Kelebihan beli emas Public Gold berbanding Maybank MIGA i

Kelebihan beli emas Public Gold berbanding emas Maybank adalah...?

Sejujurnya, saya tidak tahu banyak perkara tentang emas Maybank MIGA i, tapi untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi, apa kelebihan jika anda menabung emas Public Gold berbanding bank.

Tak kesah bank mana. Tapi saya percaya, 5 kelebihan ni anda tidak akan dapat seperti apa yang anda dapat dalam Public Gold.

Baiklah, bagi anda yang masih berkira-kira untuk beli emas Public Gold atau Maybank, artikel ni sangat sesuai untuk anda.

1. Mudah dapatkan fizikal

Asas emas ialah beli emas mesti boleh dapat emas secara fizikal dengan mudah. Pengalaman saya membimbing lebih 20,000 penyimpan emas bersama team dealer saya, jika beli emas hari ini, kurang dari 7 hari emas kita dah dapat di tangan.

Walaupun kita berada di pelusuk Malaysia macam mana sekali pun, untuk item emas 5 Dinar (21.25gram) dan ke bawah. Public Gold boleh sahaja dengan mudah.

Pengalaman saya dengan Maybank. Staff bagitahu, tak semua cawangan Maybank boleh redeem emas fizikal.

2. Beli emas dapat emas dan guru emas

Dengan Public Gold, ada sistem introducer. Introducer bermaksud orang yang lebih berpengalaman dalam urusan jual beli emas Public Gold berbanding kita.

Dan saya rasa tidak ada pada mana-mana bank.

Apa-apa urusan dengan Public Gold, introducer boleh bagi bimbingan secara percuma. Dan yang paling penting, ilmu tentang emas daripada dealer sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih kaya.

Kita simpan emas sebab nak kaya kan? Nak kaya kena ada ilmu. Nak ada ilmu paling mudah, dapatkan bimbingan daripada introducer atau dealer.

3. Servis 24jam Dari Dealer

Dealer macam saya, takda isitilah hari cuti. Takda istilah waktu pejabat. Kami beri servis kepada semua penyimpan emas kami 24jam.

Kalau saya masih belum tidur, jam 2AM pun saya boleh reply wassap penyimpan emas saya untuk bantu mereka.

Beli dekat bank. Hanya office hour boleh berurusan. Lepas tamat office hour, tunggu esok baru boleh buat urusan. Memakan masa.

4. Jaminan beli balik dengan mudah

Ini antara yang paling penting. Nak beli emas banyak tempat boleh jual. Nak jual emas? Tak banyak tempat yang boleh beli balik emas kita dengan mudah.

Emas rosak? Calar? Kemek? Resit hilang? Public Gold tidak ada masalah untuk ambil dengan harga macam emas baru.

Akhir sekali, terpaksa jual balik emas kepada Public Gold kalau beli dekat tempat lain.

5. Tiada kos transaksi

Dengan Public Gold, kita boleh menabung dengan mudah dekat akaun emas GAP Public Gold tanpa ada sebarang charge transaksi.

Boleh menabung dengan mudah. Ada lebihan wang RM100, boleh menabung RM100. Ada lebihan wang RM1000, menabung RM1000 tanpad sebarang kos extra.

Semua yang kita bayar ditukarkan kepada emas 100%.

Jangan percaya saya

Saya seorang dealer Public Gold, mungkin penerangan saya tidak adil dan berat sebelah.

Anda boleh buat kaji selidik sendiri apa yang saya tulis ini. Saya nak ingatkan, emas yang terbaik bukan lah emas yang harga murah semata-mata.

Emas yang terbaik adalah emas yang ada beberapa ciri yang kita ambil perlu ambil kira.

Sebagai orang baru dalam dunia apa? Apa "acid test" yang ada kena buat untuk tahu emas mana yang sesuai untuk anda? Saya akan share dalam artikel yang seterusnya.

Hafiz
Kota Bharu
1 April 2024

Artikel Berkaitan

3 Ciri Scam Pelaburan Emas, Lari cepat-cepat!

Muncul lagi sekarang skim emas yang memberikan income bulanan kepada kita. Siapa yang mudah ‘terliur’ dengan nak cepat kaya, mereka akan mudah masuk perangkap. Sejak dari tahun 2010 saya sebagai penyimpan emas, mana-mana syarikat yang menawarkan skim seperti ini, akan membuatkan orang ramai mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Siapa yang join, dia akan belajar ilmu tentang emas

Read More

Daripada emas, jadi rumah

Daripada emas, dan tukar kepada sebuah rumah. Macam mana caranya? Saya nak kongsikan strategi, macam mana orang simpan emas, hingga boleh jadi rumah. Ini kisah salah seorang penyimpan emas tegar, sahabat saya. Tuan Bashir, seorang engineer di Penang. Dan dari pengalaman beliau, kita boleh belajar satu perkara yang sangat penting.Upgrade kepada hartaAntara salah satu sebab kita

Read More

“Beli emas Public Gold, mengkayakan dealer sahaja..”

Saya pernah tanya coach, apa rutin harian coach dari sudut fizikal training, dan apa makanan harian yang coach ambil? Katanya, Breakfast telur minimum 5 biji, makanan berkuah dia tak ambil, kalau ayam makan bahagian isi je. Dah ulang-ulang selama lebih 3 tahun. Pendek kata, saya dengar pun dah nak muntah. Haha. Tak sanggup. Sebab tulah, saya berat kekal

Read More

Emas Sebagai Dana Untuk Bersara Dengan Selesa

Macam mana nak bersara dengan selesa? Apa sebenarnya maksud bersara? Bab bersara ni antara isu sensitif untuk dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebab mungkin pendapat saya ini agak kontra tentang definisi sebenarnya bersara. Majoriti, bersara mereka tafsirkan orang yang umur 60 tahun dan ke atas sahaja. Kalau kita dah set dalam kepala kita bahawa umur 60 adalah

Read More

Jangan Beli Goldbar Dinar Di Kedai Emas

Jangan beli goldbar atau dinar di kedai emas. Kenapa?  Bukan sebab saya dealer Public Gold. Tapi kalau kalian tak nak rugi, boleh baca artikel yang saya share ni sampai habis. Saya pernah ternampak satu posting di facebook tentang beli emas dari tahun 2018 masih tak untung-untung. Dan pemilik facebook tersebut claim semua ejen emas adalah scam,

Read More

Siapa ada cash RM100K dalam bank? Selamatkan cepat-cepat.

Tak pernah habis. Setiap tahun ada saja isu tentang kenaikan harga barang. Malah sekarang,  bukan lagi setiap tahun, tapi hampir 2-3 bulan sekali. Mesti dengar lagi berita tentang ini. Dulu RM100, cukup belanja barang dapur penuh satu troly. Harini, kalau RM100, dapat satu plastik kecil sahaja. Siapa ada cash RM100k, RM200k atau RM1juta? Artikel ini untuk anda.

Read More