moratorium

Cara Memanfaat Moratorium Bagi Yang Tak Terjejas Sumber Pendapatan

moratorium

Saya masih cuba mengkaji dengan lebih dalam tentang Moratorium ini. Cuba buat pengiraan sendiri berdasarkan pinjaman perumahan yang saya buat.

 Artikel saya kali ini khas untuk sahabat-sahabat yang tidak terjejas langsung pendapatan mereka walau dengan keadaan masalah ekonomi sekarang.

Selesaikan Hutang Kad Kredit atau Pribadi

Moratorium ini tidak termasuk dengan hutang kad kredit. Inilah masa yang terbaik untuk korang buat bayaran penuh hutang kad kredit.

Duit extra hasil Moratorium ni, korang manfaatkan sebaik mungkin untuk bayar hutang-hutang kecil dengan kaedah snowball.

Contoh Hutang Bulanan :

Rumah : RM1200
Kereta : RM700
Pribadi : RM300 / RM10,000

Total RM2200

Jika bulan pertama, korang selesaikan dulu hutang kad kredit yang berjumlah penuh RM2000, korang boleh mula untuk kumpul duit bayar hutang pribadi.

RM2200 x 5 bulan = RM11,000

 (Boleh bayar lump sump hutang pribadi)

Simpan Sebagai Modal Untuk Tambah Harta

Jika dalam situasi saya sekarang, saya hanya ada hutang perumahan sahaja, nasihat Tuan Zaidi Ismail ialah untuk fokus kepada kumpul kekayaan untuk selepas waktu PKP jika sumber pendapatan korang tidak terjejas.

Justeru, disebabkan oleh komitmen bulanan saya untuk pinjaman perumahan sebanyak RM1045 sebulan, sepatutnya saya ada simpanan extra RM6270 selepas 6 bulan.

Jadi, apa nak buat dengan RM6270 ini?

Adakah untuk bayar balik lump sump hutang yang tak bayar tu?

Tak perlu bayar lagi!

Sebab bayaran saya tu nanti akan dikira sebagai bayar intrest je dulu. Nanti saya buat kira-kira lebih detail. Secara anggarannya tengok kiraan dekat bawah:

Baki Loan RM211,278 (Principal)

Interest 4.65%

Interest waktu Moratorium = [(4.65% x RM211,278)/12bulan] x 6bulan

= RM4912.21

Duit RM6270 ni bagi saya, boleh guna untuk kumpul modal untuk beli rumah seterusnya, atau tukar aset yang lebih selamat atau mudah cair iaitu emas.

Jika tukar dalam bentuk emas, korang akan lebih fleksible.

Samaada nak tukar kepada duit semula jika terdesak atau nak simpan terus sebagai emas pun bagus sebagai backup ketika krisis ekonomi melanda.

Ambil atau Bayar Macam Biasa?

Ini nasihat sahabat saya sebagai seorang banker di Public Bank

Ambil je Moratorium tu. Duit tu guna sebaik mungkin semasa ekonomi tengah gawat ni.

Yang penting, belanja secara berhemat. Kita tak tahu pendapatan kita sekarang akan kekal sampai bila.

Sekian. Semoga Bermanfaat.


Hafiz
Kulim, Kedah
31 March 2020
5 Syaaban 1441H

Artikel Berkaitan

>