Dah lama pasang impian nak mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Sewaktu belajar lagi.
Setakat hari, ada lah beberapa gunung dekat semenanjung yang pernah saya sampai ke puncak.
Antaranya, Tahan, Korbu, Gayung, dan Batu Puteh. Bagi saya, ni antara gunung yang hardcore jugalah.
Dan yang paling santai (tapi tak santai juga lah), ialah Gunung Kinabalu. Haha
Sebab apa?
Gunung-gunung lain. Lepas saya naik. Perkataan yang keluar dari mulut saya ialah
" Tok seyyy dohhh naik gunung ni. Ngelast doh ni....."
Tapi, lepas turun Kinabalu?
" Bila plan nak naik lagi ehh?"
Haha. Nampak tak perbezaannya?
Pemandangan Yang Cantik!
Dalam banyak-banyak gunung. Takda satu pun panjat tak penat. Tipulah kalau saya cakap langsung tak penat kan?
Tapi, penat-penat panjat Gunung Kinabalu. Berbaloi. Sepanjang perjalanaan tu view dia memang "wow".
Saya belanja gambar lah.
Pastikan Satu Langkah Ke Depan
Dalam usaha untuk sampai ke puncak. Perit, penat, rasa macam nak pitam. Semua ada.
Tambah-tambah lagi bila dari Laban Rata ke puncak.
Saya tak nak cerita tentang laluan untuk ke puncak. Saya rasa majoriti dah tahu.
Yang saya nak kongsikan dekat sini ialah, untuk sampai ke puncak (view yang cantik), mindset mesti kuat.
Bukan sekadar fizikal.
Setiap kali saya rasa penat, selagi belum sampai di checkpoint, memang saya akan sentiasa melangkah.
Prinsip saya, pastikan satu langkah ke depan. Biar kecil langkah, tapi mesti maju ke depan.
Kenapa saya bagitau mindset lebih penting?
Dalam team saya seramai 17 orang yang mendaki. Yang badan fit (macam atlit) pun ada yang tak mampu sampai puncak.
Sebab? Mindset saja.
Pengajaran Dalam Bisnes Dan Kehidupan
Saya banyak belajar ketika saya misi mendaki ke puncak. Saya agak keseorangan semasa pendakian.
Saya antara yang jauh di depan dalam kalangan 17 orang pendaki bersama saya yang lain.
(1) Rehat Sekejap
Sama juga dengan mendaki.
Kalau terlalu penat, ambil masa rehat sekejap. Sekejap je tau. Jangan lama-lama.
Bila rehat lama. Badan sejuk. Lemau.
Nak mula balik? Fuhh..Berat.
Dalam bisnes? Kalau terlalu penat. Ambil masa rehat sekejap. Pergi bercuti. Luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga.
Lepas rehat (kurang dari 5 minit).
"Heart rate" dah turun balik. Pergerakan kaki untuk menujuk puncak lebih laju.
(2) Satu Langkah Ke Depan
Semasa mendaki. Memang saya jarang nak stop dan duduk terlalu lama (berehat).
Saya cuma akan duduk bila sampai di pondok sahaja. Langkah saya kecil, dan saya pastikan ketika penat, saya tetap akan melangkah ke depan walau satu langkah.
(3) Elak Bergerak Solo
Semasa menuju ke Laban Rata. Memang saya banyak bergerak solo. Depan takda orang, belakang pun takda orang.
Kalau ada yang di depan. Pace tak sama dengan saya, dan saya terus potong dan tinggal.
Memang penat mendaki macam ni.
Sampai lah di Checkpoint Layang-layang. Saya tengok mula follow seorang malim, gunung ni.
Ehh. Rasa tenang dan santai je dia mendaki. Saya follow terus dia sampailah ke Laban Rata.
Dalam bisnes pun sama.
Bergerak solo memang penat. Kita penat keseorang. Takda orang support. Bila bersama team. Penat juga, tapi tak terasa.
Sebab saling support each other.
Banyak lagi nak menulis tentang pengalaman mendaki kinabalu sebenarnya, tapi takpa.
Setakni ini dulu buat kali ini.
Semoga bermanfaat.