Bagaimana Emas Boleh Mengubat Penyakit Boros?

Emas boleh mengubat penyakit boros!

Seperti artikel saya yang semalam, salah satu cara untuk anda gandakan simpanan dengan cepat ialah anda boleh simpan duit anda dalam bentuk emas selain ASB Loan dan Tabung Haji.

Hari ini, saya terangkan dengan lebih mendalam, berdasarkan pengalaman saya sendiri bagaimana emas boleh mengubat penyakit boros.

#1 Ambil Tempoh Bertenang Sebelum Berbelanja

Apabila saya ada emas, saya rasa seolah-olah saya tidak berduit. Walau hakikat emas itu adalah duit, cuma ia dalam bentuk yang lebih baik.

" Berduit tu penting, tapi rasa berduit tu membahayakan! "

Jika betul-betul terdesak perlukan duit.

Saya akan menggunakan emas apabila benar-benar perlu sahaja. Selagi boleh bertahan, saya kekal ikat perut, daripada saya jual atau gadai emas untuk dapatkan duit.

Setakat ini, saya tak pernah lagi orang gadai atau jual emas, sebab nak tukar langsir baru atau tukar sport rim kereta.

Untuk membelanjakan emas.

Saya perlu membawa emas tu ke mana-mana Ar Rahnu berdekatan, seperti yang telah saya share sebelum ni tentang pengalaman saya gadai emas di Pos Arrahnu Tawau.

"Dalam melalui proses tersebutlah, saya mempunyai tempoh bertenang untuk berfikir dulu sebelum berbelanja"

Secara tidak langsung, saya akan lebih waras dalam membuat keputusan samaada saya menghabiskan duit untuk keperluan atau kemahuan!

Berbeza dengan kad kredit.

Anda boleh terboros dengan hanya sekali swipe, tak sempat anda untuk memperoleh masa untuk berfikir, tahu-tahu duit dah lesap (",).

#2 Hanya Ada Gram Pada Emas, Bukan Nombor

Pengalaman saya sendiri, orang lain mungkin berbeza.

Duit saya dalam Tabung Haji susah untuk bertahan lama, ada sahaja barang yang nak dibeli. Otak saya cukup ligat berfikir untuk membelanjakannya.

Berbeza apabila saya ada emas ditangan. Saya rasa makin lama ditengok makin seronok disimpan, malah rasa nak tambah lagi.

Saya pernah jalankan 1 eksperiman.

Saya simpan jongkong emas 5gram dalam dompet ini selama 2 tahun. Alhamdulillah. Ia masih kekal disitu sehingga dompet saya ni rosak.

Jongkong emas 5gram sekitar RM1100. Kalau saya simpan duit sebanyak tu, saya percaya, tak sampai 2minggu dah licin.

Kredit foto kepada Info Pelajar

Simpan duit mengikut warna ini bagus!

Anda akan fokus kepada berapa tebal duit yang anda ada yang berwarna 'hijau' atau 'oren'.

Anda tak fikir pasal nombor. Anda fikir pasal warna. Selagi banyak duit berwarna sama, anda akan rasa seronok.

Tapi ia menjadi masalah apabila anda masukkan duit tu dalam bank! HEHE

Apabila sampai di bank, warna-warna tu sudah hilang, anda akan kembali monitor nombor pada simpanan anda.

Akhir skali, anda simpan duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit(",).

#3 Sifat Semula Jadi Manusia Terhadap Emas

Rupa-rupanya, kenapa saya dan majoriti manusia suka kepada emas kerana memang sifat semula jadi manusia macam tu, suka kepada emas.

Macam lelaki suka perempuan, perempuan suka kepada lelaki. Itu normal. Majoriti macam ni. Cuma hanya golongan minoriti je yang suka sama kaum sejenis!

Dalam Al Quran, Allah sudah janjikan perhiasan untuk penghuni syurga ini dijadikan daripada emas.

Emas ini Allah jadikan ia bernilai bukan sahaja di dunia, malah setelah kiamat di akhirat sana pun Allah jadikan ia sebagai perhiasan kepada penghuni syurga.

Anda simpan emas minimum 85gram anda perlu bayar zakat, namun anda simpan besi walau 1 tan, anda tidak perlu bayar zakat. Mesti ada something special terhadap emas yang Allah ciptakan.

Cepat-cepat Tukar Kepada Emas!

Gaji dah tak lama lagi.

Boleh dengar perkongsian mentor saya ni tentang tips menyimpan secara berkesan!

Bagi anda yang meracang untuk adakan simpanan jangka masa panjang, cepat-cepat tukar kepada bentuk emas.

Sekarang ni mudah ke, anda boleh mula menyimpan emas dengan modal serendah RM100 je.

Ia ubat penyakit boros yang sangat mujarab.

Allah jadikan emas sebagai satu logam cukup special untuk umat manusia, sebagai matawang dunia secara 'default' bak kata Dr Mohd Daud Bakar.

Anda simpan duit terlalu lama cukup bahaya kerana dengan duit, anda jangan dikira-kira ada berapa. Duit semakin dikira, semakin berkurang.

Berkurang disebabkan dirompak oleh tuannya sendiri.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
23 Februari 2019
18 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

ASB dan Emas Untuk Tahun 2023. Yang mana lebih untung?

Selepas ASB mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 5.25% tempoh hari, ramai yang telah berkira-kira untuk tukarkan sebahagan keuntungan dividen ASB kepada emas. Dan tak kurang juga yang masih buat perbandingan antara ASB dan emas, mana yang lebih baik untuk tahun 2023. Dalam tempoh setahun. Sebenarnya, perbandingan antara ASB dan emas untuk tempoh setahun adalah satu perbandingan berat sebelah.

Read More

Adakah Sekarang (2024) Waktu Terbaik Untuk Jual Emas?

1 Dinar ni sekarang, harganya RM1400. Saya beli tahun lepas baru sekitar RM1200. Adakah saya jual emas ni sebab dah untung? Tak! Tapi saya tambah lagi simpanan emas saya. Sebab, kalau tukar 1 Dinar emas ni kepada duit (jual emas), ibarat saya downgrade aset saya.Waktu Terbaik Untuk Jual EmasSekarang harga emas antara yang tinggi. Dan sudah

Read More

Elak Miskin Selepas Bersara, Dah Bersedia?

Data dari KWSP, 60% pesara habis wang KWSP selepas 3 hingga 5 tahun sahaja. Ini satu fakta yang mengejutkan. Jadi, selepas dari 5 tahun bersara, ada yang terpaksa bekerja semula demi kelangsungan hidup. Kecuali siapa yang ada sumber income dari duit bersara bulanan macam kakitangan awam. Ataupun, ada juga yang jadikan anak-anak sebagai dana persaraan mereka. Kemana Hilangnya

Read More

Tidak Akan Jatuh Miskin, Bila Ada Emas

Emas kekal bernilai, atau berharga walau apapun bencana ekonomi berlaku. Nilai ringgit jatuh ke, nilai USD jatuh ke, atau sebaliknya berlaku. Nilai emas kekal sama. Memang betul simpan emas ni lambat kaya,  tapi at least, kita tak jatuh miskin secara tiba-tiba.Kuasa Beli Emas, Kuasa Beli Duit KertasDuit kertas sekarang, dicetak tanpa sandaran. Jadi, mana mungkin sekeping

Read More

Berjaya Bayar Hutang RM50k Dalam Masa 3 Tahun

Seorang guru berjaya selesaikan personal loan (hutang peribadi) lebih RM50,000 dalam tempoh cuma 3 tahun, hasil dari simpanan emas. Dengar macam tak logik bukan?Ibarat buat hutang sebiji kereta, dan selesaikan bayaran cuma dalam tempoh 3 tahun, yang biasanya orang lain buat 9 tahun. Bila dah ada ilmu, semua perkara menjadi mudah. Langsaikan hutang dengan tempoh yang singkat mungkin

Read More

Emas Sebagai Simpanan? (Pengalaman Saya)

Emas sebagai simpanan atau pelaburan? Mesti ramai yang keliru. Simpan emas ke melabur emas? Saya bukan pakar dalam kewangan. Saya juga bukan pakar dalam bidang emas. Apatah lah dalam mana-mana pelaburan. Cuma setakat pengalaman saya menyimpan emas sejak dari tahun 2011 hingga sekarang. Ini saya kongsikan tips dan pengalaman saya dari tak tahu langsung tentang emas. Hinggalah saya sekarang

Read More