Tidak Akan Jatuh Miskin, Bila Ada Emas

Emas kekal bernilai, atau berharga walau apapun bencana ekonomi berlaku. Nilai ringgit jatuh ke, nilai USD jatuh ke, atau sebaliknya berlaku.

Nilai emas kekal sama. Memang betul simpan emas ni lambat kaya,  tapi at least, kita tak jatuh miskin secara tiba-tiba.

Kuasa Beli Emas, Kuasa Beli Duit Kertas

Duit kertas sekarang, dicetak tanpa sandaran. Jadi, mana mungkin sekeping kertas nilainya kekal sama sepanjang zaman. Ia sangat mudah dimanipulasi.

Kuasa beli emas nilainya tetap kekal sama. 1 kilogram emas macam ni, 10tahun dulu kita boleh beli sebuah rumah medium cost di area KL Selangor.

Sekarang. Dengan 1kg yang sama. Kita tetap mampu memilki satu buah rumah.

Walaupun dulu harga emas 1kg ni baru RM130k, sekarang dah RM300k.

Jadi. Harga emas turun naik tu tak menyebabkan kita bertambah kaya atau miskin.

Nilai Sekeping 1 Dinar Dulu Dan Sekarang

Nilai sekeping 1 Dinar ini bersamaan dengan seekor kambing. Dari zaman Nabi lagi, nilainya tetap sama.

1 Dinar cuma boleh dapatkan seekor kambing. Bukan dua ekor, bukan 100 ekor kambing dari dulu sampai sekarang.

Walaupun, harga emas dulu dah meningkat lebih 10 kali ganda. Nilai 1 Dinar cuma boleh ditukarkan dengan seekor kambing.

Dan yang paling menarik, ia sama di seluruh dunia. Rujuk gambar.

RP3,200,000 tu nilainya sekitar RM1000. Sekarang dengan RM1000, kalau di Malaysia pun boleh dapat seekor kambing.

Hafiz
Kota Bharu
9 October 2023

Artikel Berkaitan

Daripada emas, jadi rumah

Daripada emas, dan tukar kepada sebuah rumah. Macam mana caranya? Saya nak kongsikan strategi, macam mana orang simpan emas, hingga boleh jadi rumah. Ini kisah salah seorang penyimpan emas tegar, sahabat saya. Tuan Bashir, seorang engineer di Penang. Dan dari pengalaman beliau, kita boleh belajar satu perkara yang sangat penting.Upgrade kepada hartaAntara salah satu sebab kita

Read More

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas. Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun. Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah.

Read More

Adakah Sekarang (2024) Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

1 Dinar ni sekarang, harganya RM1400. Saya beli tahun lepas baru sekitar RM1200. Adakah saya jual emas ni sebab dah untung? Tak! Tapi saya tambah lagi simpanan emas saya. Sebab, kalau tukar 1 Dinar emas ni kepada duit (jual emas), ibarat saya downgrade aset saya.Waktu Terbaik Untuk Jual EmasSekarang harga emas antara yang tinggi. Dan sudah

Read More

Elak Miskin Selepas Bersara, Dah Bersedia?

Data dari KWSP, 60% pesara habis wang KWSP selepas 3 hingga 5 tahun sahaja. Ini satu fakta yang mengejutkan. Jadi, selepas dari 5 tahun bersara, ada yang terpaksa bekerja semula demi kelangsungan hidup. Kecuali siapa yang ada sumber income dari duit bersara bulanan macam kakitangan awam. Ataupun, ada juga yang jadikan anak-anak sebagai dana persaraan mereka. Kemana Hilangnya

Read More

Berjaya Bayar Hutang RM50k Dalam Masa 3 Tahun

Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas. Dengar macam tak logik bukan?Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun. Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah. Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin

Read More

Emas Sebagai Simpanan? (Pengalaman Saya)

Emas sebagai simpanan atau pelaburan? Mesti ramai yang keliru. Simpan emas ke melabur emas? Saya bukan pakar dalam kewangan. Saya juga bukan pakar dalam bidang emas. Apatah lah dalam mana-mana pelaburan. Cuma setakat pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 hingga sekarang. Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari tak tahu langsung tentang emas. Hinggalah saya sekarang

Read More