2 Kerugian Beli Rumah Yang Paling Mampu

Rugi beli rumah?

Ya, tak semua beli rumah tu untung. Ada yang terpaksa menanggung hutang yang tinggi menggunung akibat beli rumah.

Beli rumah tu tidaklah salah, tapi ramai yang beli rumah yang salah pada waktu yang salah.

Rumah paling mampu yang dimaksudkan ialah rumah yang anda terpaksa berikat perut untuk membayarnya.


Pendek kata, dah capai maximum limit loan anda, semata-mata beli rumah tersebut.

Macam mana contoh beli rumah paling mampu?

Contohnya :

Gaji anda RM2800 sebulan. Komitmen bulanan loan rumah anda ialah RM1800 sebulan. Baki duit gaji bulanan anda untuk berbelanja hanyalah RM1000 sebulan.

Andaikata :

Gaji anda RM10,000 sebulan. Komitmen bulanan loan rumah anda ialah RM1800 sebulan. Baki duit gaji bulanan anda untuk berbelanja hanyalah RM8,800sebulan.

Ini tiada masalah. Komitmen bulanan tidak tinggi berbanding gaji yang diperoleh.

" Beli ajer lah rumah idaman yang paling mampu, kan sekali ajer beli rumah seumur hidup? "

Ini mitos yang bahaya apabila anda merancang untuk beli rumah. Rumah pertama terus cari rumah idaman yang mampu. 

Akhir sekali, terjerat dengan hutang tak berkesudahan.

Kerugian #1 : Hilang Peluang Beli 1 Rumah, Percuma 1 Rumah

Saya pernah hadiri kelas Sarjana Hartanah pada tahun 2016 yang dianjurkan oleh FAR Capital.

Seminar disampaikan oleh Tuan Faizul Ridzuan.

Saya pernah kongsikan pengalaman itu di facebook saya sebelum ini.

Nasihat Tuan Faizul, untuk membeli rumah pertama mestilah :

Tips Beli Rumah Pertama


(1) Rumah sederhana tapi kita pun suka tinggal di sana.

(2) Mudah untuk disewakan.

Jangan beli rumah pertama ibarat rumah kita nak tinggal selama-lamanya dekat situ. 

Kita belum tahu lagi, 10 tahun akan dapat dekat mana kita perlu berkerja. Jadi, beli rumah yang lebih mudah untuk kita tinggalkannya.

Sebagai contoh, Si A bergaji RM4500 sebulan dan diberi 2 pilihan untuk membeli rumah.

Pilihan (1) : Sebuah Rumah Teres 2 Tingkat


Komitmen Bulanan : - RM1500

Baki Gaji : RM3000

Pilihan (2) : Dua Buah Rumah Medium Cost Apt


Komitmen Bulanan Rumah 1 : -RM750

Komitmen Bulanan Rumah 2 : -RM750

Total : -RM1500


Income Dari Sewaan : +RM900

Baki Gaji : RM3900

Bagi Si A yang masih muda dan baru beranak 2, membuat pilihan yang kedua lebih baik.

Ibaranya, beli rumah satu percuma satu rumah. Kita beli rumah, orang lain yang tolong bayarkan.

Kerugian #2 : Pilihan Kerja Terhad, Sebab Sayang Kepada Rumah

Apabila sudah beli rumah idaman.

Sudah pasti korang akan rasa sayang untuk jual balik (sebab sudah bersusah payah dapatkan rumah pertama), apatah lagi nak bagi sewa.

Jadi, korang akan berusaha untuk hidup kekal bekerja ditempat yang sama. Nak cari kerja tempat lain, dah susah sebab terikat dengan rumah idaman tadi.

Tak suka macam mana sekalipun di tempat kerja yang sekarang, terpaksa juga tempuhi akibat dah terbeli rumah idaman.

Ada satu kes yang saya tahu.

Sudah terbeli rumah idaman paling mampu dekat dengan tempat kerja. Lepas 5 tahun bekerja, sekarang sudah capai gaji maksimum atau 'capai gaji siling'. Nak tak nak, terpaksa teruskan kerja dengan tanpa kenaikan gaji.

Sebab itulah, guru-guru hartanah menasihatkan  korang untuk beli rumah sederhana jer untuk rumah pertama.

Kalau ada sahabat-sahabat merancang untuk beli rumah pertama, boleh menonton video yang saya share ni, dari Tuanbir, seorang pakar hartanah di Malaysia.

Alhamdulillah. Saya ikut nasihat-nasihat mereka.

Saya beli rumah yang sederhana je di Sg Buloh, Selangor. Rumah tu senang disewakan. Saya sekarang bekerja di Sabah, saya bebas untuk pindah kerja dimana-mana. Saya tak risau dengan rumah pertama saya.

Inilah dua perkara yang paling biasa sahabat-sahabat saya lakukan kesilapan. Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat.

Sekian. Wallhuallam.

Hafiz
Tawau, Sabah
20 February 2019
15 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto : DollarAndSenseDotMy

Artikel Berkaitan

Sifu Hartanah Penipu? Atau Kita Yang Silap?

Viral baru-baru ini kisah tentang sifu hartanah penipu. Kisah ini diceritkan oleh seorang mangsa kepada sifu hartanah ini. Mangsa ini berkongsi cerita di IIUM Confession, setelah ada juga beberapa mangsa yang lain memulakan ceritakan di sana.  Boleh baca kisah penuh mangsa selepas ini. Saya dah sediakan link dibawah ini :Doktrinisasi Sifu HartanahKenapa Mudah Terpedaya Dengan Sifu Hartanah?Mangsa

Read More

10 Kritiria Rumah Terbaik Untuk Pelaburan

Berikut baru-baru ini saya pernah berkongsi di facebook, tentang saya dalam proses mencari rumah pelaburan yang kedua, jadi ada sahabat-sahabat saya yang ingin meminta nasihat berkaitan tips beli rumah pelaburan. Sejujurnya, saya bukanlah arif sangat tentang pelaburan hartanah, dan saya setakat ini saya bukan buat duit dengan pelaburan hartanah.Namun, saya pernah join kelas pelaburan hartanah pada

Read More

Perbandingan Antara Emas Dengan Hartanah

Antara hartanah dan emas, mana yang lebih baik? Sudah tentu bagi saya, ia satu perbandingan yang tidak adil disebabkan hartanah (rumah) adalah salah satu keperluan hidup, manakala emas bukan. Namun, perbandingan yang saya nak kongsikan ini ialah perbandingan dari sudut kewangan, bukan dari sudut keperluan hidup.Persamaan Antara Emas Dan HartanahSebelum saya terangkan berkaitan perbezaan, saya kongsikan dulu

Read More

9 Cara Untuk Langsaikan Hutang Rumah Dalam Masa 5 Tahun Atau Kurang.

[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam bidang hartanah. Tipsnya sangat mudah.  (1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana? Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang

Read More

Apabila Melabur Sebab Ikut-ikut, Tiada Masalah Cari Masalah

  “Aku dah terbeli rumah harga RM500k, total komitmen bulanan termasuk kereta sekitar RM2500 dah. Nak tak nak, aku kena naik pangkat, atau aku nak resign dan cari kerja yg gaji lebih tinggi”. (ayat yg keluar dari mulut sahabat sekerjaya dgn saya, tp dia bertugas di semenanjung )  Fuhh. Garu kepala saya duk fikir masalah member sorang ni. Baki

Read More