5 CHECKPOINT KEWANGAN, Memudahkan Saya Untuk Capai Target Simpanan

  Simpan. Simpan. Simpan. Kadang-kadang rasa naik mual. Namun, Itulah apa yang selalu guru- guru kewangan bagitahu tentang langkah pertama menuju kekayaan. Dalam fikiran saya yang daif ni. Sampai bila nak simpan? Asyik simpan je. Bila nak belanja dan seronok2 dengan hasil penat bekerja selama sebulan kan? Alhamdulillah. Hampir setahun yang lalu. Saya terbaca satu posting FB oleh mentor saya. Beliau memudahkan saya untuk faham, sampai bila saya perlu menyimpan dan berapa banyak jumlahnya iaitu dengan menerangkan tentang "5 Checkpoint Penting Kewangan"  

5 Checkpoint Penting Dalam Kewangan

 
5 tahap kewangan yang disyorkan oleh mentor saya, penulis buku Zero Hutang
Dalam checkpoint kewangan yang mentor saya terangkan ini, target terakhir dalam menyimpan ialah untuk mencapai Financial Freedom (Kebebasan Kewangan). Kebebasan Kewangan bermaksud, kita tak perlu pergi kerja, tapi ada duit. Dalam bahasa mudahnya ialah "pencen". Semua dari kita, saya percaya ada satu impian untuk pencen. At least bila dah sampai umur pencen sekitar 60tahun, kita tak perlu pergi kerja, tapi ada duit. Mentor saya selalu sebut, "Pencen bukanlah soal umur, Tapi ia soal kedudukan kewangan". Jika kita dah capai Kebebasan Kewangan ketika berumur 40. Umur 40 kita dah boleh pencen. Tak perlu tunggu sampai umur 60. Ada orang. Umur 60 pun masih belum boleh pencen. Disebabkan terpaksa membayar hutang yang dibuat masa muda dulu. Oleh itu, Berapa banyak duit nak kena ada untuk kita pencen? Jom kita tengok, apa yang ada dalam 5 Checkpoint Penting Kewangan tersebut.  

Checkpoint Pertama: Positive Cashflow Bulanan

  Dalam bahasa mudah ialah pendapatan bulanan mestilah melebihi perbelanjaan kita bulanan. Maksudnya, kita mesti ada lebihan duit (simpanan tetap) secara bulanan walaupun hanya RM1. Contoh mudah. Jika pendapatan saya RM2000 sebulan. Maksimum perbelanjaan saya selama sebulan hanya RM1999 sahaja. Maka, saya ada +Rm1 cashflow setiap bulan. Tak boleh lebih berbelanja dari RM1999. Eh, macam mana boleh jadi untuk lebih? Tak pelik pun jika terbelanja lebih. Sebab ramai orang lupa, Seronok belanja guna kad kredit. HEHE Jadi, jika tiada duit lebihan setiap bulan. Kita masih belum melepasi checkpoint yang pertama. Apa yang perlu fokus, fokus disiplin dulu menyimpan, dengan amalkan konsep, "simpan dulu, ada lebih baru belanja", kalau nak harapkan ada lebih dulu, memang alamatnya simpanan kita tak akan pernah ada.  

Checkpoint Kedua: Simpanan Kecemasan 3 Bulan Pendapatan

  Selesai checkpoint kewangan yang pertama. Barulah boleh menuju untuk kumpulkan simpanan. Kumpul sehingga simpanan cukup sebanyak minimum 3 bulan dari pendapatan. Simpanan ni khas untuk tujuan betul-betul kecemasan. Simpanan ni letak dalam tempat yang susah untuk keluarkan. Kalau letak dalam Tabung Haji Pastikan jangan link dengan kad ATM. Elakkan selalu cek baki simpanan, nanti cepat habis! Simpan kecemasan bertujuan antaranya untuk, Jika kita pergi pulang kerja naik motor, hilang sebelah pagi, sebelah petang terus boleh diganti. Kita boleh beli balik motor tu secara cash, tanpa perlu tunggu process claim insuran. Berapa banyak sebenarnya jumplah simpanan kecemasan? Ia bergantung. Setiap orang tak sama. Kalau saya bergaji RM2000, simpanan kecemasan saya mesti ada RM6000. Tak boleh diusik-usik lagi simpanan tu.  

Checkpoint Ketiga: Langsaikan Hutang-hutang Negatif

  Hutang negatif bermaksud hutang yang membuatkan poket kita semakin nipis. Dalam checkpoint ini, mentor saya sarankan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang negatif. Contoh hutang negatif ialah hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit dan lain2. Berbeza dengan hutang positif, ia membuatkan poket kita semakin tebal. Hutang positif seperti beli rumah dan sewakan, ia makin tahun makin membuatkan poket kita semakin tebal. Ada sahabat saya tanya, dia ada hutang bank sebanyak RM30k, Apa cara cepat nak bayar hutang? Cara cepat nak bayar hutang hanya BAYAR LEBIH CEPAT! Tiada cara lain untuk selesaikan hutang dan jangan buat lagi hutang-hutang baru. Jika  ada kereta 2biji, jual sebiji, guna satu sahaja. Hiduplah dibawah kemampuan, bukan hidup ikut kemampuan. Hasil jual kereta, buat bayar hutang. Tu je cara nak langsaikan hutang. Tiada teknik ajaib untuk langsaikan hutang.  

Checkpoint Keempat: Kewangan Yang Selamat

  Kewangan yang selamat bermaksud kita mempunyai simpanan yang cukup untuk kita hidup 6bulan hingga setahun walau tidak berkerja. Andaikata kita dibuang kerja esok. Kita masih boleh bergantung kepada simpan kita untuk tempoh 6 bulan akan datang, sambil mencari kerja baru. Nasihat mentor saya, simpanan sebanyak 6 bulan gaji lebih kukuh jika simpanan tu dalam bentuk emas. Ia kalis inflasi dan dapat mengelakkan dari segala gangguan ekonomi. Jika perlukan duit segera emas tu terus boleh gadai atau jual je emas tu emas sangat mudah dicairkan. Berbanding simpan dalam bentuk duit kertas, Ia lebih berisiko terhadap masalah ekonomi negara yang berlaku sepert pada tahun 2015 ringgit (RM) jatuh sehingga 30%. Dan sampai sekarang masih belum pulih. Jadi, kalau nak selamat. Simpan dalam bentuk emas. Ia juga duit, tapi dalam betuk yang lebih kukuh!  

Check Point Terakhir Bebas Kewangan

  Ini checkpoint terakhir. Merupakan matlamat kewangan terakhir kita. Ya, matlamat kewangan saja. Bukan matlamat hidup. Duit hanya alat untuk capai matlamat hidup Bukan duit tu sebagai matlamat hidup Bagi orang biasa-biasa. Untuk capai bebas kewangan hanyalah perlu masukkan duit dalam Tabung Haji atau ASB Berapa banyak perlu ada? Bagi yang perlukan RM4000 sebulan sewaktu pencen. Mereka perlu ada RM4000 sebulan pendapatan pasif. Macam mana nak dapatkan RM4000 tu? Anggaplah dividen TH sebanyak 5% setahun RM4000 sebulan, bersamaan RM48,000 setahun. Untuk dapatkan RM48k setahun, Mereka perlukan simpanan sebanyak RM960k yang disimpan dalam TH. Simpanan inilah yang memberi pasif income yang cukup untuk pencen Namun, Itu cara orang biasa-biasa. Banyak lagi cara lain. Antaranya ialah mempunyai bisnes bersistem atau ada 8buah hartanah yang memberi +RM500 positif cashflow setiap satu. Ramai orang yang dah buat. Ia bukan suatu yang mustahil. Cuma kita perlukan ilmu yang cukup je untuk jana pasif income macam tu.  

Pencen Bukan Soal Umur

  Justeru, bagi yang sudah mencapai checkpoint ke lima ketika usia baru 30an, mereka dah tak perlu pergi kerja. Bagi yang umur 50an pun, tapi masih belum capai checkpoint ke lima, mereka masih belum boleh pencen, walau sudah capai umur pencen. Mereka masih perlu cari duit untuk meneruskan hidup. Jadi, sebagai permulaan. Simpan Simpan Simpan dan Simpannn. Simpan sehingga kita dah tak perlu lagi bekerja, duit yang bekerja untuk kita kerena pencen itu bukan soal umur, tapi ia soal kedudukan kewangan Wallahuaalam, semoga bermanfaat.   Hafiz Tawau,Sabah 30 Julai 2018 17 Zulkaedah 1439 [Kredit foto to PA Digital]

Artikel Berkaitan

Pasca PRU 15, Ekonomi Kita Semakin Meningkat?

Setakat 2022, saya telah 3 kali menjadi pengundi dalam plihan raya umum Malaysia (PRU). Namun, setakat ini. Belum ada lagi mana-mana parti (kerajaan) yang memerintah membuatkan rakyat menjadi lebih kaya disebabkan dasar baru dari meraka berbanding kerajaan sebelum. Jadi, pada Pasca PRU15 ini, persoalannya adakah ekonomi kita semakin baik? Kalau ekonomi negara semakin baik, adakah ia juga menyebabkan ekonomi

Read More

Kesalahan Persediaan Kewangan Sebelum Berkahwin

Adakah anda membuat kesalahan seperti ini dalam persediaan kewangan untuk berkahwin? Artikel ini khas untuk anda yang berniat melangsungkan perkahwinan dalam tempoh kurang 2 tahun dari sekarang. Yang dah kahwin dan nak kahwin lagi. Tak perlu sibuk nak baca. 🙂Tiada Matlamat Yang BetulTidak membuat keputusan bersungguh-sungguh untuk berkahwin. Sekadar berniat “tunggu ada duit lah, baru nak kahwin” Dalam

Read More

Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Ejen. Jimat dan Mudah

Cara tukar nama kereta ni mudah je sebenarnya. Sekarang dah tahun 2022, tak perlu beratur panjang macam dulu lagi.  Dengan syarat anda ada sedikit kerajinan untuk isi form secara online. Dan terus pergi buat urusan di JPJ dan Puspakom. Nak jimat? Buat sendiri je. Kalau pakai ejen. Mungkin anda ada kos upah yang boleh cecah beratus ringgit.Cara

Read More

RM13k Duit Hilang Dalam CIMB, PIDM Tak Cover?

Kecoh sekarang ini, beberapa individu yang kehilangan wang berpuluh ribu ringgit, malah ada yang hilang sehingga ratus ribu ringgit disebabkan oleh account bank mereka di hack oleh scammers. Dah buat report polis, dah bagitau CIMB. Tapi akhirnya, duit yang lesap tidak juga dapat dikembalikan. Boleh baca facebook posting penuh di sini.Persoalannya sekarang. Kan simpanan duit

Read More

Tak Salah Boros Berbelanja, Namun

Nak boros berbelanja? Silakan. Sampai bila nak berjimat cermat ikat perut kan? Ini prinsip yang saya pegang. Dan sebelum tu. Kalau dalam fikiran anda, bahawa  “Duit aku, suka hati aku lah nak simpan ke nak boros. Tak menyusahkan orang lain pun” Maaf. Blog saya ini bukan tempat anda. Saya menulis disini adalah disebabkan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu

Read More

Financial Freedom. Apa Dan Bagaimana?

Financial freedom atau bebas kewangan. Mesti kalian selalu dengar istilah ini dari sifu bisnes atau sifu kewangan. Saya percaya, bila dengar saja perkataan ini.  Mesti dalam kepala kalian ialah tentang kekayaan, jutawan atau duit berkepuk-kepuk dalam bank. Nak tak saya bagitau satu perkara. Yang mungkin membuatkan dahi kalian berkerut.Orang jutawan, tidak semestinya financial freedom. Dan orang financial freedom, tidak

Read More