"Aku dah kerja dengan syarikat ini hampir 10tahun, tak sabar nak tunggu servis award"
Ujar sahabat saya semasa kami sarapan pagi sama-sama siang tadi.
Saya tanya balik,
"Berapa company bagi kalau dah kerja 10 tahun?".
Jawapanya, tak sampai pun RM5k, saya ingatkan RM50k. Maka berhuhuhuhu lah saya dalam hati. (",)
Kisah Sehelai Baju Terpakai
Kebetulan pulak, baru-baru ini saya baru baca buku tulisan Tuan Azizul Azli yang bertajuk Otak Power.
Memang betul lah, benar-benar wujud orang yang hanya duduk dan menunggu rezeki lebih datang keriba, sedangkan diri sendiri tengah syok layan Mobile Legend.
Baiklah. Dalam buku tu, ada satu cerita yang saya nak kongsi:
Seorang anak berkulit hitam, yang lahir di New York, USA. Dia melalui kehidupannya dengan amat miskin dan penuh diskriminasi.
Suatu hari.
Ayahnya memberikan sehelai pakaian terpakai kepadanya "Pada pandangan kamu, berapakah nilai pakaian ini?". Tanya ayahnya.
"Mungkin 1USD". Jawabnya.
" Jika kamu berjaya menjual dengan 2USD beerti, kamu sudah berjaya membantu ayah dan ibumu" Ujar ayahnya.
Lalu anak tadi pergi menjualnya, dan dia berjaya menjual dengan harga 2USD.
Setelah pulang.
Ayahnya kembali menyerahkan sepasang kain lain kepadanya. "Cuba sekarang kamu jualnya dengan harga 20USD?"
"Mana mungkin ayah, pakaian ini hanya bernilai 2USD" ujar anak tadi.
"Kepada kamu tidak mencubanya dahulu?" soal ayahnya.
Lalu dia mendapat idea.
Dia melukis kartun Donald Duck dibaju, dan menjualnya di sekolah anak orang kaya. Dan baju tadi terjual dengan harga 25USD!
Ayahnya kembali memberikan seheli pakaian terpakai kepadanya lalu berkata " Apakah engkau mampu menjualnya dengan harga 200USD?"
Tanpa berbicara panjang.
Dia terus menerima tanpa keraguan. Dan kebetulan artis tersohor datang ke tempatnya, dan meminta artis tersebut menandatangan di baju tersebut.
Akhirnya dia berjaya menjualnya dengan harga 1500USD!
Pengajaran Dari Kisah Anak Yang Menjual Baju Terpakai
#1 Usaha dahulu, baru berserah kepada yang maha pemberi rezeki.
Nasihat ni rasa sangat setepek di dahi saya sendiri. Usaha tak setinggi apa yang diimpi-impikan.
Saya pun ramai ditempat kerja saya berfikiran macam ni. Tambah-tambah apabila tiba saat evaluation KPI.
KPI rendah marahkan bos, tapi waktu kerja banyak masa habiskan di kantin. Nauzubillah.
#2 Tambah Nilai Diri Kita Dari Masa Ke Masa
Pengajaran kedua ialah, sedangkan sehelai baju buruk pun boleh dinaikkan nilai.
Apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal fikiran, mesti boleh naikkan nilai diri saya dan anda semua berlipat kali ganda lagi.
Selagi masih muda, selagi masih ada kudrat untuk bekerja kersa, ayuh sama-sama usahakan untuk mencapai impian yang besar sebelum meningkat usia.
Sekian. Semoga bermanfaat.