6 Aktiviti Mudah Jutawan ‘Self-made’ Lakukan Setiap Hari Tanpa Gagal

Bukan mudah untuk berjaya, tapi ia tidak mustahil.

Jutawan-jutawan yang bermula dari kosong seperti Warren Buffet dan Elon Musk, mereka ada rutin harian orang berjaya yang sama.

Rutin ini mereka lakukan setiap hari bermula sejak dari awal lagi. Ilmu ini saya peroleh dari hasil perkongsian dari guru emas saya En Syukor Hashim di FB.

Aktiviti harian jutawan-jutawan yang mereka lakukan ialah:

#1 Membaca Buku 

Antara orang yang kaya yang saya kenal. Guru emas saya. Tengok bukunya!

Membaca ialah salah satu jalan pintas untuk berjaya. Apabila membaca, kita belajar dari pengalaman penulis.

Setiap penulis, mereka ada minimum 10tahun pengalaman tentang subjek yang mereka tulis, sebelum keluarkan sebuah buku.

Oleh itu, jika kita membaca sebuah buku, kita umpama jimat selama 10 tahun dari 'try and error' hasil dari kesilapan sendiri.

Orang yang bijak ialah orang yang belajar dari kesilapan orang lain, dari belajar dengan kesilapan diri sendiri.

#2 Keluar Dari Zone Selesa

Saya memang orang yang tak pandai bercakap, tapi saya paksa diri untuk tampil kehadapan dan bercakap dengan menjadi local speaker Public Gold

 Saya pernah belajar dari satu buku, orang berjaya suka 'experiance your fear'.

Maksudnya, mereka suka buat apa yang mereka takut, sampai perkara tersebut sudah menjadi biasa dalam dirinya.

Antara perkara yang paling saya 'takut', sejak dari sekolah sampai lah sekarang ialah jika perlu bagi ucapan dihadapan orang ramai.

Sampai sekarang masih merasa 'takut' tapi sudah berkurangan disebabkan saya selalu paksakan diri untuk terus ambil peluang untuk tampik ke hadapan jika diperlukan.

Mesti ramai kan yang memiliki ketakukan yang sama macam saya, nak tak nak, paksa je diri. Lama-lama jadi biasa.

#3 Beriadah

Ini salah satu gambar saya bawak kereta dari Johor Baharu ke Kuantan, semata-mata nak berkayuh! Sekarang ini saya rasa dah tak sanggup untuk buat kerja macam tu lagi. Tinggi kos!

Orang berjaya bukan sahaja mereka mempunyai kekuatan mental yang baik, namun mereka juga sentiasa melatih kekuatan fizikal mereka.

Mana-mana orang berjaya mesti mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik. Percayalah.

Kajian menunjukkan.

Orang yang mengamalkan riadah secara konsisten akan memiki IQ yang lebih baik, konfiden yang tinggi dan juga mempunyai 20% lebih tenaga berbanding mereka tidak beriadah.

#4 Bersedekah

Ini saya bersama Dr Mohd Daud Bakar, penasihat shariah syarikat emas Public Gold. Alang-alang dah datang seminar, terus grab peluang untuk beli buku beliau

Nak tengok orang kaya, jangan tengok orang kaya dalam drama-drama melayu.

Dalam drama melayu, orang kaya jahat, orang kaya kedekut, dan ada juga orang kaya ni 'kaki perempuan'.

Nak tengok orang betul-betul kaya, tengok orang yang banyak memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Antara yang saya kagum ialah seperti Dr Mohd Daud Bakar, pemilik syarikat Amanie Advisor, yang merupakan penasihat syariah Bank Negara.

Bisnes beliau sekadar dalam negara, namun hingga ke pelusuk dunia. Tapi orang nya tetap merendah diri.

#5 Muhasabah Diri

Mentor saya menyarankan untuk sentiasa muhasabah diri at least seminggu sekali. 

Muhasabah diri ialah kita ingat balik apa yang kita lakukan seminggu yang lepas, adakah kita banyak membazirkan masa atau membuat perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dato Wira Louse Ng, founder Public Gold.

Beliau bukan lagi muhasabah diri seminggu sekali, tapi beliau sentiasa amalkan muhasabah diri setiap hari!

Fuhh. Orang yang dah multi jutawan pun sentiasa muhasabah diri, apa lagi kita ni. Mesti perlu buat perkara yang sama.

#6 Banyakkan Berfikir Secara Postif

Semua masalah yang ada dekat dunia mesti ada jalan penyelesiaannya.

Cara kita melihat sesuatu masalah juga menggambarkan sejauh mana minda kekayaan kita, bak kata Puan Guru Ainon Mohd.

Sebagai contoh.

Ada orang lihat sampah itu sebagai satu masalah.

Orang berjaya melihat sampah itu sebagai peluang untuk membuat pahala jika kita memungutnya.

Hafiz
Tawau, Sabah
8 Mac 2019
1 Rejab 1440H

Kredit Foto : SP

Artikel Berkaitan

Jadikan Tabiat Orang Berajaya, Kunci Kejayaan Hidup

” Coach, saya tak nak angkat dumble ni, nanti badan saya jadi macam coach “. Seorang kakak yang berumur sekitar 40an, bagitahu jurulatih fisio saya. Coach tadi tergelak, dan bagitau kakak tu bahawa, untuk dapat badan macam “hulk” tu, perlukan training secara konsisten dengan betul selama 3 hingga 5 tahun. Bukan setakat dua tiga bulan training. Mereka

Read More

Pengalaman Mendaki Kinabalu. Apa Yang Saya Belajar?

Dah lama pasang impian nak mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Sewaktu belajar lagi. Setakat hari, ada lah beberapa gunung dekat semenanjung yang pernah saya sampai ke puncak. Antaranya, Tahan, Korbu, Gayung, dan Batu Puteh. Bagi saya, ni antara gunung yang hardcore jugalah. Dan yang paling santai (tapi tak santai juga lah), ialah Gunung Kinabalu. Haha Sebab apa? Gunung-gunung lain. Lepas saya

Read More

Experience Your Fears

Beberapa minggu sebelum berlangsung JLT2019 dibawah group PGG100Network, tentatifnya sudah siap. Saya pula ditugaskan untuk berkongsi ilmu tentang blog marketing dengan 60 orang dealer yang akan menyertai program tersebut. Nak ikutkan hati dan perasaan, rasa tak mampu nak bawa tugas tu. Topik ini sebenarnya kali pertama dikongsi di JLT secara lebih detail. Jadi, saya perlu sediakan slide

Read More

10 Cara Manusia Diberi Rezeki

Pagi ni saya nak berkongsi petikan buku Forensik Kewangan yang ditulis oleh Tuan Zaidi Ismail.  Ia tentang bukti jaminan Allah untuk bagi rezeki kepada hambaNYA.1. Rezeki yang telah dijamin Dan tiadalah seusuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11:6)2. Rezeki kerana usaha Dan bahawa sesungguhnya tidak ada

Read More