3 Cara Memulakan Hari Esok Yang Lebih Baik

Cara memulakan hari esok yang lebih baik!

Dengar macam mudah, tapi bagi saya yang bekerja makan gaji, dan melakukan kerja-kerja bisnes diluar waktu kerja, pengurusan masa sangat lah penting.

 Dari jam 7.30am sampai ke 5pm, saya akan pastikan, kerja-kerja saya sebagai penolong pengurus kilang selesai.

Sejujurnya saya tak mahu lagi, masa saya bersama keluarga terpaksa dipendekkan akibat kesan dari pengurusan masa saya yang teruk semasa di kilang.

Dalam erti kata lain, saya terpaksa pulang kerja lewat malam, akibat tersalah urus masa oleh saya sendiri.

Alhamdulillah, hasil bacaan saya dari buku 'Saya Ada 25jam Sehari' ditulis oleh Dr Mohd Daud Bakar, saya dapati ini 3 cara saya boleh amalkan untuk memastikan kerja-kerja saya hari esok dilakukan lebih baik.

#1 Jana Lebih Banyak Masa, Elakkan Pembaziran Masa

Rancang kerja seharian!

Sebelum saya tidur, saya biasakan untuk buat senarai kerja saya untuk esok.

10 kerja untuk saya sebagai pembantu pengurus kilang, manakala 10 kerja untuk saya sebagai dealer Public Gold.

Apabila sudah ada senarai tugas. 

Susun strategi untuk selesaikan tugas ikut keutamaan. Sebolehnya, saya akan pastikan saya boleh selesaikan banyak tugas dalam satu masa.

Sebagai contoh kalau di rumah.

Bangun pagi. Saya perlu siapkan 1 artikel blog dan saya perlu sediakan sarapan ringkas untuk saya sendiri.

Caranya hasilkan lebih masa.

Saya terus siapkan sarapan. Mungkin perlu hangatkan dalam oven. Dan sambil tunggu sarapan siap, saya boleh mula menulis.

Sambil mendapat idea untuk berkarya di blog. Sambil saya alaskan perut saya dengan sarapan tadi.

#2 Usah Bergantung Kebolehramalan Masa

Buat selagi mampu! Dengan pantas dan usaha keras.

Ini kesilapan biasa yang saya lakukan. Saya anggap esok akan berlaku seperti apa yang saya rancang harini.

Jadi, saya kerap buat kerja dengan sambil lewa. Banyak iklan. Banyak berbincang kepada perkara yang kurang produktif bersama rakan-rakan sekerja.

Kalau di tempat kerja, masa yang banyak dibazirkan ialah semasa mengadakan 'meeting' yang terlalu lama. Dan bagi saya, ia boleh diselesaikan dalam masa yang ringkas sahaja.

Saya sangat kagum dengan Dr Mohd Daud Bakar, beliau adakan meeting di airport. Ketika menunggu penerbangan seterusnya.

Nak tak nak. Perlu segerakan capai motif meeting tersebut.

Bagi saya. Meeting sebenarnya sebagai tempat untuk mencapai persetujuan solusi bagi sesuatu masalah, bukan tempat untuk berbincang 'apa masalah'.

#3 Jangan Bertangguh!

Jujur saya katakan. Saya tak pernah ada perfect time untuk buat sesuatu kerja.

Saya tak tahu anda macam mana. Saya rasa majoritinya hampir sama.

Dulu saya fikir.

Bila anak dan isteri balik kampung. Saya dapat hasilkan 2 artikel 1 hari. Tapi, ramalan saya salah.

Saya berakhir dengan hanya 1 artikel 1 hari juga.

Saya terlalu tunggu masa yang free baru nak buat segala benda. Itu kesilapan saya yang perlu saya elakkan.

Sepatutnya.

Saya perlu ambil dicelah-celah kesibukan bersama anak isteri, untuk hasilkan kerja-kerja saya sebagai seorang penolong pengurus kilang dan seorang dealer Public Gold.

"Seronoklah Kau, Ada Banyak Masa, Boleh Buat Side Income"

Sambil saya menulis artikel ini pun, sambil saya melayan anak main di ruang tamu.

Ini kata-kata seorang sahabat yang satu batch, dan kerja kilang sawit jawatan sama macam saya.

Dia fikir. Saya ada banyak masa. Kilang saya tidak ada banyak masalah. Sebab tulah saya boleh buat bisnes.

Owhh. Dia silap sebenarnya. Masa waktu kerja.

Saya tidak ada masa untuk merokok. Saya tidak ada masa untuk duduk minum pagi dikantin lebih dari 15minit, kecuali bincang pasal kerja. Dan, saya tak ambol port kalau rakan-rakan tengah 'mengumpat' boss. (",)

Oleh itu. Kita sebenarnya sama.

Kita sama ada 24jam sehari. Kita sama-sama ada anak isteri. Kita sama-sama ada tugas kerja yang sama.

Yang membezakannya ialah cara kita urus masa harian kita.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
18 Februari 2019
14  Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

Jadikan Tabiat Orang Berajaya, Kunci Kejayaan Hidup

” Coach, saya tak nak angkat dumble ni, nanti badan saya jadi macam coach “. Seorang kakak yang berumur sekitar 40an, bagitahu jurulatih fisio saya. Coach tadi tergelak, dan bagitau kakak tu bahawa, untuk dapat badan macam “hulk” tu, perlukan training secara konsisten dengan betul selama 3 hingga 5 tahun. Bukan setakat dua tiga bulan training. Mereka

Read More

Pengalaman Mendaki Kinabalu. Apa Yang Saya Belajar?

Dah lama pasang impian nak mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Sewaktu belajar lagi. Setakat hari, ada lah beberapa gunung dekat semenanjung yang pernah saya sampai ke puncak. Antaranya, Tahan, Korbu, Gayung, dan Batu Puteh. Bagi saya, ni antara gunung yang hardcore jugalah. Dan yang paling santai (tapi tak santai juga lah), ialah Gunung Kinabalu. Haha Sebab apa? Gunung-gunung lain. Lepas saya

Read More

Experience Your Fears

Beberapa minggu sebelum berlangsung JLT2019 dibawah group PGG100Network, tentatifnya sudah siap. Saya pula ditugaskan untuk berkongsi ilmu tentang blog marketing dengan 60 orang dealer yang akan menyertai program tersebut. Nak ikutkan hati dan perasaan, rasa tak mampu nak bawa tugas tu. Topik ini sebenarnya kali pertama dikongsi di JLT secara lebih detail. Jadi, saya perlu sediakan slide

Read More

10 Cara Manusia Diberi Rezeki

Pagi ni saya nak berkongsi petikan buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Tuan Zaidi Ismail.  Ia tentang bukti jaminan Allah untuk bagi rezeki kepada hambaNYA.1. Rezeki yang telah dijamin Dan tiadalah seusuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11:6)2. Rezeki kerana usaha Dan bahawa sesungguhnya tidak ada

Read More