Cara Memanfaat Moratorium Bagi Yang Tak Terjejas Sumber Pendapatan
Selepas hampir 30minit berbincang dengan pegawai bank mengenai moratorium. Ini yang saya dapat rumuskan.
Read MoreViral baru-baru ini kisah tentang sifu hartanah penipu. Kisah ini diceritkan oleh seorang mangsa kepada sifu hartanah ini.
Mangsa ini berkongsi cerita di IIUM Confession, setelah ada juga beberapa mangsa yang lain memulakan ceritakan di sana.
Boleh baca kisah penuh mangsa selepas ini. Saya dah sediakan link dibawah ini :
Sebelum tu, saya nak bagitahu siap-siap.
Saya tidak tahu siapa sifu tersebut, dan saya tidak kenal langsung siapa mangsa kepada sifu hartanah ini.
Dari sudut pandangan saya, ada beberapa kesilapan oleh mangsa tersebut, yang kita boleh jadikan sebagai teladan.
Saya sendiri pernah ikuti seminar hartanah. Dan sifu yang saya belajar itu, antara orang yang paling kuat dikatakan sebagai 'sifu serigala' itu.
Memang bagus kelas sifu tersebut.
Saya habiskan duit lebih RM1k untuk kos ikuti kelas sifu tersebut. Dan bagi saya, banyak yang saya boleh belajar.
Namun, untuk melabur.
Saya beli rumah sendiri. Saya buat kajian sendiri. Saya tidak mengharapkan untung nasib terhadap 'kehandalan' sifu.
Tetapi, saya sendiri aplikasi ilmu yang sifu ajar, alhamdulillah. Berkesan!
Salah seorang mangsa ini adalah wanita. Saya sangat kesian dengan mangsa ini. Sehinggakan memiliki hutang yang lebih dari kemampuan beliau. Jutaan juga nilainya.
Akibat guna teknik multiple submision yang diajar oleh sifu hartanah.
Wanita ini memang tidak mendapat restu suami. Namun akibat terpengaruh dengan sifu dan testimoni dan kuncu-kuncu sifu tersebut.
Hilanglah kuasa sang suami atas nasihat kepada isteri.
Mana silapnya?
Mungkin kerana terlalu ingin berdiri sendiri. Terlalu risau suami lari kemudian hari. Niatnya asal untuk persediaan kalau-kalau suami lari (kalau dah kaya, tak risau suami lari?).
Akhir sekali, lupa bahawa syurga isteri dibawah telapak kaki suami.
Akhir sekali terlingkup ke longkang juga. Kadang-kadang kita terlalu kejar duit. Kejar kekayaan dalam bentuk duit.
Sampai kita lupa,
Kekayaan sebenar bukanlah apa yang orang lain kata, tetapi kekayaan yang sebenar adalah apa yang kita rasa.
Ada kerja, itu kaya.
Ada keluarga, itu kaya.
Ada masa, itu juga kaya.
Tetapi, kita silap. Kita lupa kita bahawa kita sudah kaya (ada kerja, ada masa, ada keluarga) sebenarnya.
Ibarat, yang dikejar tidak dapat dan dikendong berciciran.
Bila teringat kepada kisah mangsa ini.
Saya teringat kisah ramai rakan dan kenalan saya terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan emas pada 2013-2014 dahulu.
Terlalu percayakan pengelola skim, sampai nasihat guru-guru kewangan langsung tidak ambil endah.
Tok Berlagak tunjuk teknik pelik Ar Rahnu, terus percaya. Walaupun Tok Berlagak cuma cerita separuh jalan. Separuh jalan lagi mereka sorokkan.
Sampai ada juga guru kewangan (mentor saya) digelarkan sebagai baru Cina. Dituduh pula nak jatuhkan bisnes orang kita (Melayu).
Bila dah jatuh lingkup,
Dia seribu bahawa. Report polis pun sudah tidak berguna. Menangis sampai kering air mata pun juga hanya sia-sia.
Masa untung,
Kita rasa kitalah orang paling bijak melabur dekat dunia ini. Masa lingkup?
Kita nak marah sifu, nak marah pengelola skim cepat kaya?
September 2021 ini, cukuplah setahun saya duduk rumah.
Tidak pergi kerja. Tapi syukur, ada duit untuk beri nafkah kepada anak dan isteri.
5 tahun saya membina bisnes. Tak laju, dan slow and steady je.
Saya seronok dengan bisnes saya. Enjoy process jatuh bangun dalam bisnes.
Kalau yang jenis nak cepat kaya, nak kaya dalam sekelip mata. Saya rasa, anda tidak boleh buat bisnes seperti saya hari ini.
Selepas hampir 30minit berbincang dengan pegawai bank mengenai moratorium. Ini yang saya dapat rumuskan.
Read MoreBerikut baru-baru ini saya pernah berkongsi di facebook, tentang saya dalam proses mencari rumah pelaburan yang kedua, jadi ada sahabat-sahabat saya yang ingin meminta nasihat berkaitan tips beli rumah pelaburan. Sejujurnya, saya bukanlah arif sangat tentang pelaburan hartanah, dan saya setakat ini saya bukan buat duit dengan pelaburan hartanah.Namun, saya pernah join kelas pelaburan hartanah pada
Read MoreAntara hartanah dan emas, mana yang lebih baik? Sudah tentu bagi saya, ia satu perbandingan yang tidak adil disebabkan hartanah (rumah) adalah salah satu keperluan hidup, manakala emas bukan. Namun, perbandingan yang saya nak kongsikan ini ialah perbandingan dari sudut kewangan, bukan dari sudut keperluan hidup.Persamaan Antara Emas Dan HartanahSebelum saya terangkan berkaitan perbezaan, saya kongsikan dulu
Read MoreBeli rumah tu tidaklah salah, tapi ramai yang beli rumah yang salah pada waktu yang salah.
Read More[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam bidang hartanah. Tipsnya sangat mudah. (1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana? Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang
Read More“Aku dah terbeli rumah harga RM500k, total komitmen bulanan termasuk kereta sekitar RM2500 dah. Nak tak nak, aku kena naik pangkat, atau aku nak resign dan cari kerja yg gaji lebih tinggi”. (ayat yg keluar dari mulut sahabat sekerjaya dgn saya, tp dia bertugas di semenanjung ) Fuhh. Garu kepala saya duk fikir masalah member sorang ni. Baki
Read More