5 Tips Ketika Poket Kering

Saya percaya, setiap dari kita pasti pernah mengalami masalah poket kering atau tidak berduit.

Terutamanya, masa mula-mula kerja. Perubahan dari alam belajar kepada alam pekerjaan, memerlukan kos yang agak tinggi.

Ataupun, ketika hutang-hutang kita terkumpul tanpa sedar. Bila sudah dikejar bank, barulah pening memikirkan beban yang dipikul.

Ini saya kongsikan, beberapa tips yang pernah saya buat dan pernah saya belajar dari guru-guru kewangan, untuk mengatasi masalah poket kering (hutang keliling pinggang) :

#1 Rendahkan Ego, Jujur Dengan Diri Sendiri

Perkara pertama yang mesti lakukan ialah jujur dengan diri sendiri. Maksudnya, terima hakikat yang bahawa kita sedang mengalami masalah kewangan.

Beritahu keluarga dan rakan terdekat tentang situasi kita, supaya mereka faham bahawa kita sedang ada masalah kewangan. 

Bukan untuk mereka bantu bayarkan hutang kita, tapi supaya mereka selitkan doa dalam solat mereka dan supaya tiada permintaan yang menambahkan lagi masalah kepada kewangan kita.

Apa yang pernah saya buat, saya tolak aje ajakan kawan untuk join apa-apa event yang perlukan kos yang tak perlu, seperti main futsal, dan makan di tempat yang mahal.

#2 Merancang Dan Ambil Tindakan

Tak perlu bersedih lama-lama. Bersedih bukan jalan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Apa yang anda perlu buat ialah :

1. Berhenti buat hutang baru

2. Potong perbelanjaan yang tidak perlu seperti astaro.

3. Utamakan perkara untuk sara hidup (makan, pakai, tempat tinggal). Yang lain tak ada pun masih boleh hidup.

4. Cara dan tambah ilmu (baca buku/blog tentang kewangan)

Buat je 4 perkara yang diatas ini, proses ini memakan masa, dan memerlukan disiplin diri yang tinggi.

#3 Ambil Peluang

Ambil peluang ziarah keluarga dan sahabat handai. Ikut program masjid atau apa-apa program komuniti bagi meningkatkan silaturrahim.

Mungkin jalan ini ialah titik tolak untuk anda mengubah diri anda 360 darjah. Pilih persekitaran yang baik. Tersalah pilih, mungkin boleh menambah lagi mudarat kepada kewangan anda.

Saya dulu masa belajar, nak jimat kos di bulan Ramadhan, saya berbuka di masjid je. Ramai pak arab buat macam ni saya tengok, mereka bawak je satu family berbuka sama-sama.

#4 Belajar Untuk Tambah Pendapatan

Selain dari ambil overtime (kerja lebih) semasa kerja hakiki, anda boleh menjadi apa-apa ejen produk yang memang anda sudah pakai dirumah.

Hanya berkongsi je kepada rakan-rakan.

Kalau suka pakai tupperware, share kebaikan produk tupperware kepada kawan-kawan. Kalau suka pakai periuk noxxa, share kepada kawan-kawan.

Ada peluang sign up jadi dealer atau ejen, terus sign up je. Biar komisyen sikit, yang penting boleh digunakan untuk tambah pendapatan.

Macam saya, saya suka simpan emas dengan Public Gold, saya berkongsi kebaikan simpan emas kepada kawan-kawan. Kawan-kawan beli emas dengan Public Gold, saya mendapat sedikit insentif dari Public Gold.

#5 Berdoa Kepada Allah

Akhir sekali, setelah berusaha. Berdoa kepada Allah. Mungkin kekeringan poket kita kali ini sebagai titik tolak untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, dan juga sebagai booster untuk kita menjadi hambah Allah yang kaya di dunia dan yang berjaya di akhirat. InsyaAllah.

Semoga perkongsian saya dari sedikit pengalaman saya belajar melalui buku-buku kewangan ini boleh memberi manfaat. InsyaAllah.

Hafiz
Tawau, Sabah
9 May 2019
4 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

Pasca PRU 15, Ekonomi Kita Semakin Meningkat?

Setakat 2022, saya telah 3 kali menjadi pengundi dalam plihan raya umum Malaysia (PRU). Namun, setakat ini. Belum ada lagi mana-mana parti (kerajaan) yang memerintah membuatkan rakyat menjadi lebih kaya disebabkan dasar baru dari meraka berbanding kerajaan sebelum. Jadi, pada Pasca PRU15 ini, persoalannya adakah ekonomi kita semakin baik? Kalau ekonomi negara semakin baik, adakah ia juga menyebabkan ekonomi

Read More

Kesalahan Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin

Adakah anda membuat kesalahan seperti ini dalam persediaan kewangan untuk berkahwin? Artikel ini khas untuk anda yang berniat melangsungkan perkahwinan dalam tempoh kurang 2 tahun dari sekarang. Yang dah kahwin dan nak kahwin lagi. Tak perlu sibuk nak baca. 🙂Tiada Matlamat Yang BetulTidak membuat keputusan bersungguh-sungguh untuk berkahwin. Sekadar berniat “tunggu ada duit lah, baru nak kahwin” Dalam

Read More

Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Ejen. Jimat dan Mudah

Cara tukar nama kereta ni mudah je sebenarnya. Sekarang dah tahun 2022, tak perlu beratur panjang macam dulu lagi.  Dengan syarat anda ada sedikit kerajinan untuk isi form secara online. Dan terus pergi buat urusan di JPJ dan Puspakom. Nak jimat? Buat sendiri je. Kalau pakai ejen. Mungkin anda ada kos upah yang boleh cecah beratus ringgit.Cara

Read More

RM13k Duit Hilang Dalam CIMB, PIDM Tak Cover?

Kecoh sekarang ini, beberapa individu yang kehilangan wang berpuluh ribu ringgit, malah ada yang hilang sehingga ratus ribu ringgit disebabkan oleh account bank mereka di hack oleh scammers. Dah buat report polis, dah bagitau CIMB. Tapi akhirnya, duit yang lesap tidak juga dapat dikembalikan. Boleh baca facebook posting penuh di sini.Persoalannya sekarang. Kan simpanan duit

Read More

Tak Salah Boros Berbelanja, Namun

Nak boros berbelanja? Silakan. Sampai bila nak berjimat cermat ikat perut kan? Ini prinsip yang saya pegang. Dan sebelum tu. Kalau dalam fikiran anda, bahawa  “Duit aku, suka hati aku lah nak simpan ke nak boros. Tak menyusahkan orang lain pun” Maaf. Blog saya ini bukan tempat anda. Saya menulis disini adalah disebabkan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu

Read More

Financial Freedom. Apa Dan Bagaimana?

Financial freedom atau bebas kewangan. Mesti kalian selalu dengar istilah ini dari sifu bisnes atau sifu kewangan. Saya percaya, bila dengar saja perkataan ini.  Mesti dalam kepala kalian ialah tentang kekayaan, jutawan atau duit berkepuk-kepuk dalam bank. Nak tak saya bagitau satu perkara. Yang mungkin membuatkan dahi kalian berkerut.Orang jutawan, tidak semestinya financial freedom. Dan orang financial freedom, tidak

Read More