Apabila Melabur Sebab Ikut-ikut, Tiada Masalah Cari Masalah

 

 

“Aku dah terbeli rumah harga RM500k, total komitmen bulanan termasuk kereta sekitar RM2500 dah. Nak tak nak, aku kena naik pangkat, atau aku nak resign dan cari kerja yg gaji lebih tinggi”. (ayat yg keluar dari mulut sahabat sekerjaya dgn saya, tp dia bertugas di semenanjung )

 

Fuhh. 
Garu kepala saya duk fikir masalah member sorang ni. 
Baki gaji bulanan dah tinggal tak sampai RM500 je lepas dah tolak EPF.

Sekarang nak kerja pun tak tenang, sebab dalam fikiran “mesti dapatkan kenaikan gaji, untuk bayar hutang”. Kerja mula-mula dulu iklhas, sekarang dah mula berkira kali kena kerja lebih masa.

Bukan apa. Cukup ke RM500 sebagai belanja bulanan?

Nak bayar bill henpon.
Nak bayar maintenance kereta lg.
Kos minyak kereta.

Makan minum diri pun perlukan kos.
Tapi, nasib baik je.
Member masih bujang.

Jujur saya cakap, ini sebenarnya masalah biasa ramai orang. Orang kebanyakan yang melabur sebab ikut-ikut.

Buat hutang dulu, baru pikir cari duit untuk bayar hutang.
Kan penat macam tu? Takda penyakit, pergi cari penyakit. Huhu

Sepatutnya, buat kira-kira dulu. Baru buat hutang baru.

Beli rumah tu dah bagus.
Tapi, bukan beli rumah yg paling ko mampu ikut “nasihat pegawai bank”” />

Nak beli rumah jugak?
Beli ikut keperluan je. Fokus kepada rumah untuk disewakan je dulu. Biar kecil, tapi tidak membebankan.

Kalau nak dikira.

Kami ni kerja dalam ladang sawit.
Rumah memang dah dibagi free oleh company. Selagi masih bekerja jela. Dan kerja macam kami ni,  kurang lebih 5 tahun sekali berpindah randah. Tak tetap.

Jadi bagi aku la, tak perlu lagi nak beli rumah idaman hati buat masa ni. Beli je rumah yg kecil2 dulu. Ikut keperluan. Kalau tak nak duduk lagi, boleh bagi orang duduk sewa.

At least, kita bayar dekat bank RM1000 sebulan pun, tp penyewa tlg bayarkan separuh iaitu RM500 pun dah okey. Kita pun belum tahu nak pencen di mana nanti kan?

Bila dah terbeli rumah paling mampu tu.
Nak bagi orang duduk pun rasa sayang.

Last skali, bayar bank bulan2 RM2000. Tapi, tak sempat pun nak duduk situ. Rumah biar tinggal kosong. Cicak je yang beranak pinak kat situ. HEHE

Jadi, nasihat saya untuk sahabat-sahabat yang teruja sangat nak melabur. Nak beli rumah, buat kira-kira dulu. Pikir masak2 dulu, cari ilmu dgn baca buku-buku pasal hartanah.

Dan bila yakin ia berbaloi. Baru beli! Bukan beli sebab ikut – ikut orang.

 

Hafiz Shafie
Tawau, Sabah
14 Januari 2019
9 Jamadil Awal 1440H

Artikel Berkaitan

Sifu Hartanah Penipu? Atau Kita Yang Silap?

Viral baru-baru ini kisah tentang sifu hartanah penipu. Kisah ini diceritkan oleh seorang mangsa kepada sifu hartanah ini. Mangsa ini berkongsi cerita di IIUM Confession, setelah ada juga beberapa mangsa yang lain memulakan ceritakan di sana.  Boleh baca kisah penuh mangsa selepas ini. Saya dah sediakan link dibawah ini :Doktrinisasi Sifu HartanahKenapa Mudah Terpedaya Dengan Sifu Hartanah?Mangsa

Read More

10 Kritiria Rumah Terbaik Untuk Pelaburan

Berikut baru-baru ini saya pernah berkongsi di facebook, tentang saya dalam proses mencari rumah pelaburan yang kedua, jadi ada sahabat-sahabat saya yang ingin meminta nasihat berkaitan tips beli rumah pelaburan. Sejujurnya, saya bukanlah arif sangat tentang pelaburan hartanah, dan saya setakat ini saya bukan buat duit dengan pelaburan hartanah.Namun, saya pernah join kelas pelaburan hartanah pada

Read More

Perbandingan Antara Emas Dengan Hartanah

Antara hartanah dan emas, mana yang lebih baik? Sudah tentu bagi saya, ia satu perbandingan yang tidak adil disebabkan hartanah (rumah) adalah salah satu keperluan hidup, manakala emas bukan. Namun, perbandingan yang saya nak kongsikan ini ialah perbandingan dari sudut kewangan, bukan dari sudut keperluan hidup.Persamaan Antara Emas Dan HartanahSebelum saya terangkan berkaitan perbezaan, saya kongsikan dulu

Read More

9 Cara Untuk Langsaikan Hutang Rumah Dalam Masa 5 Tahun Atau Kurang.

[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam bidang hartanah. Tipsnya sangat mudah.  (1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana? Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang

Read More