3 Langkah Untuk Gandakan Tabungan Dengan Lebih Pantas

Ada ke cara gandakan tabungan atau simpanan dengan pantas?

Jujur saya katakan, apa-apa teknik sekali yang guru-guru kewangan berkongsi, semuanya bergantung kepada diri sendiri sahaja.

Tangan anda sendiri yang mencorak perjalanan kewangan anda sendiri. Ia 100% tanggungjawab yang perlu dipikul oleh anda sendiri.

Apa yang saya perhati.

Masalah utama ramai yang tidak ada simpanan yang cukup ialah tidak ada matlamat yang jelas atau langsung tidak tahu apa motif sebenarnya untuk menyimpan.

Baiklah. Artikel harini, saya akan kongsikan kepada anda, apa langkah yang perlu anda buat, bagi menggandakan simpanan dengan lebih pantas.

Langkah #1 : Letak Matlamat Simpanan Yang Jelas

Ini wajib, wajib dan wajib ada demi menggandakan simpanan dengan pantas.

Jika langsung tiada matlamat dalam menyimpan, saya percaya baru 2 hingga 3 bulan belajar menyimpan, dah putus semangat.

Cuba jawab soalan yang kat bawah ini.

" Bagi pasangan yang mahu berkahwin, mereka ada matlamat untuk berkahwin dulu, atau sudah ada simpanan yang cukup, baru cari pasangan untuk berkahwin?"

Sudah pasti.

Majoriti pasangan yang ingin berkahwin, akan meletakkan matlamat untuk berkahwin dulu, baru usahakan cari duit!

Jadi, apa matlamat yang anda boleh letak, dan bagaimana caranya?

Baik, caranya mudah je, anda copy paste jer apa langkah yang anda guna, untuk kumpul duit kahwin tu.

Sebagai contoh :

#1 : Rancang Untuk Beli Rumah


Tanggal 1 Januari 2020, aku tengah deal dengan seorang ejen hartanah, untuk aku membeli sebuah rumah apartment kos sederhana di Seksyen 7, Shah Alam. Sebagai rumah pelaburan yang pertama aku.


Simpanan yang aku ada sebanyak RM30k ini aku gunakan untuk deposit rumah ini.

#2 : Melancong ke Luar Negara


Tanggal 1 March 2020, Alhamdulillah. Sekarang aku berada di Tokyo Japan. Anak dan isteri aku sangat seronok kerana berpeluang melancong ke Japan Disney Land.


Aku pun cukup gembira, kerana semuanya ini bukan hasil dari pinjaman, tapi hasil usaha kami menabung dari 2 tahun yang lepas.

Baiklah. Ini antara 2 contoh yang saya bagi.

Tips untuk meletak matlamat ialah ia mestilah dalam 'present tense', anda perlu ada feel yang cukup dalam meletakkan matlamat.

Cara letakkan matlamat ini saya belajar dari mentor saya. Dan nasihat beliau, untuk membuatkan lebih berkesan.

Anda perlu

Print, dan tampal. Berserta gambar-gambar impian atau matlamat yang anda ingin capai

Supaya, ia hari-hari anda baca dan supaya ia akan masuk dalam minda luar sedar anda!

Dengan adanya matlamat yang kukuh dan jelas, tak perlu lagi anda cari motivasi dari luar untuk memotivasikan diri anda.

Langkah #2 : Masukkan Elemen Paksa dan Lupa Dalam Mencapai Matlamat

Dalam bab menyimpan, anda mesti masukkan elemen paksa dan lupakan simpanan.

Tanpa dua elemen ini, tabungan anda agak sukar untuk berjaya. Setakat pengalaman saya, ada 3 cara je nak pastikan simpanan tahan lama.

Tool #1 : Auto Transfer ke Tabung Haji


Buat simpanan secara paksa setiap bulan ke TH. Anggaplah duit tu tak wujud.


Tak perlu cek berapa baki. Dan lebih afdal, anda hantarkan buku akaun TH tu ke kampung. 



Tool #2 : Buat ASB Loan


Ini pun saya recomened. Buat ASB loan, demi memaksa diri anda menyimpan.



Tool #3: Simpan Duit Anda Dalam Bentuk Emas


Anda juga boleh menggunakan emas sebagai alternatif simpanan jangka masa panjang.


Bila simpan emas, ia tak ada nombor. Anda tak nampak nombor.


Hilang nombor tersebut membuatkan anda rasa tidak berduit, walau hakikat emas itu sebenarnya duit.


Setakat ini, cara paling mudah untuk menyimpan emas dengan bajet minimum ialah dengan cara akaun emas fizikal GAP.

Anda boleh rujuk artikel Public Gold GAP untuk kefahaman lanjut.

Langkah #3 : Cari Peluang Perniagaan atau Sumber Pendapatan Yang Kedua, Ketiga dan Seterusnya

Bila anda sudah buat langkah 1 dan langkah 2, anda cari alternatif untuk dapatkan sumber pendapatan kedua dan ketiga.

Kenapa anda perlu belajar di langkah 1 dan langkah 2 terlebih dahulu? Ini jawapannya.

" Kekayaan bukanlah diukur dari banyaknya income, tapi diukur dari berapa banyak yang anda boleh simpan! "

Selagi anda tidak belajar menyimpan.

Anda carilah sumber pendapatan yang banyak sekalipun, simpanan anda tetap tidak bertambah.

Bak kata pepatah.

Besar periuk, besarlah juga keraknya. Besarnya gaji, besarlah juga hutangnya.

Alhamdulillah. Sekarang ni, saya sudah ada 3 income :

1. Kerja sebagai jurutera

2. Dari penyewa rumah

3. Dari bisnes emas 

Bagi sahabat yang nak tahu tentang kelebihan income dari bisnes Public Gold, boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
22 Februari 2019
18 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas. Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun. Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah.

Read More

Adakah Sekarang (2024) Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

1 Dinar ni sekarang, harganya RM1400. Saya beli tahun lepas baru sekitar RM1200. Adakah saya jual emas ni sebab dah untung? Tak! Tapi saya tambah lagi simpanan emas saya. Sebab, kalau tukar 1 Dinar emas ni kepada duit (jual emas), ibarat saya downgrade aset saya.Waktu Terbaik Untuk Jual EmasSekarang harga emas antara yang tinggi. Dan sudah

Read More

Elak Miskin Selepas Bersara, Dah Bersedia?

Data dari KWSP, 60% pesara habis wang KWSP selepas 3 hingga 5 tahun sahaja. Ini satu fakta yang mengejutkan. Jadi, selepas dari 5 tahun bersara, ada yang terpaksa bekerja semula demi kelangsungan hidup. Kecuali siapa yang ada sumber income dari duit bersara bulanan macam kakitangan awam. Ataupun, ada juga yang jadikan anak-anak sebagai dana persaraan mereka. Kemana Hilangnya

Read More

Tidak Akan Jatuh Miskin, Bila Ada Emas

Emas kekal bernilai, atau berharga walau apapun bencana ekonomi berlaku. Nilai ringgit jatuh ke, nilai USD jatuh ke, atau sebaliknya berlaku. Nilai emas kekal sama. Memang betul simpan emas ni lambat kaya,  tapi at least, kita tak jatuh miskin secara tiba-tiba.Kuasa Beli Emas, Kuasa Beli Duit KertasDuit kertas sekarang, dicetak tanpa sandaran. Jadi, mana mungkin sekeping

Read More

Berjaya Bayar Hutang RM50k Dalam Masa 3 Tahun

Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas. Dengar macam tak logik bukan?Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun. Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah. Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin

Read More

Emas Sebagai Simpanan? (Pengalaman Saya)

Emas sebagai simpanan atau pelaburan? Mesti ramai yang keliru. Simpan emas ke melabur emas? Saya bukan pakar dalam kewangan. Saya juga bukan pakar dalam bidang emas. Apatah lah dalam mana-mana pelaburan. Cuma setakat pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 hingga sekarang. Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari tak tahu langsung tentang emas. Hinggalah saya sekarang

Read More