Minggu pertama saya dalam dunia kerjaya, saya dah rasa kurang selesa dengan persekitaran saya. Saya dah cuba untuk sesuaikan diri dengan circle baru saya. Tak mampu.
Circle baru waktu tu ialah senior, staff, pekerja. Tapi saya rasa masih tak kena dengan jiwa saya. Style saya dari zaman sekolah lagi. Saya bergaul dengan semua orang, tapi tak semua yang berkawan rapat.
Paksa Keluar Dari Zon Selesa
Jadi, nak tak nak. Saya kena keluar dari circle yang ada ketika itu. Nak tukar circle, financial kena stabil dulu. Barulah saya bebas memilih.
Bagi saya, orang yang ada banyak pilihan dalam hidup adalah orang yang “kaya”. Jadi, saya sentiasa follow apa yang mentor saya beritahu, sebab beliau dah proven “kaya” yang saya betul-betul kenal waktu itu.
Saya buat apa yang beliau sarankan, alhamdulilah. Syarikat buat apa sekali pun. Saya bebas untuk memilih.
Syukur, hari ini saya sudah 3 tahun tak keluar pergi bekerja. Hanya buat kerja dari rumah sahaja, tapi pasif income lebih baik dari saya pergi kerja.
5 Tips Kewangan Anak Muda
Ini tips kewangan untuk anak muda yang ada impian untuk ada banyak “pilihan” dalam hidup.
Ia berdasarkan pengalaman saya keluar dari kerjaya hakiki saya makan gaji sebagai engineer, dan sekarang. Saya dah lebih 3 tahun capai bebas kewangan sejak dari Ogos 2020.
- Sentiasa bersedia dari sudut skill, mindset. Improve diri setiap saat.
- Pastikan saving cash untuk minimum 3 bulan gaji.
- Sentiasa belanja dibawah kemampuan.
- Jadikan tabiat menabung emas 1gram 1bulan. Untuk kegunaan 2 tahun ke atas.
- Mulakan bisnes diwaktu tak perlukan bisnes
Baru sahaja kerajaan umumkan tiada lagi skim pencen untuk penjawam awam baru. Waktu kita selesa sekarang, kena sentiasa bersedia untuk perkara buruk di masa depan.
Bila buat semua langkah diatas, apa apa kerajaan sekali pun. Apa-apa polisi baru kerajaan pun kita tak kesah.