10 Cara Manusia Diberi Rezeki

Pagi ni saya nak berkongsi petikan buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Tuan Zaidi Ismail.

Ia tentang bukti jaminan Allah untuk bagi rezeki kepada hambaNYA.

1. Rezeki yang telah dijamin

Dan tiadalah seusuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11:6)

2. Rezeki kerana usaha

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (An-Najm 53:39)

3. Rezeki kerana bersyukur

Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti Aku akan tambahi nikmatKU kepadamu (Ibrahim 14:7)

4. Rezeki yang tak disangka-sangka

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya.

5. Rezeki kerana istigfar

Sehingga aku berkata (kepada mereka): “ Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu “ (Nuh 71:10-11)

6. Rezeki kerana menikah

Dan nikahlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA. (An- Nur 24:32)

7. Rezeki kerana anak

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu (Al Isra 31:31)

8. Rezeki kerana bersedekah

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas), supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? (Al Baqarah 2:245)

9. Rezeki kerana keberkatan berpagi-pagian

 Rasullah SAW bersabda : Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari (Riwayat al Baihaqi)

10. Rezeki kerana menjalin silaturrahim

 Rasullullah SAW bersabda : Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sekian. Sila share jika rasa bermanfaat.


Hafiz
Kulim, Kedah
26 November 2019
28 Rabiul Awal 1441H

Artikel Berkaitan

Jadikan Tabiat Orang Berajaya, Kunci Kejayaan Hidup

” Coach, saya tak nak angkat dumble ni, nanti badan saya jadi macam coach “. Seorang kakak yang berumur sekitar 40an, bagitahu jurulatih fisio saya. Coach tadi tergelak, dan bagitau kakak tu bahawa, untuk dapat badan macam “hulk” tu, perlukan training secara konsisten dengan betul selama 3 hingga 5 tahun. Bukan setakat dua tiga bulan training. Mereka

Read More

Pengalaman Mendaki Kinabalu. Apa Yang Saya Belajar?

Dah lama pasang impian nak mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Sewaktu belajar lagi. Setakat hari, ada lah beberapa gunung dekat semenanjung yang pernah saya sampai ke puncak. Antaranya, Tahan, Korbu, Gayung, dan Batu Puteh. Bagi saya, ni antara gunung yang hardcore jugalah. Dan yang paling santai (tapi tak santai juga lah), ialah Gunung Kinabalu. Haha Sebab apa? Gunung-gunung lain. Lepas saya

Read More

Experience Your Fears

Beberapa minggu sebelum berlangsung JLT2019 dibawah group PGG100Network, tentatifnya sudah siap. Saya pula ditugaskan untuk berkongsi ilmu tentang blog marketing dengan 60 orang dealer yang akan menyertai program tersebut. Nak ikutkan hati dan perasaan, rasa tak mampu nak bawa tugas tu. Topik ini sebenarnya kali pertama dikongsi di JLT secara lebih detail. Jadi, saya perlu sediakan slide

Read More