Dinar Terbaru Keluaran Tempatan Public Gold
Dinar keluaran tempatan dari Public Gold sudah dibuka untuk tempahan
Read MoreKebanyakan bank yang ada di Malaysia, ada menawarkan akaun emas untuk para pelabur.
Namun, tidak semua yang membolehkan kita mengeluarkan emas fizikal. Dalam kata lain, kita hanya membeli emas dengan harga emas semasa, kalau harga emas naik, kita jual dan kita dapat untung.
Namun, apabila harga emas turun, confirm kita rugi malah emas pun kita tidak dapat.
Apa yang kita ada hanyalah nombor dan kertas. Kalau buka website mana-mana bank, dan tengok ada Gold Invesment Account (GIA), itulah pelaburan emas yang ditawarkan bank yang saya terangkan tadi.
Namun berbeza dengan akaun emas yang ditawarkan Public Gold, kita ada pilihan untuk ambil emas fizikal atau boleh juga simpan dalam akaun tersebut.
Setakat ini, pesaing terdekat akaun emas Public Gold (GAP) adalah akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House Malaysia (KFH). Konsepnya sama, namun dari sudut syarat-syaratnya berbeza.
Oleh itu, saya akan terangkan satu per satu tentang syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas tersebut.
Inilah antara syarat yang dikenakan oleh KFH berkaitan jual beli emas. Sekarang saya akan terangkan pula berkaitan akaun emas GAP Public Gold.
Oleh itu, sekarang anda sudah faham apa syarat-syarat yang dikenakan oleh kedua-dua akaun emas ini.
Jadi, apa yang saya nampak, kelebihan akaun emas KFH ada susut nilainya lebih rendah berbanding Public Gold GAP, namun dari segi syarat-syarat lain, GAP lebih senang berurusan dan kita akan lebih peace of mind.
Sekian, semoga sahabat-sahabat pembaca semua lebih faham dan boleh membuat pilihan dengan mudah untuk memulkan pelaburan emas dengan akaun-akaun emas yang ditawarkan di Malaysia ini.
Wallahuallam
p/s : Fakta-fakta ni saya berkongsi dari hasil pembacaan saya di buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas- En Syukor Hashim"
Hafiz Tawau, Sabah 7 November 2016
Dinar keluaran tempatan dari Public Gold sudah dibuka untuk tempahan
Read MoreIni peluang terbaik untuk menyimpan emas dengan bajet serendah RM90 je sebulan sudah boleh miliki 1 Dinar emas (4.25gram)
Read MoreApa yang saya nampak, servis GIT ini sangat bermanfaat kepada 3 kelompok penyimpan emas ini.
Read More150gram GAP untuk menjadi Normal Dealer manakala, 200gm GAP terus menjadi Priority Dealer.
Read MoreCaj ini sebenarnya kos untuk Public Gold menghantar emas-emas Public Gold ke seluruh cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, Singapore, dan juga Indonesia.
Read MoreKempen ini sama seperti arahan tetap dari akaun gaji anda untuk masuk menyimpan ke Tabung Haji atau ASB.
Tetapi, ia tukarkan daripada RM kepada emas! Wow, menarikkan.
Read More