Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Ejen. Jimat dan Mudah

Cara tukar nama kereta ni mudah je sebenarnya. Sekarang dah tahun 2022, tak perlu beratur panjang macam dulu lagi.

Dengan syarat anda ada sedikit kerajinan untuk isi form secara online. Dan terus pergi buat urusan di JPJ dan Puspakom.

Nak jimat?

Buat sendiri je. Kalau pakai ejen. Mungkin anda ada kos upah yang boleh cecah beratus ringgit.

Cara Tukar Nama Kereta

Secara asasnya, ada dua langkah penting untuk tukar nama kereta iaitu :

  1. Ujian Puspakom
  2. Cap jari di JPJ

Pertama, setiap kenderaan untuk ditukar nama, samaada jual atau sekadar tukar nama dalam kalangan keluarga, perlu mendapat kelulusan dari pihak Puspakom.

Selepas lulus Puspakom, sistem sudah syn dengan JPJ (tak perlu tunjuk resit atau bukti) sebab sekarang ni semua melalui sistem. 

Penjual (pemilik asal) perlu ke JPJ untuk cap jari untuk lepaskan kereta tersebut. Dan pembeli pula perlu ke JPJ untuk cap jari tanda terima.

Cara Mudah Urusan di Puspakom

Seingat saya dulu, urusan di Puspakom ni agak cerewet. Perlu beratur seawal pagi untuk dapat giliran paling awal.

Tapi sekarang, terus booking je appointment dekat website puspakom. Bayaran cuma sekitar RM30 sahaja. Kalau guna ejen, biasnaya RM150 hingga RM300.

Banyak tu.

Dan urusan ini ambil masa kurang 30minit sahaja untuk pihak puspakom periksan kereta kita.

Dan yang bestnya, ia boleh diwakili. Tidak semestinya owner atau pembeli. Bergantung persetujuan waktu nak beli kereta.

Tukar Nama Kereta di JPJ

Sebaik sahaja selesai urusan puspakom, kita ada tempoh masa 2 bulan untuk ke JPJ dalam prosess tukar nama tersebut.

Nak terus ke JPJ pun boleh. Saya prefer terus ke JPJ, buat apa nak tunggu lama-lama kan.

Untuk urusan di JPJ, pemilik asal perlu datang dulu (nak datang sekali dengan pembeli pun boleh). Lebih senang. Tapi, pemilik asal wajib ada.

Isi borang tukar nama, pastikan maklumat betul dan tepat. Jangan ada "potong-potong" waktu isi borang. Nanti borang kena reject.

Dokumen yang diperlukan ialah :

  1. IC pemilik asal
  2. Geran original

Untuk urusan cap jari. Dan kemudian, pembeli perlu datang dalam tempoh 7 hari untuk cap jari terima.

Sewaktu jap jari terima. Pembeli perlu bayar RM100 untuk kos tukar nama kereta. Dan bayaran tersebut mesti guna kad kredit atau debit sahaja.

Sekarang di JPJ tidak terima cash! Dan akhir sekali selesai.

Let Go Kereta Lama, Fikiran Lebih Tenang

Kenapa saya tahu detail tentang tukar nama kereta, sebabnya dalam tempoh setahun ni. Saya jual dua biji kereta lama saya.

Memang sengaja nak hands on, sebabnya saya tahu kos upah ejen mungkin boleh cecah hinggah RM400 ringgit untuk Puspakom dan JPJ.

Tapi, saya buat sendiri cuma RM30, dan RM100 untuk tukar nama ialah pembeli kereta yang bayar kepada JPJ.

Next artikel isnyaAllah, saya nak kongsikan pengalaman saya. Nak guna kereta lama, atau perlu beli kereta baru.

Hafiz
Kota Bharu
12 September 2022

Artikel Berkaitan

Solusi T20 Yang Tak Boleh Menabung

Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi

Read More

Pempengaruh, kaya memberi kebaikan, atau ambil kesempatan?

Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir

Read More

Macam mana nak jadi kaya? Tanya seorang sahabat

Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,

Read More

Pindah Duduk Kampung Atau Kekal di Bandar?

Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana,  samaada duduk kampung atau bandar.  Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi

Read More

Income CEO pun jadi kosong kerana

Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai

Read More

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga

Read More