Emas Public Gold Diiktiraf LBMA. So What?

 

LBMA ( London Bullion Market Association) merupakan satu persatuan perdagangan antarabangsa yang mewakili pasaran emas dan perak London. Mereka menjaga standard emas dan perak antarabangsa  dan mengekalkan 'Good Delevery' list antarabangsa.

Dalam erti kata lain, LBMA ini umpama cop SIRIM bagi barang-barang elektrik yang terjual di Malaysia, yang menjaga kualiti barangan elektrik yang terjual di Malaysia. Namun, LBMA menjaga kualiti emas dan perak diperingkat antarabangsa.

Jadi, kalau barang elektrik yang tiada cop SIRIM, berbaloikah kita beli? Sama juga emas yang tiada pengiktirafan LBMA, kalau kita betul-betul faham tentang kenapa pentingnya LBMA, semestinya ramai gold saver akan beralih kepada syarikat emas yang menjual emas LBMA.

Emas LBMA Bebas GST 6%

 

Pada 1 April 2015, secara rasminya kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST. Kerajaan juga telah senaraikan barangan yang bebas GST, antaranya adalah emas perdagangan. Emas yang berketulinan 99.5% keatas dan mendapat pengiktirafan LBMA dikecualikan GST. Namun, ramai pengeluar emas salah faham tentang ini, mereka ingat, semua emas 99.5% keatas adalah bebas GST.

Syarikat pengeluar emas tempatan yang satu-satunya mengeluar emas LBMA adalah Public Gold. Oleh itu, hampir semua emas Public Gold dikecualikan cukai GST kecuali Bunga Emas dan Taifook.

Jongkong Emas Public Gold yang bebas GST 6%

Kenapa pentingnya emas bebas GST? Sedangkan dealer Public Gold pun hanya menerima komisyen sebanyak 1-2% diatas setiap pembelian emas mereka, inikan pula GST sebanyak 6%.

Jadi, mana-mana pembeli emas, perlu faham bahawa jika susut nilai emas sebanyak 8% ditambahkan lagi GST 6%, justeru, pembeli emas perlu menunggu harga emas naik sebanyak 14% baru boleh mendapatkan balik modal asal ketika membeli emas.

Walaubagaimanapun, jika membeli emas yang bebas GST, masa yang diambil untuk mendapat keuntungan akan menjadi lebih singkat.

Kelebihan dan Kekurangan Emas Public Gold LBMA

 

Justeru, apa yang dapat disimpulkan ini adalah, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan emas LBMA seperti yang saya senaraikan seperti berikut:

 

Kelebihan Emas LBMA

  1. Pembeli emas jimat daripada membayar GST sebanyak 6%
  2. Emas LBMA mendapat pengiktirafan antarabangsa, jadi ia akan dapat jual di luar negara dengan harga yang lebih tinggi berbanding non LBMA
  3. Pembeli akan lebih yakin ketulinan emas LBMA kerana sudah ditapis di peringkat antarabangsa.
 

Kekurangan Emas LBMA

  1. Gold Premium lebih tinggi berbanding sebelum ini. Jika dulu mana-mana emas Public Gold yang dibeli di Penang Branch tiada Gold Premium, sekarang semua branch dikenakan Gold Premium kerana emas ini ditempah khas dari Turkey (Nadir Metal Association) yang merupakan pengeluar emas LBMA.
  2. Untuk pajak di Ar Rahnu, perlu buka seal dan menyebabkan susut nilai berkurang kepada 8%. Kecuali pajak emas di Pos Ar Rahnu, mereka menerima emas Public Gold tanpa dibuka seal.
  3. Emas LBMA berseal, kecuali 100gram Cast Bar, 200gram dan 1kg. Jadi, pembeli perlu buka seal untuk merasa feel sebenar pegang emas.

Kesimpulannya, inilah antara kelebihan dan kekurangan emas LBMA yang semua pembeli emas patut ambil tahu. Jadi, sebelum membeli emas untuk pelaburan, pilih yang terbaik kerana tersilap pilih jenama emas kita boleh rugi walau emas ada dalam tangan.

Wallhuaalam.

 

Hafiz Tawau, Sabah 9 November 2016

Artikel Berkaitan

3 Kerugian Beli Emas Public Gold di Platform Shopee atau Lazada

Sangat rugi beli emas Public Gold di platform Shopee atau Lazada tu.  Sebab apa?  Ini yang saya cakap beli emas jenama Public Gold sendiri, bukan beli emas jenama lain. Saya tahu ada ramai tersilap langkah beli dekat sana. Memang betul beli emas dapat emas.  Tapi, hakikatnya kalian akan rugi 3 perkara penting jika beli di sana. Beli beli emas

Read More

GAP Public Gold Auto Debit, Mudahkan Penyimpan Emas

GAP Public Gold (Auto Debit), ini fungsi terbaru untuk kita menabung emas dengan lebih mudah. Dengan hanya sekali ‘setting’,  Anda akan menabung emas secara automatik selama 12 bulan! Tak perlu setiap bulan nak login account GAP. Tiada risiko terlupa untuk menabung. Sewaktu saya kerja makan gaji dulu, saya jumpa HR untuk tolak siap-siap gaji bulanan saya, masuk

Read More

Kota Rome & Masa Depan Public Gold

Kota Rome tidak dibina dalam masa satu hari! Bila saya tahu info tentang Colosseum ni, saya cukup kagum. Macam mana 2000 tahun lalu mereka bina sebuah “stadium” yang :   Struktur nya yang unik. Disusun dengan bata nipis dan kukuh. Kalau tempat kita batu bata yang besar setiap keping.   Setiap penjuru penonton Colosseum ini, kita akan dengar volume suara

Read More

Peluang Jana Pendapatan Sebagai Dealer Public Gold

Boleh ke jana pendapatan sambil simpan emas, sebagai seorang dealer Public Gold? Boleh sangat! Pn Marlia sebagai HR Manager yang mempunyai pengalaman 17 tahun dalam MNC Company berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang dealer Public Gold di FB Live PGG100 Network tadi. Mula sekadar niat untuk mengisi masa lapang semasa bersara pada umur 45 tahun, target sekadar

Read More

5 Keuntungan Beli Emas Cara Ansuran Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP) salah satu cara beli emas Public Gold. Kita beli emas secara ansuran, bayar sikit-sikit selama 10bulan atau 4 bulan. Alhamdulillah, sangat dapat sambutan masyarakat Malaysia yang penyimpan emas setakat ini.

Read More