
Pekakkan telinga je. Terus berpegang kepada prinsip kewangan saya.
Jujur saya katakan.
Siapa tak mahu pakai kereta baru kan? Kalau nak dikirakan, bukan saya tak mampu pakai kereta baru.
Tetapi, saya ada matlamat kewangan yang lebih jauh dari hanya sekadar pakai kereta baru.
Saya akan beli kereta baru apabila :
(1) Kereta sekarang ni dah tak mampu bawak kami bergerak dari Tawau ke Samporna lagi (buat masa ni).
(2) Bila sudah ada pendapatan yang pasif (pendapatan kekal) dari bisnes yang saya tengah usahakan sekarang.
Kadang-kadang rasa tercabar jugak. Tapi, saya buat tak kesah pun. Malu apa bosku?
Mana taknya.
Kau punya anak buah yang gaji separuh dari kau pun pakai pacuan 4 roda. HAHA
Selalu jugak.
Tengah-tengah drive, ada makcik tahan kereta. Ingatkan aku ni buat 'prebet sapu' pulak. HAHA. Lawak pun ada jugak rasa.
" Kereta hanya satu alat untuk membawa kita dari point A ke point B " - Mohd Zulkifli Shafie
Apa sebenarnya tujuan pakai kereta?
Kenapa saya tak tukar-tukar kerata baru sebabnya, kereta yang ada sekarang sudah mampu jalankan tugasnya dengan baik.
Dengan yang ada sekarang pun, saya sudah pernah keliling satu Sabah.
Dari Tawau - Sandakan - KK - Keningau dan Tawau.
Cuba cek peta negeri Sabah, satu bulatan saya dah round walau hanya dengan 'produa hilux' yang saya pakai sekarang.
Banyak kelebihan bila saya pakai kereta biasa-biasa.
Dari sudut lain. Banyak kelebihan bila saya berkereta biasa-biasa :
(1) Saya mampu buat simpanan lebih dari RM1000 sebulan. Dan membolehkan saya beli rumah pertama hanya selepas 1 tahun bekerja.
(2) Dari segi emosi, saya tak habiskan masa banyak untuk 'bela' dan 'belai' kereta. HEHE
Namun, pakai kereta terpakai ni mesti jaga maintenance dengan baik.
Walau kos maintenance lebih tinggi dari kereta baru, tapi kos 'bela' kereta baru saya percaya lebih tinggi dari tu. HEHE
Beli ikut keperluan, bukan ikut kata orang!
Ini nasihat saya.
Kalau baru kerja, masih bujang. Selagi boleh pakai motor, pakai motor sahaja.
Fokus kepada banyakkan simpanan. Fokus cari rumah pertama cepat-cepat.
InsyaAllah kewangan kita akan lebih selamat.
Wallhuallam