
9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.
Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam bidang hartanah.
Tipsnya sangat mudah.
(1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana?
Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang kena faham dulu.
Apa prinsip dan konsep pinjaman perumahan yang korang wajib tahu!
Bagaimana Pengiraan Pembayaran Perumahan?

Bunga (Interest) dan pokok (Principal). Selepas ini, saya akan tulis Interest = Int, dan Principal = Prin
Dua perkataan ini, "Int" dan "Prin". Korang kena faham betul-betul.
Andaikata.
Korang beli rumah yang berharga RM230k. Korang bayar 10% deposit. Dan loan korang ialah RM207k
Bank dah keluarkan jumlah bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM1044.7 (biasanya boleh je cek dekat online banking, kalau CIMB ada).
RM1044.7 ini terdiri kepada 2 bahagian. Int dan Prin
Korang kena bayar dulu Int setiap bulan ikut percent yang ditetapkan.
Selebihnya barulah pokok akan ditolak dari jumlah pinjaman yang korang ambil.
Contoh Pengiraan Int untuk bulan pertama :
Prin : RM207,000
Int Rate : 5% per year.
Int : (0.05 x 207,000)/12
= RM862.5
Bulan Pertama bayar RM1044.7.
Princ yang korang bayar hanya.
1044.7 - 862.5 = RM182.2
Faham kan?
Untuk awal-awal pembayaran, korang hanya bayar Int je banyak, loan korang yang RM207k tu baru berkurang RM182.2
Jadi. Kalau setiap bulan korang bayar sekadar bunga. Jumlah hutang korang tak akan berkurang. Sia-sia je bayar.
Jadi, Macam Mana Cara Terbaik Untuk Bayar Hutang Rumah?
#1 Bayar Cepat-Cepat Apabila Korang Dapat Duit
Ini kesilapan yang saya sendiri buat haritu.
Saya tunggu due date baru nak bayar. Sebab masa tu, pembayaran saya yang bulan pertama. Belum biasa.
Akhir sekali, lambat sehari. Ya Allah. Memang terlupa.
Tengok-tengok. Habis RM200 sebab lambat bayar. Kebetulan duit BRIM masuk, terus habis lah masa tu sedekah dekat bank sotong (",)
#2 Bayar Lebih Setiap Bulan
Bila korang bayar lebih.
Maksudnya, yang lebih tu ialah korang bayar untuk bahagian Prin.
Semakin kecil Prin, maksudnya semakin kurang juga Int bulan seterusnya.
#3 Bayar Setiap 2 Minggu, Bukan 1 Bulan
Andakata pinjaman ialah RM1044.7 sebulan. Tapi, korang bayar RM522 .35 untuk setiap 2 minggu.
"Eh, macam sama je?" Hehe.
Tak sama! Setahun ada 12bulan, tapi korang perlu ingat, setahun ada 26kali 2minggu (fortnight), bukan 24.
(Alamak, baru aku belajar pasal kalender) HEHE
Bila amalkan macam ni, korang akan jimat 3 tahun dari bayar rumah!
3 tahun bermakna, jumlah bayaran kurang RM37k (RM1044.7 x 36 = RM37k)!
#4 Bayar Awal, Sebelum Due Date
Kalau due date 31 haribulan.
Gaji korang pada 25 haribulan. Dapat gaji je, korang terus bayar loan.
Ia boleh memberi kesan kepada jangka masa panjang.
#5 Setiap Kali Ada Duit Lebih, Guna Untuk Bayar Loan
Contohnya kalau korang dapat bonus tahunan.
Bayar loan perumahan dulu, baru nak joli! Kurangkan jumlah pokok cepat-cepat.
#6 Kekalkan Bayaran Sama, Walau Interest Rate Drop
Kadang-kadang. Ada masa interest rate menurun. Pembayaran kepada bank pastikan korang bayar kadar yang sama!
Jangan kurangkan jumlah pembayaran.
#7 Tambah Jumlah Pembayaran Jika Anda Peroleh Kenaikan Gaji
Ingat konsep ni.
Asal ada duit lebih, bayar dulu loan. Fokus kepada kurangkan principal!
#8 Jual Barang Tidak Terpakai, Dan Bayar Pinjaman Rumah
Biasanya.
Buka store, banyak barang yang sayang nak lepaskan, tapi tak pakai pun.
Haritu, wife saya pun ada barang macam tu. Dia beli DSLR, tapi dah lama tak pakai. Last-last, jual.
Jadi, kalau korang ada barang-barang macam ni. Dapatkan duit tambahan, dan bayar loan!
#9 Refinance Dengan Bank Yang Menawarkan Interast Lagi Rendah
Contoh bank sotong yang korang buat pinjaman sekarang mengenakan interast rate 6%.
Tapi, bank rimau pulak tawarkan 4.5%.
Korang boleh buat kira-kira semua kos yang dikenakan. Kalu rasa berbaloi, buat refinance.
Ingat pesan saya. Buat kira-kira dulu, bukan main balun saja buta-buta buat refinance.
Bank Tak Suka Ada Orang Bocorkan Rahsia Ni!
Saya dah buat kira-kira.
Kalau korang buat macam ni, bayar lebih setiap bulan. Lebih RM150k korang boleh jimat.
RM150k macam dapat kereta import mewah sebiji dah weyy.
Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

Bayaran tanpa lebih bayaran

Lebihan bayaran RM750 sebulan
Bayaran bunga boleh hampir sama dengan jumlah bayaran pinjaman korang ambil, kalau korang bayar je ikut jadual yang bank bagi.
Jadi, kalau ada duit lebih. Dapat duit sewaan ke, terus bayar je loan rumah tanpa ragu-ragu.
Semoga bermanfaat.
Wallhuallam
Artikel Update pada 18 Februari 2019. Baca info dekat bawah.
Info Tambahan
Saya pergi ke kaunter bank sotong baru minggu lalu (Jumaat, 14 Februari 2019) untuk bertanyakan tentang isu ini.
Info yang saya dapat dari pihak bank.
Untuk kurangkan principal, korang perlu kumpulkan payment minimum 6 bulan bayaran, baru boleh bayar untuk kurangkan principal.
Dan pembayaran tersebut mestilah bayar dikaunter, bukan secara online.
Contoh bayar loan rumah korang sebanyak RM1000 sebulan. Maksudnya, untuk kurangkan principal, korang perlu bayar RM6000 sekali gus, bayar di kaunter.
Untuk bank lain saya tak pasti macam mana.
Sekian.
Terimakasih berbagi ilmu nya tuan Shafie
Sama-sama Pak Bachtiar R. Pudya. Semoga memperoleh manfaat.
Teknik byr lebih diatas boleh guna Tak utk loan kereta
Cikpuan Wawa,
Teknik ni hanya untuk loan rumah. Loan kereta tak sama dengan loan rumah. Loan kereta bayar lebih pun tidak berkurang jumlah interest.
Macam mana kalau bayar rumah melalui auto deduct setiap bulan? still sama ke?
Pn RH,
Saya dah pernah bertanya kepada pegawai bank. Untuk gunakan teknik ini, kita mesti bayar di kaunter. Bergantung kepada setiap bank. Untuk CIMB, kita perlu kumpul payment lumsump 6 bulan, untuk bayar kurangkan pokok. Maksudnya, kita mesti kumpul dulu duit sendiri sebanyak 6 bulan pembayaran, barulah bayar kepada bank untuk kurangkan pokok.
Assalamualaikum
Saya selalu guna online untuk kurangkan principal bank sotong, cuma kena kumpul 6 bulan 6000 tu tak faham pulak tuan
Waalaikumussalam En Hafiz,
Yang 6 bulan tu saya personally pergi tanya staff bank sotong. Kena cukuppkan 6 bulan payment. Bukan RM6000. Kalau En Hafiz bayar bulanan biasa RM500 kepada bank. Maksudnya, minimum RM3000 ke bayar cash di kaunter untuk kurangkan principal. Itu yang saya dah confirm dengan staff CIMB Tawau. Saya rasa CIMB lain pun mesti sama je.
Maksudnya setiap bulan selepas itu kena bayar 3000lah minimun untuk kurangkan principal?
En Moh,
Ia bergantung kepada bank juga En Moh. Kalau CIMB, minimum perlu bayar sebanyak 6 bulan lump sum.
As salam abg….ibu saya membuat pinjaman perumahan di ambank dgn jumlah rm 65 ribu selama 28 tahun pada tahun 2004….skrg bila saya nk buat full settlement…bank menyatakan saya perlu bayar sbanyak 93 ribu…saya x brapa paham dgn konsep pinjaman,blr dan cara pengiraan…..boleh abg bantu saya….
Waalaikumussalam En Khairul,
Mungkin betul tu orang bank bagitahu. En Khairul boleh mintak dengan bank untuk statment En Khairul. Secara kasarnya, kalau loan rumah RM100k, jumlah total yang kita kena bayar ialah RM200k. Hampir 2 kali ganda juga, disebabkan housing loan intrest tu tadi. Kalau En Khairul nak lebih jelas, En Khairul mintak dengan pihak bank stament yang mak En Khairul dah bayar. Sebab lain bank lain juga intrestnya.
salam boss punya loan variable financing atau flexi punya?
Waalaikumusslam En Zaki.
Saya punya housing loan flexi. (=
Assalamualaikum Tuan,
9 Cara ni ada baca kat blog lain 5 tahun lepas. Boleh guna lagi ke cara ini untuk tahun 2019?
sebab apa yang tuan tanya pada CIMB, boleh buat bayaran principal hanya di kaunter sahaja kan?
jadi bagaimana nak merealisasikan 9 Cara yang tuan kongsikan ni?
Terima kasih
Waalaikumussallam En Akmal,
Saya baru je tanya dengan orang CIMB tentang cara ni, ya ia masih valid untuk tahun 2019.
Saya tanya CIMB sebab loan rumah saya dengan CIMB. Ya, untuk maklumat dari CIMB, bayar principal 6 bulan hanya di kaunter. Saya tanya di CIMB Tawau,
CIMB lain saya belum tanya.
Cadangan saya, ada duit lebih. Kumpulkan sehingga duit tu terkumpul 6 bulan pembayaran. Dan terus bayar sebanyak 6 bulan tu.
As salam tuan,
Ada cara ke untuk mempercepatkan bayaran loan kereta or pinjaman peribadi seperti teknik untuk housing loan di atas ?
Wsslm En Nik,
Loan kereta atau loan peribadi tidak boleh guna teknik ni. Itu setakat apa yang saya tahu dan setakat apa yang saya binang dengan staff CIMB.
Terima Kasih
Asslm…
Nak tanya..pembayaran langsai pinjaman perumahan…(Hongleong bank) baki dalam penyata sebnyk 21600..tapi bila
dapat statement dr bank perlu bayar
22600..bukan ke kalau bayar habis jumlah
akan berkurangan..tolak interest dan lain2…terima kasih..
En Raffi,
Kalau macam tu En Raffi kena rujuk dengan bank. Saya pun pernah kena macam ni. Tiba-tiba kita kena bayar lebih. Rupa-rupanya ada cas/kos lain yang saya kena tambah, yang saya tak perasan.
Terima Kasih
Assalamualaikum
Saya ada kekeliruan sikit pasal installment rumah.loan rumah(public bnk) atas nama saya sja…lepas kahwin,husband kuar kn epf utk byr installment…mmg cakap dekat pegawai epf mcm tu.kami ingtkn lega le..xpyh byr loan…rupa2nya epf husband hanya utk byr pokok saja..nak reverse diaorang kata x bole dh.
Pas 2bln baru perasan loan rumah x bayar pn.
Persoalan saya yg pertama…betul ke x bole?(bayaran pokok tu tukarkn bayar installment)
Ke 2-dh jd mcm ni..ada x kelebihan nya bla dh bayar pokok saja…
Mohon penjelasan en hafiz..tq
Waalaikumussalam Pn Noraziwati,
Setahun saya, EPF boleh keluarkan untuk bayar deposit (termasuk pokok). Saya pun guna untuk bayar deposit, bukan untuk bayar bulanan (installment).
Kalau suami puan sudah bayar pokok, maksudnya jumlah loan rumah tu sudah berkurang dari harga rumah yang sebenar. Itu dikira bagus, sebab interest juga akan berkurang kalau kita dah bayar pokok lebih.
Terima Kasih
Untuk deposit boleh, untuk installement pun boleh. Untuk installment pastikan min utk 6bulan. Kalau baki cukup, EPF akam bayar full, kalau baki kurang,byran akan dikurangkan.
Assalam, nak tanya saya buat pinjaman loan rumah dgn cimb, jadi seperti dinyatakan di atas, bayar princ 6bulan hanya di kaunter , jadi utk stiap 2minggu perlukah saya bayar lebih? Akan tolak pokok atau interest?
Wsslm En Hanis,
Setakat yang saya tahu baru-baru ini, yang setiap 2minggu tu berkesan dah untuk bayar lebih. Apa yang En Hanis boleh buat ialah, simpan duit lebihan yang 2minggu tu untuk cukupkan jumlah sebanyak 6 bulan, baru boleh bayar untuk tolak bahagian pokok.
Assalam tuan, cara2 kat atas tu hanya utk loan full flexi ,semi flexi saja ke?
Waalaikumussalam Cikpuan Hafiza,
Secara overall. Loan tu ialah untuk loan perumahan. Saya punya loan ialah semi flexi dengan CIMB.
Assalamualaikum tuan,
Apa pendapat tuan tentang mortgage Interest system. System ni live & reschedule utk bayaran bulanan. System ni juga mengurangkan interest dari bank.
Contoh sekarang Ada balance 33
tahun,system akan reduce ke 23 tahun dan boleh jimat sehingga 20% dari outstanding sedia ada.
Mohon pandangan tuan
Waalaikumusslam Cikpuan Lynn,
Maaf saya pun baru tahu ada system ni. Sebab lama dah saya kurang ambil berat pasal hartanah. Pendapat saya, kalau ada sistem yang mengurangkan interest tu lebih baik. Untuk penerangan lanjut tentang hartanah, Cikpuan Lynn boleh rujuk dengan guru hartanah saya juga, Dr Azizul Azli dan Tuan Faizul Ridzuan. Mereka berdualah tempat rujukan saya sebelum saya beli rumah pertama 3 tahun lalu.
Sekian.
Assalamualaikum. Wr.wb, salam sejahterah buat saudaraku ,izin kan saya berbagi kisah….
Nama saya m. Sofyan, dahulu saya pernah mencanpai sampai titik kesuksesan. Ya, property milyaran rupiah bahkan mobil2 mewah pun sempat saya miliki. Pada titik itu, timbul ego dan kesombongan pada diri.. Lalai akan sholat , lalai akan zakat. Ya allah ampuni diri ini yang lupa akan kuasamu. Ada 3 cabang usaha yang saya geluti, property (kontraktor), spbu dan pertambangan batu bara.
Saya lahir dalam keluarga yang sangat sederhana bahkan bisa dikatakan miskin, ibu saya hanya berjualan sayur di pasar, ayah sy hanya buruh serabutan. Pahitnya hidup masa lalu itu membuat sy sangat ambisi ingin sukses dan bisa menunjukkan kepada orang2 kalau saya bisa kaya. Dengan kesungguhan hati, alhamdulillah saya bisa menyelesaikan sarjana di salah satu perguruan tinggi di jakarta, setelah tamat perlahan saya merintis bidang usaha property kebutulan mertua saya sudah punya cv dan memang pekerjaan nya adalah mandor bangunan. Perlahan tapi pasti akhirnya usaha property saya berkembang pesat, dan dari situ sy mulai membangun usaha lain.
Istidraj adalah kenikmatan yang diberikan allah swt tanpa melalui keimanan dan syariat yang di kerjakan. Ketika seseorang diberi nikmat berupa rizki yang melimpah, kesenangan hidup, kesehatan yang terus menerus, panjang umur dan sebagainya. Namun dengan nikmat tersebut dia semakin jauh dengan allah swt, maka bisa jadi itulah istidraj yang akan semakin mendekatkan mereka dengan azab-nya.. Allah kasih kenikmatan duniawi tanpa rasa syukur , membuat saya lalai akan ibadah, dan hal itu terjadi pada diri saya. Hancur benar hancur, tidak ada yang tersisa, bahkan semua asset saya jual tidak mencukupi untuk membayar hutang di bank, perorangan, renternir dll. Ya allah, ampunilah segalah dosa2 hamba mu yang hina ya rabb. 17 milyar total hutang saya..
Ya allah, posisi lg dibawah, tidak ada satu teman, sahabat pun yang mau menolong. Bahkan saudara2 menghindar. Dahulu waktu sy sukses semua memuji semua mendekati, berbagai macam cara sudah saya tempuh mencari orang pintar, bahkan dalam keadaan kalut sampai saya mengikuti pesugihan, ya allah sudah jatuh tertimpa tangga, penuh dengan dosa. Saya coba membangun usaha kembali dengan modal kepercayaan family istri, begitu susah nya ujian ini ya rabb. Apapun yang saya mulai pasti ujung nya mendapatkan musibah dalam usaha, gagal total.
Dalam titik ini saya sadar, tiada pertolongan selain kepada mu ya rabb. Ampuni hamba mu ini ya rabb,kembali ketitik nol!Saya mulai dengan sholat, tidak pernah saya tinggal, hajad, tahajud, dhuha saya langsanakan. Tidak ada tempat didunia ini lagi selain sajadah tempat berkeluh kesah…tidak pernah saya tinggal kan sholat berjamaah di masjid lagi, walapun untuk makan sehari2 saja sy dan istri harus pinjam sana sini dan berharap belas kasih orang lain…
Suatu ketika, sewaktu saya selesai sholat subuh, ada seorang yang bersurban, beliau bertanya kepada saya, nak kenapa wajah mu selalu suram dan merenung seusai sholat. Saya ceritakan semuanya, berliau banyak memberikan nasihat, wejangan. Lalu saya coba memberani kan diri untuk bertanya, “yai apa amalan agar saya bisa kembali seperti dahulu ?”Lalu beliau berkata, (dalam bahasa jawa)” sembahyang shubuh jamaah! Gak usah takok wis nak, setengah tahun ae rasakno. Lek koe kakehan melarate ketimbang enake saiki” yai ilokno aku. Di ilokno yai siap aku “koe kudu ngelaksanakno shalat shubuh jamaah. Wes gak usah takok maneh, muleh!”(“shalat shubuh jamaah! Gak usah tanya lagi nak, setengah tahun saja rasakan, kalau hidupmu banyakan melaratnya dari pada enaknya sekarang “. Yai marahin saya, saya siap, “kamu harus melaksanakan sholat subuh berjamaah. Sudah gak usah banyak tanya lagi, sana pulang!”) Beliau memberikan saya tasbih dan memberikan ijazah ilmu kepada saya serta amalan amalan wirid dan zikir.
Alhamdulillah saya lakukan dengan istiqomah. Pesan2 dan amanah beliau saya kerjakan, nasihat beliau sy laksanakan. Dan alhamdulillah ya rabb, dengan begitu mudahnya allah swt naik kan kembali derajat saya, derajat keimanan dan derajat duniawi. Mari saudara2 ku istiqomah dalam ibadah, tiap2 cobaan pasti ada jawaban dari nya, tinggal kita yang memilih jalannya. Semoga allah selalu memberikan rahmat dan hidayahnya kepada kita semua amin. Berbuat baik lah. Salam sejahtera buat sudara2 ku. Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh, semoga bisa menginspirasi, say no to riba !. (msofyan979797@gmail.com)
Terima kasih En Sofyan kerana sudi berkongsi pengalaman yang penuh nasihat.
Sama-sama pak Mohammad Hafiz Shafie, itu adalah pengalaman hidup saya yang sangat berharga.
Makanya saya tidak henti-hentinya untuk selalu menyampaikan/syi’ar tentang bahaya Riba.
Mudah-mudahan kita semua terbebas dari Riba.
InsyaAllah. Semoga usaha Pak M Sofyan diberkati oleh ALlah.
Terima kasih, bha.. lama suda azam mau kasi hbis ni tp ndak jugak bhasil. Skrg suda tau caranya. Thumb up bro..!!
Sama-sama En Zeel Lai,
Untuk nak kan kepastian, En Zeel boleh terus tanya staff bank yang En Zeel buat loan.
Salam tuan..
Nak tanya boleh tak saya nak apply skim perumahan belia dgn BSN, saya dh buat loan dgn maybank dan dah start bayar
Wslm En Hafidz,
Maaf saya tak tahu sangat pasal skim tu, En Hafidz boleh contact BSN direct.
Assalamu’alaikum tuan,
Bagaimana saya nak lebihkan bayaran bulanan rumah saya sekiranya cara saya bayar tiap2 bulan adalah bank akan ambil bayaran secara automatik daripada akaun bank saya pada kadar yang tetap?
Waalaikumusslam En Radzihan,
Caranya ialah En Radzihan perlu buat lumpsump minimum 6 bulan pembayaran. Kena kumpul sikit-sikit sendiri di akaun lain.
Oh. Jadi macamana nak buat pembayaran lumpsump tu? Adakah perlu pergi ke kaunter bank untuk bayar?
Ya betul. Perlu ke kaunter bank.
assalamuailaikum.. saya ingin bertanya pinjaman housing balance ada sekitar dalam 7 tahun lagi berbaki around rm63k dengan kadar 6%.. dari segi rujukan pembayaran cimb prin adalah rm400 int rm360 disini bermaksud duit pokok bergerak hanya rm400 sahaja…
sekiranya saya ingin bayar lamsam terus pinjaman ni adakah pengiraan kita ambil prin rm400 x 7tahun sahaja.. bagi kadar int rm360 akan menjadi kosong..
rm63+k / 84 bulan = rm760
(prin rm400 x 84 bulan = rm33600)
(int rm360 x 84 bulan = rm30240)
pembayaran hanya lamsam sebanyak rm33600 kepada cimb sahaja?. sebab cofuse bagi prin n int tetera di akaun
disitu ada penjimatan sebanyak rm30240 int?
terima kasih tuan.
Waalaikumussalam En Raja,
Saya rasa pengiraan En Raja dah betul. Tapi, untuk mahukan kepastian. Saya nasihatkan En Raja terus jumpa staff CIMB jika En Raja merancang untuk membayar pinjaman rumah lumsump.
Salam..kalau saya bayar lebih melalui akaun bank yg akan deducted setiap bulan adakah principal akan berkurang tuan?
Waalaikumussalam En Muhd Hafidz,
Menurut staff CIMB Bank saya jumpa sebelum ini. Bayar direct bank (seperti bayar bulan-bulan), ia tidak mengurangkan principal.
Bank akan anggap kita hanya bayar lebih.
Assalamualaikum tuan.. Contoh sekiranya bayaran bulanan loan rumah saya Rm1000, tapi saya bayar Rm1500 setiap bulan.. Adakah prin saya berkurang?
Waalaikumussalam En Hafizan,
Kalau bayar macam biasa, ia dikira sebagai bayar awal. Kalau nak bayar principal, kena jumpa staff bank. Itu menurut apa yang staff CIMB beritahu saya.
Aslm,
kalau untuk personal loan boleh guna method ini juga ke
Waalaikumussalam En Adib,
Personal loan tak sama dengan menthod ni. Ia fix intereset.
Terima kasih atas infonya bosku..
Ada no.tlfon ka..mn tahu kita boleh jumpa d tawau..saya org tawau jga.
En Arpa,
Ni no fon saya 014- 500 5090
Assalamuailaikum.. adakah bila kita membayar Prin, ada kaitan dgn guaman? atau kita dengan bank sahaja yg terlibat?
Waalaikumussalam En Syafiq,
Setahu saya, guaman hanya terlibat sampai kita dapat kunci rumah je. Selepas tu dah takda kaitan dengan guaman.
Salam,kalau sy buat pinjaman lppsa,mcm mana cara utk cepatkan habis byrn ye?
Cth pinjam rmh 1400 utk rmh 300000 selama 35 tahun
Waalaikumusslam Cikpina Ain,
Secara basicnya, nak cepat habis bayar loan rumah kena cepatkan bayaran pokok.
Salam
Maaf bertanya
1) 6 bulan itu adalah pembayaran ape tuan? jika sy ke kaunter nnt.. ape yg perlu sy ckp dengan kaunter cimb tue..
2) Jika sy dah settle byr 6 bulan tue.. dan sy teruskan 2minggu sekali setiap.. adalah lagi mengurangkan ag kos pembyran int?
contoh sebulan 1040.. 2 minggu sekali sy byr 600.. lebih elok ka gitu?
mohon pandangan
Waalaikumussalam En Azmi,
1. Pergi kaunter, cakap nak bayar principle (pokok).
2. Untuk yang 2 minggu sekali tu, saya pernah tanya bank bahawa, kita kena ada duit sejumlah 6 bulan bayaran, barulah dikira lulus untuk bayar pokok.
Saya tanya mbb, jwpn mereka menghampakan saya sebab dia bagi contoh – kalau ada duit 50k, boleh dtg kaunter utk offset principal. Kalau dia sebut cth “6 bln installment”, gigih jugak saya nak usahakan.
Cik Elfarida,
Untuk CIMB, saya baru jumpa staff. Memamg boleh bayar principal sahaja di CIMB Click. Saya dah cuba. RM20 pun boleh buat principal reduction.
Bank sotong lebih byk tricknya. Kalau kita bayar lebih atau 2x sebelum due date, baki loan tidak akan ditolak serta merta. Duit itu akan dimasukkan kedlm akaun lain terlebih dahulu, bila sampai due date baru akan ditolak.
Saya dh buat cara ini. Bila tgk baki akaun masih tak byk berkurang. Rupanya duit yg dibyr awal akan terhimpun dlm 1 akaun lain. Duit dlm akaun tersebut kita tidak boleh keluarkan walaupun itu duit kita. Bank akan deduct duit dari akaun ini utk membyr loan rumah.
Ok baik En Khalid,
TQ for sharing
Encik mcm mna nk brjimt dlm brbelnja ye
Mungkin boleh baca buku-buku kewangan. Saya recomend baca buku mentor saya, Buku Misi Bebas Hutang
Salam En Khalid,
Jadi masih recommended utk bayar lebih atau2x sebelum due tak? Atau kita perlu inform bank sotong dulu?
Cikpuan Amalina. Better inform CIMB dulu
ape nama aplikasi yg digunakan tu?
En Lukman,
Download je mana-mana housing loan aps dekat playstore.
Salam nk tnya..brpa tahun loan rumah boleh habis duit interest?sbb akrg dh lebih dari 20tahun.
Wslm En Ayie,
Tak silap saya, saya bulan terakhir bayar pun masih ada interest, cuma percentagenya semakin berkurang.
Assalamualaikum En Mohamad Hafiz,
Pada pendapat Tuan, mana yang terbaik untuk saya langsaikan dahulu hutang,:
loan kereta (tinggal 4 thn lagi) or personal loan (7 thn lagi) or housing loan (19 thn ).
Harap dapat membantu
Waalaikumussalam En Nik,
Ikut apa yang saya relajar dengan Tuan Zaidi Ismail, lebih baik bayar yang jumlah yang kecil dahulu dan interest yang besar.
tqvm En. Mohamad Hafiz shafie
Sama2
hello .. sy buat pinjaman loan rumah Rm128.000 selama 35 tahun bulanan bayar Rm670 dlm masa 4 tahun sy telah bayar kira2 ada rm45000-rm50000 sdh ..
En Kelvin,
Ok tq for sharing.
Assalamualaikum tuan..
Masaalah sy tarikh misti byr pada 1hb,2hb dan 3hb.. sbb bank akan kira pada 4hb.. jadi mcm mana sy nak byr 2x dalam sebulan..
Satu lagi tuan.. contoh sy byr full pada 1hb sebelom 4hb kemudian selepas 4hb sy byr lagi sebulan sebelom masuk bulan lain..apa jadi pada akaun pinjaman sy?
Itu saja pertanyaan sy,
Terima kasih,tuan.
En Ismail, pengalaman saya. Setiap bank, lain rule. Jadi, En Ismail boleh bincang dengan staff. Untuk tahu cara yang dibenarkan oleh mereka untuk cepatkan bayar principal (pokok)
Salam sejahtera brother…. loan rumah sy bulanan rm605, 35years. Dah bayar 12years. Sekarang sy ingin mahu bayar hbs. Baki sy check kat bank ada 108k. So sy kena bayar 108k atau bank akan tolak interest dia?
En Nesh,
Boleh rujuk pihak bank untuk langsaikan pokok
Assalamualaikum, saya baru call CIMB tadi, bayaran lebihan akan masuk dalam account lebihan bayaran.
Duit dalam account lebihan bayaran tu dia akan guna kalau lambat bayar, atau bayar tak cukup.
Kalau nak guna duit dalam account lebihan untuk bayar principal kena inform di kaunter atau email CIMB.
Dulu saya pun tak tahu sangat pasal loan rumah ni, dengan adanya article macam ni semoga kita semua sama sama dapat settle loan rumah, terima kasih ya tulis article ni.
Alhamdulillah. Ya En Shaffieq. Betul. Untuk bayar principal, perlu bayar di kaunter. Supaya ia tidak dikira sebagai advance payment.
Cara nie untuk blh guna untuk loan yg auto debit ke?
En Jeya,
Perlu bayar secara manual di bank. Setakat apa yang saya tanya staff CIMB.
saya nak tanya,macamana cara nak bayar principal loan LPPSA ? Adakah saya perlu ke pejabat LPPSA atau ke bank yg ada link LPPSA utk bayaran secara talian. untuk makluman tuan, ini loan pertama sya melalui LPPSA dan bayaran bermula bulan JUN 2021. Saya masih keliru cara untuk bayar principal 6 bulan (LUMP SUM) ni sebab sya membuat pemotongan bulanan melalui slip gaji kpd LPPSA. mohon pandangan dri tuan.
Wslm En John,
Mungkin En John boleh rujuk terus staff LPPSA. Setakat yang saya deal dengan CIMB. Memang kena ada minimum 6 bulan untuk kurangkan principle.
Salam,
Info terbaru, saya baru call CIMB pada 16.6.2021, sekarang sudah boleh bayar principal online dekat CIMB Clicks & TIADA bayaran minimum, boleh bayar berapa sahaja.
Wahh Alhamdulillah. Bagus tu
Maybank Islam boleh tak MCM cimb
Tuan Nan cuba cek dengan staff Maybank sendiri. Sebab biasanya polisi setiap bank berbeza
depend pada term loan.. bank pun byk trick. mcm sy punya pbb jika bayar lebih. yg extra dia tolak principal terus, tp kna buat everymonth, kalo lewat ada charge lain plak.
dekat cimb click kalo bayar lebih dia kira advance payment je. kalo nak bayar lebih kna buat 2x payment. Yg pertama byr je installment mcm biasa. cimb dia ada payment option.. kalo kita tak tekan, auto reset pada monthy loan payment.. kita bole pilih dia ada tiga option. 1: monthly loan installment, 2, advance loan payment,, rasa 1 dan 2 sama je kot.. yg ke 3. reduce loan principal. minimum payment RM1
Thank you Pn Rohayu for sharing
sorry puan bertanya so cimb loan tu kita pilih reduce loan ke untuk kurangkan pokok tu?
Wslm Pn Rozidah,
Ya betul. Cuma kena bayar cara asing. Bukan bayar bulanan macam biasa.
Kalau Maybank Islam MCM ne yea
Tq.. sy pbb.. ptut la ada amaun berrbeza kt outstanding… nk cek mybnk pulak….
Most welcome Pn Jun, semoga bermanfaat
Tak faham. Boleh terangkan lebih
Cik Norsaadah cuba cek dengan staff bank sendiri. Sebab biasanya polisi setiap bank berbeza
Nie btul.. sy kdg byr 2 kali .. sy bayar loan installment mcm biasa dan 1 lg sy buat byaran reduce principal .. Lg pun tgk dorang potong principal elok jea.. xyah g bank pun.. cma untuk full settlement kena g bank sbb tkut ada lain2 cas..
Betul Tuan
Slm en hafiz..akk ada baki 13 thn lgi loan rumah..klu ada wang simpanan mana lbih baik langsaikn semua loan itu atau melabur…umur dh menghampiri pesaraan…rasa nk hidup tenang2 tanpa hutang dn masa yg sama nk kena ada simpanan jgk utk hari tua kn..tksih
Wslm Kak Ita,
Kalau duit lebih. Saya prefer setelkan hutang. Dengan syarat ada simpanan cukup dan pasif income sewaktu bersara. Melabur? Kalau tak ada ilmu. Bahaya
Salam maaf Sy nak tanya baru ni Sy ada buat loan PBB Islamic la buat loan makup loan 400k so loan hanya approve 320k nilai rumah 345k so Sy harus keluar kan cash so di agreement loan bank 320k
Tempoh 33tahun bulanan rm1540 so mcm mana nak tahu berapa jumlah nak bayar prinsipal untuk 6bulan ?
Dan jika jika setiap tahun Sy bayar prinsipal berapa tahun Sy akan jimat ya?
Wslm Pn Naterah,
Ini bergantung kepada bank. Setiap bank lain SOP. Boleh sit down, bincang dgn pihak bank.
Assalamualaikum…Sye nk tanya …jika rumah under construction bleh juga ke buat bayaran utk kurangkan principal mcm ni…skrg rumah sye blum siap dan sye hanya buat bayaran sebanyak RM162 shja sbulan mengikut percentage yg ditetapkan…jika nak kurangkan principal bolehkah sye buat bayaran lumpsum 6 bulan yg dimaksudkan tu…loan sye flexi loan…
Wslm Pn Rosnani,
Setakat apa yang saya tahu. Boleh lump sump bayaran untuk kurangkan principal
Klu saya byar setahun terus boleh ke ..bukn 6 Bulan..rumh sya under construction juga..deduction setakat ne Tolak kat Maybank islam
Tuan Hsenan cuba cek dengan staff Maybank sendiri. Sebab biasanya polisi setiap bank berbeza
Sekarang bank pandai… dia siap bagi option… kita tak boleh bayar lebih, nanti dia letak kat unknown payment atau consider extra payment. kita kene bayar regular installment dulu ikut kadar yang ditetap kan.. jika nak bayar lebih minimum RM 1000. Contoh bayaran bulan RM750 dan jika nak tolak principal minimum RM 1000. lau setakat RM50 ke dia tak tolak principal tapi dia consider advance payment. nnti bulan depan overdue jadi RM700 kononya kita da byr lebih RM50 bulan lepas… geram juga dgn bank siput… Senang cerita cuba cari cara lain,, invest kat asb pastu dapat asb dividen byr terus principal janji minimum RM 1000 lau lebih lg bagus… bank nak kaya cepat. kita yg kene game….
Betul En Ederis, tqvm for sharing
Oo bijak dan jahat bank
.bank siput tu bnk apa yek x perasan la.. bkn semua bnk kan..nk pi tanya la.. lately trfikor nk fokus byr extra tkit pulk byr for nothing
Pn Jun,
Untuk bayar extra, kena rujuk sendiri dengan pihak bank. Sebab lain bank, lain SOP nya
Tiada penalti yg di kenakan. Yuran tambahan ke atau sebagainya
Setakat yang saya tahu. tidak ada. malah lebih baik
kalau bayar bank secara direct deduction dr acc macam mana pula?
Yang ni kena comfirm dgn staff bank tersebut
superb
Thanks
byr setiap 2 mngu tu terpakai x utl personal loan….dpt kurangkn x jumlah tahun
Bergantung juga. Pn Ateh perlu rujuk banker terus. Itu lebih baik
Assalam .Loan rumah saya balance RM80,000.00 saya nak buat full settlement .adakah saya patut bayar jumlah yang ada atau kurang dari harga sebenar. terima kasih.
Kalau memang ada cash RM80k untuk bayar loan. Cuba bincang dengan pihak bank. Untuk setelkan semua.
salam tuan,baru2 ni saya ada apply loan rumah..saya berminat nak ambil flexi loan dan staff bank info flexi loan tak patuh syariah..jadi saya tak ambil flexi loan..
Ohh..Tqvm for info tuan
Kalau kita nak bayar habis hutang rumah secara lump sum, kita bayar baki prinsipal saja or principal + interest?
Tuan Xxx
Perlu bayar baki principal sahaja sepatutnya..Dan cas berkaitan tu kena comfirm dengan pihak bank
assalamualaikum sy dah jual rumah saya tapi masih punyai baki..contohnya jika baki asal 120k..adakah bank akan tolak 120k jugak jika buat lump sum..rumah 35tahun baru duduk 5 tahun..
Wslm En Mie,
Tak silap saya memang baki tu memang dah total.
Bagaimana sekiranya saya membuat pembayaran setahun sekali. Ade perubahan tak pada tempoh dan interest?
Cik Intan, bulanan tetap kena bayar macam biasa rasanya. Setahun sekali yang extra, boleh