" Coach, saya tak nak angkat dumble ni, nanti badan saya jadi macam coach ". Seorang kakak yang berumur sekitar 40an, bagitahu jurulatih fisio saya.
Coach tadi tergelak, dan bagitau kakak tu bahawa, untuk dapat badan macam "hulk" tu, perlukan training secara konsisten dengan betul selama 3 hingga 5 tahun. Bukan setakat dua tiga bulan training.
Mereka yang ahli bina badan, atau atlit angkat berat tu. Exercise angkat beban, dan latihan otot tu sudah jadi sebahagian kehidupan mereka. Sebab tu lah mereka boleh capai sampai ke tahap macam tu.
Itulah antara sedikit perbualan yang sempat saya ingat, semasa saya ikuti fisioterapi beberapa bulan yang lalu bersama seorang atlit angkat berat kebangsaan.
Kisah Saya Give Up Dengan Latihan Atlit
Waktu sekolah tingkatan dua, saya salah seorang atlit lari pecut 200m, yang pernah bertanding hingga ke peringkat negeri. Hampir ke peringkat kebangsaan, tapi semasa final, kami dapat tempat ke kedua.
Dan tak layak untuk ke peringkat seterusnya.
Masuk tingkatan 4 pula, sekolah saya dah tak hantar atlit 200m. Sekolah cuma nak fokus kepada atlit 400m. Dan pada awalnya, saya salah seorang yang terpilih untuk ikuti latihan 400m.
Selepas 2 tiga bulan latihan, saya give up. Puncanya, hampir setiap hari. Selepas latihan saja, saya muntah hijau! Saya cakap dekat diri saya
" Aku memang semula jadi tak mampu nak lari 400m. Setakat 200m je aku mampu ".
Saya give up, saya bagitahu cikgu untuk lepaskan kekosongan tersebut kepada orang lain.
Dan. Kawan yang ganti tempat saya tu walaupun lambat ikuti latihan, tapi mereka dapat sampai ke peringkat kebangsaan. Saya pula rasa menyesal sebab give up awal.
Kalau tak, dah dapat merasa wakil negeri di peringkat kebangsaan.
Usain Bolt Pun Muntah Hijau!
Selang beberapa tahun dari hari terakhir saya dah taknak jadi atlit 400m.
Saya terlihat satu dokumentari tentang manusia terpantas di dunia. Siapa tak kenal, Usain Bolt. Yang menang pingat emas acara 100m dan 200m olimpik 3 kali berturut-turut.
Dalam dokumentari tersebut. Ia menceritakan kisah jatuh bangun Usain Bolt. Yang dulunya menjadi pelari 800m, tapi sekarang. Rekod dunia 100m dan 200m lelaki masih dipegang oleh beliau.
Kalau ikutkan, jauh tu. Dari acara 800m ke 100m. Itu perlukan orang berbeza dan fizikal yang berbeza sepatutnya.
Dan momen yang paling membuatkan saya paling ingat ialah, Usain Bolt juga muntah hijau setiap kali menjalani latihan.
Siapa pernah rasa muntah hijau je akan faham perasaan "siksanya" latihan olahraga ini.
Jadi, apa yang saya belajar, untuk menjadi orang berjaya, memang kita lalui kegagalan, penat, sakit, give up. Dan hasil dari prosess inilah akan menjadikan kita "someone" suatu hari nanti.
Jika seorang pelari maraton berlari 10km sehari, setiap pagi selama bertahun-tahun. Habit itulah yang menjadikan dirinya sebagai atlit pelari maraton.
Jika hari ini kita berlari 10km, dan minggu depan lari lagi 10km. Ia tidak bermakna kita telah menjadi atlit maraton.
Apa yang kita buat cuma dikira sebagai riadah 10km. Bukan lagi kita dah digelar sebagai atlit maraton.
Faham maksud saya?
Pupuk Habit Orang Berjaya Dalam Diri
Jadikan success attitude sebagai habit, dan dengan habit inilah yang akan menentukan siapa kita 5 hingga 10 tahun akan datang.
Kalau kita nak jadi seorang atlit yang berjaya, jadikan habit seorang atlit berjaya sebagai rutin harian.
Kalau kita nak jadi orang kaya, buat apa yang orang kaya buat sebagai habit. (Ingat ye, minum starbuck, pakai kereta Merc tak bermakna orang tu kaya)
Saya selalu nasihat untuk dealer-dealer Public Gold dibawah bimbingan saya. Nak jadi dealer Public Gold berjaya?
Ikut apa yang mentor buat, baca buku apa yang mentor baca. InsyaAllah. Cepat atau lambat. Kejayaan itu tetap akan datang nanti.
Dan apa yang saya perhati, kawan-kawan saya yang capai pasif income 5 angka sebulan dengan Public Gold, mereka bukan pandai pun.
Cuma mereka buat tanpa jemu. Konsisten buat apa yang PG1S ajar. Suatu masa, empire bisnes mereka capai exponential growth, income RM10k sebulan walau tak buat kerja apa-apa!