5 Nasihat Penting Untuk Graduan Baru

Khas untuk graduan baru!

Saya sekadar nak berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai bekas 'graduan baru'. (",)

Alhamdulillah, saya hampir melepasi fasa-fasa paling banyak gangguan emosi tentang kewangan.

Iaitu, fasa 3 tahun pertama selepas tamat belajar dan 3 tahun pertama berkerjaya.

" Nak beli kereta, nak berumah tangga, dalam masa yang sama perlu fokus kepada kerjaya"

Fasa inilah paling banyak gangguan emosi tentang kewangan kerana ia waktu perubahan dimana dari hanya diberi pinjaman atau biasiswa, kepada mempunyai gaji sendiri.

Ini nasihat penting dari mentor saya, penulis buku Misi Bebas Hutang kepada graduan baru.

#1 Perbanyakkan Simpanan

Berapa banyak perlu menyimpan?

Berdasarkan pengiraan saya, sebaik sahaja tamat belajar, korang perlu ada minimum RM30k sebagai duit untuk memulakan hidup baru.

1. Tunang & Kahwin : RM10k

2. Masuk Rumah: RM5k

3. Beli Kereta : RM10k

4. Sambut Anak Pertama: RM5k

Ini kos paling minimum yang saya kira. Belum termasuk buat deposit beli rumah dan bayar hutang PTPTN.

Sebaik tamat belajar.

Inilah waktu paling mudah untuk menyimpan, komitmen belum ada. Sepatutnya boleh menyimpan 50% dari gaji.

Bila sudah berumah tangga, paksa diri juga untuk menyimpan minimum 10% dari gaji.

Andakata gaji RM2k sebulan. Simpanan bulanan perlu ada :


(1) Bujang = RM1000/bulan

(2) Berkahwin = RM200/bulan

Kalau tak paksa diri menyimpan 3 tahun pertama ini. Saya percaya, lepas 5 tahun kerja, gaji dah RM5k pun tak dapat menyimpan semasa gaji kecil.

Ini pengalaman saya sendiri selepas jumpa ramai kawan-kawan yang sudah bekerja lebih dari 5tahun, tapi simpanan 1bulan gaji pun belum ada.

#2 Usah Gelojoh Nak Pakai Kereta Baru

Ini kesilapan biasa graduan baru.

Dapat sahaja kerja, terus cari bank untuk buat pinjaman beli kereta import baru yang paling mampu!.

" Beli kereta tidak salah. Tapi ramai yang beli kereta yang salah"

Pada ketika ini.

Korang masih bujang atau kalau dah berkahwin pun, baru ada seorang anak. Beli kereta ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.

Apabila pakai kereta baru.

Korang akan hilang kemampuang menyimpan sebanyak RM800 hingga RM1000 sebulan.

Kos Bulanan Kereta

(1) Ansuran bank : RM500

(2) Roadtax : RM50

(3) Minyak : RM300

(4) Tol : RM100

(5) Maintenance : RM100

Sebolehnya.

Cari alternatif lain selain pergi dan pulang kerja pakai kereta.

Masa belajar dulu pergi sana sini naik motor kan boleh? Bila dah kerja tak kan dah alergik naik motor? (",)

#3 Baca Buku Tentang Kewangan, Perniagaan dan Pelaburan

Ini pustaka guru emas saya. Fuhh, orang dah kaya pun baca banyak buku. Sebab tu lah dia kaya.

Semasa awal-awal berkerjaya, inilah antara waktu yang mempunyai masa terluang lebih banyak.

Kalau korang ada masa untuk tengok TV dan nonton wayang lagi setakat ni, korang mesti juga ada masa untuk baca buku!

Bila sudah naik pangkat

Beban kerja lagi banyak. Masa korang untuk berfikir tentang kerja sudah pasti lebih banyak.

Bila baca buku-buku yang macam ni. Mindset korang tentang kerjaya dan kekayaan akan berubah.

Percayalah. Stress ditempat kerja lebih berkurang apabila saya mula kenal dan baca buku tentang urus kewangan.

 Buku yang boleh korang baca ialah :

(1) Misi Bebas Hutang

(2) Mudahnya Beli Rumah

(3) WTF by Faizul Ridzuan

Banyak lagi buku-buku lain. Boleh cari dekat mana-mana kedai buku yang berdekatan.

#4 Berkawan Dengan Orang Berjaya

Saya di Seminar Emas & Shariah anjuran Public Gold di TH Hotel

Pada awal bekerja. Korang akan keseorangan.

Pada masa inilah korang mula mencari kawan. Kalau korang suka berkawan dengan orang yang kaki wayang, korang akan banyak habiskan duit di panggung wayang.

Dan kalau korang berkawan dengan orang yang suka menyimpan, InsyaAllah korang sendiri akan suka menyimpan dan berjimat cermat.

"Siapa kita 5 tahun akan datang bergantung kepada dengan siapa kita bergaul sekarang, bahan bacaan apa yang kita suka baca sekarang. "

#5 Terokai Peluang Perniagaaan

Saya bersama mentor dalam bisnes Public Gold

Masa muda inilah. Badan tengah kuat. Kalau tidur hanya 3 atau 4jam sehari tu tidak ada masalah.

Saya rasa amat rugi. Jika, kita yang muda mudi ini hanya menunggu kenaikan gaji setahun sekali!

Sedangkan kos-kos sara hidup kita bertambah bukan setahun sekali, tapi setahun banyak kali!

Caranya. Carilah peluang-peluang untuk berniaga yang boleh dibuat diluar waktu kerja.

Korang perlu ingat, anak kita membesar tidak tunggu kenaikan gaji kita manakala orang tua kita makin lama makin meningkat umurnya.

Mula berniaga sekarang! Manfaatkan segala apa yang ada ditangan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
19 Februari 2019
14 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

Solusi T20 Yang Tak Boleh Menabung

Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi

Read More

Pempengaruh, kaya memberi kebaikan, atau ambil kesempatan?

Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir

Read More

Macam mana nak jadi kaya? Tanya seorang sahabat

Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,

Read More

Pindah Duduk Kampung Atau Kekal di Bandar?

Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana,  samaada duduk kampung atau bandar.  Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi

Read More

Income CEO pun jadi kosong kerana

Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai

Read More

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga

Read More