Cerita Untuk Yang Rasa Duit Ini Penting!

Sehari dua ini, saya dalam process nak kemas-kemas store rumah. Nak kurangkan barang. Nak tinggalkan barang yang perlu je.

Yang tak pakai, tetapi jika masih berguna. Saya letgo murah-murah.

Bukan nak duit sangat, just nak pastikan tidak membazir, dan boleh bantu siapa-siapa yang memerlukan dengan harga yang jimat.

Antara yang barang yang masih baru, tetapi saya rasa masih boleh dipakai ialah kebanyakan barang baby seperti stroler, car seat, buai biasa, buai daun, dan pagar baby.

Jadi, saya promot dekat group taman terlebih dahulu, kalau takda orang nak, baru saya promot ke FB Marketplace.

Siapa Kata Duit Tak Penting?

Sambil saya berbalas wassap dalam group taman, ada seorang hamba Allah call saya.

" Salam Fiz, ada lagi ke car seat tu? Saya macam nak la Fiz. Tapi...."
" Boleh ke saya bayar separuh dulu? Nanti bulan depan saya bayar lagi penuh"

Saya pun dah 50 50, tetapi sebab niat saya bukan nak jual sangat, just nak kosongkan store je. 

Saya pulak jenis tak pandai nak menolak.

Saya pun jawab.

" Emm. ok..ok...boleh. Tiada masalah"
"Ok terima kasih Fiz, saya selama ni wife riba anak je sambil drive, nak beli yang baru memang tak mampu "

Aduihh. Kesianya pulak.

Dan yang nak beli car seat tu bukan orang biasa- biasa. 

Beliau antara orang yang dikenali dalam taman kami ini. Dan disebabkan PKP tak habis-habis. Income beliau terjejas.

Masa jumpa beliau, nak hantar car seat.

Saya jumpa beliau dengan raut wajah yang sedih. Bagitau lagi kepada saya 

" Maaf Fiz, sekarang ini saya tengah terdesak duit, terima kasih Fiz tolong saya".

Orang Islam Wajib Kaya

Bila selesai saya hantar car seat tadi, saya terus masuk home office saya, dan menulis artikel ini.

Terima kasih untuk yang baca sampai sini.

Kepada yang membeli baby car seat saya tadi, semoga dipermudahkan segala urusan.

Saya teringat kata-kata mentor saya

" Orang Islam wajib usaha untuk menjadi kaya, tambah lagi orang dalam bidang agama, seperti ustaz atau pak imam"
"Supaya, bila pergi menyampaikan ilmu agama, ilmu yang disampaikan tu bukan bertujuan untuk dapat duit, tapi ilmu yang betul-betul ikhlas untuk membangunkan ummat"

Khas untuk yang cakap duit ini tak penting, cuba fikir kejap,

Bangun pagi, nak mandi, air tu perlukan duit. Lepas tu nak breakfast, ia perlukan duit.

Kemudian, nak pergi kerja, nak start kereta, nak gerakkan kereta perlukan duit.

Habistu?

Bila masa duit tak penting?

Begitulah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
3 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

Solusi T20 Yang Tak Boleh Menabung

Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi

Read More

Pempengaruh, kaya memberi kebaikan, atau ambil kesempatan?

Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir

Read More

Macam mana nak jadi kaya? Tanya seorang sahabat

Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,

Read More

Pindah Duduk Kampung Atau Kekal di Bandar?

Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana,  samaada duduk kampung atau bandar.  Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi

Read More

Income CEO pun jadi kosong kerana

Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai

Read More

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga

Read More