Skim pencen dihapuskan? Ini 5 tips kewangan untuk anak muda

Minggu pertama saya dalam dunia kerjaya, saya dah rasa kurang selesa dengan persekitaran saya. Saya dah cuba untuk sesuaikan diri dengan circle baru saya. Tak mampu.

Circle baru waktu tu ialah senior, staff, pekerja. Tapi saya rasa masih tak kena dengan jiwa saya. Style saya dari zaman sekolah lagi. Saya bergaul dengan semua orang, tapi tak semua yang berkawan rapat.

Paksa Keluar Dari Zon Selesa

Jadi, nak tak nak. Saya kena keluar dari circle yang ada ketika itu. Nak tukar circle, financial kena stabil dulu. Barulah saya bebas memilih.

Bagi saya, orang yang ada banyak pilihan dalam hidup adalah orang yang “kaya”. Jadi, saya sentiasa follow apa yang mentor saya beritahu, sebab beliau dah proven “kaya” yang saya betul-betul kenal waktu itu.

Saya buat apa yang beliau sarankan, alhamdulilah. Syarikat buat apa sekali pun. Saya bebas untuk memilih.

Syukur, hari ini saya sudah 3 tahun tak keluar pergi bekerja. Hanya buat kerja dari rumah sahaja, tapi pasif income lebih baik dari saya pergi kerja.

5 Tips Kewangan Anak Muda

Ini tips kewangan untuk anak muda yang ada impian untuk ada banyak “pilihan” dalam hidup. 

Ia berdasarkan pengalaman saya keluar dari kerjaya hakiki saya makan gaji sebagai engineer, dan sekarang. Saya dah lebih 3 tahun capai bebas kewangan sejak dari Ogos 2020.

  1. Sentiasa bersedia dari sudut skill, mindset. Improve diri setiap saat.
  2. Pastikan saving cash untuk minimum 3 bulan gaji.
  3. Sentiasa belanja dibawah kemampuan.
  4. Jadikan tabiat menabung emas 1gram 1bulan. Untuk kegunaan 2 tahun ke atas.
  5. Mulakan bisnes diwaktu tak perlukan bisnes

Baru sahaja kerajaan umumkan tiada lagi skim pencen untuk penjawam awam baru. Waktu kita selesa sekarang, kena sentiasa bersedia untuk perkara buruk di masa depan.

Bila buat semua langkah diatas, apa apa kerajaan sekali pun. Apa-apa polisi baru kerajaan pun kita tak kesah.

Hafiz
Kota Bharu
28 Januari 2024

Artikel Berkaitan

Dilemma Sebagai Seorang Eksekutif Di Syarikat Perladangan

Dilemma sebagai seorang executive yang bekerja di syarikat perladangan! Saya bekerja di sebuah kilang sawit. Sebagai seorang eksekutif di sebuah kilang pemproses buah sawit, kami di anggap sebagai orang yang berstatus tinggi. Yela. Majoriti pekerja kelayakan paling tinggi pun SPM je, majoriti UPSR, dan kami ada ijazah. Nak tak nak orang panggil kami ‘tuan’. Namun, jujur saya katakan, saya tak

Read More

Ini Sekadar Pandangan Aku Tentang “KPI Dalam Kerja Makan Gaji”

Bagi yang sudah bekerja. Mesti korang tahu KPI tu apa kan? Aku rasa, aku tak perlu cerita panjang lagi lah benda apa tu Key Performance Indicator. Bagi aku, sebagai seorang yang telah bekerja dalam industri perladangan hampir 5 tahun, KPI individu tak begitu penting! Apa yang lebih penting? Mencapai visi dan misi syarikat itu lah tanggungjawab sebenar aku sebagai seorang

Read More